Wednesday 31 October 2012

KALAU YE PUN MUKA TARPAL



Petang 31 Oktober 2012, lebihkurang jam 6 petang, saya dalam perjalanan balik ke rumah dan sedang membelok ke kiri untuk masuk ke NPE dari Jalan Abdullah Hukum, berhampiran tapak satu lagi projek shopping complex yang akan menyesakkan lagi trafik di Kuala Lumpur (projek KL Eco City), sebuah tren Komuter KTM bergerak laju di sebelah kiri saya menuju KL. Tren enam gerabak yang baru nampaknya, sebab masih terpancar lagi “newness” nya. Maklumlah di Malaysia, di mana budaya “maintainance” adalah sesuatu yang pelik, benda baru akan tertonjol dengan lantang di antara harta benda dan bangunan kerajaan yang tidak terurus.

Lazimnya, kalau ternampak komuter canggih macam ni, tiada apa-apa riaksi dari saya, yang negatif maupun positive. Maklumlah, saya tinggal di Malaysia, sebuah negara maju, yang serba serbi canggih manggih. Ada multimedia super corridor, ada cyber city pertama di dunia, SMART TUNNEL dan bakal ada tren super laju dari KL ke Singapura. Lainlah kalau saya tinggal di Bandung,, yang warganya akan terperanjat beruk kalau nampak Monorail kita.

Kali ini berbeza sedikit apabila tren komuter ini bergerak pantas di kiri saya. Darah saya naik dan tak cukup jari tangan dan kaki untuk mengira perkataan carut marut yang terkeluar dari mulut saya. Bukan sengaja tetapi expletives ini terkeluar secara spontan. Macam orang latah kena sergah.

Kenapa? ......... Sebab saya ternampak gambar Najib Tun Razak terpampang di badan coach coach komuter tadi dengan perkataan, “Kami Mendengar” ditulis di tepi gambar-gambar tersebut. No komen mengenai hal ini, sebab komuter ni Khazanah punya, Khazanah, kerajaan punya, kerajaan, BN punya dan duit kerajaan, BN fikir dia punya.

Yang saya hairan, kenapalah saya meluat sangat dengan PM kita yang sorang ni. Najib tak pernah buat salah dengan saya. Bahkan kami tidak pernah berjumpa pun, sama ada di alam nyata atau alam siber. Jadi mengapa saya mesti menyampah dengan Najib hingga tengok gambar dia pun, tak lalu.

Barangkali saya takut negara akan bengkrap kalau Najib dan konco-konconya terus memerintah. Bimbang anak, cucu dan cicit saya, akan mewarisi Malaysia yang tinggal abuk dan hampas suatu hari nanti. Sedangkan suku sakat depa “lari” ke luar negara dan hidup mewah dengan harta betul dan tak betul yang terkumpul semasa Malaysia sedang kaya raya dan atuk nenek mereka memerintah. Entahlah!!

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang kini dan selamanya (bukan dulu) hidup dan matinya di Malaysia kecuali Singapura nak terima uncle balik atau saudara mara di Indonesia ajak temankan mereka. Byeee!!!!

1 comment:

Anonymous said...


Negara dah nak bangkrap sejak zaman Tengku Razaleigh nak lawan Tun M jadi PM. Tapi tak pernah jadi bangkrap pun.

Apa salahnya letak gambar Najib? Bukan letak gambar anak dia. Lainlah Anwar, yang confirm akan jahanamkan negara ini sampai bangkrap. Letak anak bini sendiri jadi calon pilihanraya.

PKR tak tawarkan tuan jadi calon ke? Dengar maklumat ramai 'bekas' kena offer jadi calon.....

Alan