Wednesday 10 October 2012

I AM BACK



Rakan sekerja, Kenny Tan, minta saya hidupkan balik KACA MATAKU. Katanya walaupun tak ada orang nak baca blog saya, at least, ianya tetap satu rekod apa yang saya lihat, dengar dan fikirkan sepanjang hidup di bumi Allah ini. Mana tahu, satu hari nanti ia akan berguna sebagai bahan rujukan, bagaimana Malaysia tergolek anjing di pentas dunia, jika pimpinan negara terus seperti sekarang. Anda tahu apa yang saya maksudkan. 

Kenny Tan ni anak Cina. Saya tidak pernah melihat dia sebagai seorang Cina kecuali seorang warga malaysia dan saya percaya begitu juga pandangan dia terhadap saya. Yang utama, kami boleh cari makan dan hidup selesa di negara ini tanpa diskriminasi kaum kerana kemiskinan dan kekayaan sebenarnya tidak kenal siapa melayu, cina atau india. Politik Malaysia lah yang telah mengkronikan kekayaan tanpa mengira kaum, sebab itu kita ada kroni cina yang kaya raya, kroni melayu yang jutawan dan kroni india yang mampu terbang first class ke india ikut suka hati dia untuk beli saree isteri.

Bagi Cina, Melayu dan India yang terkial-kial untuk hidup dan menghidupkan keluarga mereka di bumi bertuah ini, isu perkauman tidak pernah menghantui mereka. Yang tidak habis-habis mengatakan Cina curi tanah melayu, melayu ambil hak Cina dan india tersepit di tengah-tengah, adalah politikus-politikus melayu, cina dan india yang memomokkan kaum lain di mata kaum masing-masing, semata-mata untuk memastikan yang mereka (politikus) terus memerintah dan kaya raya. Di hadapan kaum masing-masing berapi-api mengutuk kaum lain tetapi di belakang pentas, mereka berpelukkan macam abang adik sambil mengagih-agihkan laba yang disonglap dari Cina Bukit, Melayu Kampong dan India Estet yang mengundi mereka ke Putrajaya.

Saya telah bertanya kepada sekumpulan 10 orang staff saya. "Katakan dalam sebuah kampong yang kesemua penghuninya adalah beruk, diadakan pilihan raya memilih ketua kampong. Ada dua calon bertanding. Seorang manusia dan seekor beruk. Siapa agaknya yang akan terpilih untuk jadi ketua kampong". Secara spontan dan sebulat suara, tanpa teragak-agak, semua menjawab. “Beruk”. 

Jawapan spontan dan ikhlas ini membuat saya terfikir. Barangkali kalau 40 penyamun dalam cerita Ali Baba dan 40 Penyamun diminta memilih seorang ustaz dan seorang perompak sebagai ketua baru, pasti mereka memilih siperompak sebagai pemimpin mereka.

Justeru, kalau selepas PRU 13 nanti, beruk dan perompak yang bersidang di Parlimen, adakah itu bermakna majoriti rakyat Malaysia adalah dari kaum beruk dan penyangak juga. Fu fikirlah sendiri!!!

Salam dari Uncle B, peminat siri filem Planet Of The Apes kerana ia mengajar kita berhati-hati dalam setiap tindak tanduk kita hari ini. Jangan sampai satu hari nanti Malaysia diperintah oleh beruk, siamang, orang hutan dan gorilla.

2 comments:

Anonymous said...

bravo uncle,back from the dead!lets hope more kritikan pedas cabai melak,padan muka depa..from harry "dirty" callahan

Anonymous said...


Welcome back sir...... kritik la sepedas mana pun, hentam sehebat manapun...... tapi tuan lebih dihormati sekiranya menjawab komen dari pengunjung blog tuan....

Alan