Monday 15 October 2012

BAB ASMARA PUN MALAYSIA KALAH



Kalau samplingnya mewakili semua strata wanita dan lelaki Malaysia dan confidence indexnya tinggi, maka Durex Sex Survey terkini, membuktikan bahawa Malaysia sedang dalam perjalanan jatuh ke dalam longkang. Udahlah ranking bola sepak negara setaraf dengan Papua New Guinea, status ekonomi kita menghala ke Greece dan dah hampir dengan Sepanyol, bahkan dalam hal-hal bilik tidor dan bab romen beromen pun kita corot. Kita kalah dengan jantan Singapura.  

Akhbar The Star, 14 Oktober 2012, membentangkan hasil Durex Sex Survey yang menunjukkan bahawa lelaki Malaysia hanya mempunyai purata 3 rakan sex sepanjang hidupnya sementara lelaki Singapura mempunyai 16 teman tidur wanita. Ceh!! cekai betul lelaki Malaysia, kalah 6 kali ganda dari mamat Singapura dalam bab menelanjangkan wanita. Nasib baik gua dibesarkan di Singapura. Sebelum anda mendabik dada mengatakan itu bermakna lelaki Malaysia lebih setia kepada teman wanitanya berbanding lelaki Singapura, cuba renungkan statistics berikut.

Survey menunjukkan bahawa wanita Malaysia berada di tangga ketiga (39%) di dunia dari segi berlaku curang (unfaithful) terhadap teman/suami mereka. Di tempat kedua wanita Thai, sebanyak 59% dan di tempat pertama, wanita Russia dengan sebanyak 62% telah sexually unfaithful terhadap partners mereka.

Kesimpulan yang boleh dibuat. Pertama, 39% wanita Malaysia pernah curang terhadap teman lelaki mereka. Maknanya mungkin lelaki Malaysia elek teknik berasmara lalu gagal menyeronokkan teman wanita mereka di ranjang. Itu sebab wanita malaysia cari jantan lain. Kedua, lelaki Malaysia kurang skill katil dan tidak pandai ayat-mengayat maka mereka cuma mampu ada 3 sex partners sahaja in their (malaysian men) life time berbanding lelaki Singapura dengan 16 sex partners. Ternyata dalam kesemua bidang, sukan ke, ekonomi ke, kewibawaan parlimentarians kita ke sehinggakan ke bidang memutihkan mata wanita dan buat mereka merengek pun, kita berada at the bottom of the barrel.

Hingga jumpa lagi, selamat mencari dari Uncle B, yang hairan. Kalau 4 daripada 10 wanita Malaysia pernah curang, kenapa lelaki Malaysia ada 3 sex partners aje in their lifetime dan kenapa payah sangat Uncle nak terserempak dengan wanita-wanita gersang ini.

Byeeee!!

1 comment:

Anonymous said...


1. Salam tuan....sebagai bekas pegawai polis yang biasa mengumpul maklumat, saya kira tuan faham benar tentang teknik mengumpul maklumat dan kepentingan maklumat untuk dikategorikan. Dalam kajian yang bukan berbentuk akademik seperi ini, dakwaan ini sukar untuk dibuktikan dan dihujahkan.

2. Saya akui bahawa mungkin benar orang Malaysia kalah dengan Singapura dalam bab menelanjangkan perempuan. Namun, bab kesetiaan ini pun boleh kita pertikaikan. Dalam banyak kajian mengesan dara, saya kira ramai juga yang mengakui tiada lagi dara bukan kerana bertujuan untuk menaikkan index peratusan. Ada kemungkinan, bahkan besar juga kemungkinan, pengakuan tiada dara itu dibuat kerana ia membuktikan bahawa sebagai anak gadis, dia pun sudah mendapat nikmat seks walaupun belum berkahwin. Jadi, dia akan dianggap hebat.

3. Bab ekonomi. Kalau kita mengikut falsafah ekonomi Anwar Ibrahim, itu saya memang confirm boleh jadi seperti Greek. Tapi dakwaan bahawa negara kita hampir bangkrap, sudah wujud sejak 1980an lagi. Sejak YBM Tengku Razaleigh Hamzah menjadi penentang kerajaan selepas kalah dalam pemilihan agong UMNO. Masa itu pun, dakwaan bahawa negara hampir bangkrap dan muflis sudah kedengaran sangat kuat. Apa yang sama ialah, kedua bekas Menteri Kewangan ini hanya mendakwa begitu. Hakikatnya pencen bulanan tuan sebagai pegawai polis tetap dibayar tanpa ditangguh waima satu sen pun. Jangan percaya dakwaan karut marut tu tuan. Datuk Fauzi pun tak pernah dakwa ekonomi kita teruk. Tanya dia kalau tak percaya.

Hehehehe

Terima kasih tuan !!!

Alan