Tuesday 14 August 2007

Islam Hadhari : Islam Versi Baru Ke?

Saya pernah bertanya kepada seorang pegawai dari JAKIM sama ada Islam yang telah disampaikan oleh Rasullullah s.a.w. tidak selengkap apa yang cuba digarapkan oleh Islam Hadhari. Lain yang saya tanya lain yang dijawab. “Tidak, Islam Hadhari bukan satu Islam baru”, kata pegawai JAKIM tadi. Saya tanya sama ada Islam yang saya anuti selama ini tidak selengkap Islam Hadhari, bukannya sama ada Islam Hadhari tu ugama Islam baru atau tidak. Nampak sangat pegawai JAKIM ni nak “taici” atau mengelak isu yang saya kemukakan.

Mungkin topik Islam Hadhari telah basi untuk saya perkatakan tapi salah saya sendiri. Malangnya saya ada tabiat tak elok, malas nak baca apa-apa penjelasan kalau datangnya dari ajensi kerajaan macam JAKIM. Satu masa dulu saya cukup yakin dengan apa-apa yang dimuntahkan oleh penulis warkah ajensi kerajaan, hari ini entahlah. Payah saya nak yakin. Syukur Alhamdullillah, baru-baru ini tergerak hati saya untuk akhirnya membaca booklet Islam Hadhari, Satu Penjelasan yang dikeluarkan secara percuma oleh JAKIM.

Setelah membaca booklet tersebut, ianya bukan mengurangkan sebaliknya menambahkan keyakinan saya secara peribadi bahawa Islam Hadhari sebenarnya adalah satu gimik. Saya petik beberapa nukilan dari booklet tersebut yang akan saya ulas dari sudut pandangan saya yang serba jahil terutama dari segi ugama.

Dari muka surat iii “Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia.
Islam Hadhari ialah pendekatan sederhana (wasatiah) yang diambil oleh kerajaan dalam ……..
Pandangan saya :-
Bukankah Rasullullah s.a.w. mengajar kita untuk bersikap sederhana dalam urusan seharian. Jadi mengapa harus cipta Islam Hadhari kalau Islam yang sedia itu sendiri mengajar kita bersikap sederhana.

Dari muka surat 1 “Pendahuluan”
Persepsi sebahagian besar umat Islam kini terhadap agamanya masih terbatas kepada aspek-aspek ibadah khusus semata-mata.
Pandangan saya:-
Salah siapa kalau kerajaan sendiri enggan mengislamkan pentadbiran dan pengurusan negara.

Dari muka surat 7 “Definisi”
Dari segi istilah, perkataan “hadhari” membawa maksud “yang bertamadun” atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Civilizational Islam”, dan dalam Bahasa Arab sebagai “al-Islam al-Hadhari”
Pandangan saya:
Islam dah sempurna. Ia tidak perlu ditamadunkan. Yang perlu ditamadunkan ialah umat Islam itu sendiri bukan ugama Islam. Islam yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w. lah yang telah meng “tamadunkan” orang Arab Jahiliah dan umat manusia yang barbaric bukan sebaliknya iaitu AAB yang meng “tamadunkan” Islam. Kegemilangan dunia Islam satu masa dulu adalah kerana umatnya yang telah ditamadunkan oleh Islam.

Dari mukasurat 12 “10 Prinsip-Prinsip Asas Islam Hadhari”
Pandangan saya:-
Setahu saya semua 10 prinsip asas Islam Hadhari telah pun tersedia sebagai perkara-perkara yang perlu dijadikan amalan oleh umat Islam. Jadi kenapa perlu 10 prinsip asas Islam Hadhari kalau ajaran Islam sendiri tidak diamal dan praktikkan oleh kerajaan. Saya ambil satu contoh, “Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita”. Bukankah Islam yang memberi hak sama rata kepada wanita sebagai contoh untuk memiliki harta. Bukankah Islam yang menghentikan amalan arab jahiliah yang menanam hidup-hidup atau memanah hingga mati bayi perempuan?

Jadi apa perlunya Islam Hadhari kalau bukan satu gimik.

3 comments:

de_kerinchi said...

Salam abg Bahar,

Bukan dikalangan yang membangkang sahaja yang keliru, tetapi dikalangan ahli umno juga...selalunya ahli UMNO takcakap banyak pakai terima sahaja...tetapi bukan saya...Kalau ada siri penerangan pun yang kasi terang pun masih teraba-raba...macam mana tak keliru

Dari awal penerbitan prinsip 'ciplak" ini saya dah nampak, ini semua hanya sebagai gimik semata-mata..apa yang disebut dalam rukun islam hadhari tu dah lama dipraktik kan dalam islam yang sebenar. Jadi mereka hanya ambil dan tampal, lebih memalukan mengaku inilah hadhari ciptaan mereka.

Anonymous said...

hahahaha....... aapaa lah "gimik'. buat lah aapaa yg dibenarkan jgn buat buat yg tak dibenarkan. boleh buat cerita bagi pentingkan diri dan kaya raya dlm hidup dunia ini tapi berdosa dan jawapan perlu disediakan bila akhirat nanti. buat,..lah aapaa yg baik jgn buat aapaa yg tak baik.................lah

Anonymous said...

hahahaha....... aapaa lah "gimik'. buat lah aapaa yg dibenarkan jgn buat buat yg tak dibenarkan. boleh buat cerita bagi pentingkan diri dan kaya raya dlm hidup dunia ini tapi berdosa dan jawapan perlu disediakan bila akhirat nanti. buat,..lah aapaa yg baik jgn buat aapaa yg tak baik.................lah