Monday 13 August 2007

Nahas Bas Di Bukit Gantang, Taiping : Salah Siapa

Takziah saya kepada semua ahli-ahli keluarga mangsa trajedi nahas bas yang berlaku di Bukit Gantang, Taiping pada jam 4:30 pagi 13/8/07. Dua puluh orang yang tidak berdosa hilang nyawa. Salah siapa? Saya enggan mempolemikkan isu ini. Saya cuma ingin bertanya.

Bas yang terlibat dalam kemalangan mempunyai 19 saman terhadapnya kerana kesalahan lalu lintas sejak tahun 1991. Bermakna bas ini memang di pandu cara bahaya.
1. Kenapa bas ni masih di biarkan di jalanraya raya.
2. Kenapa tak ambil tindakan terhadap syarikat bas ini.
3. Kenapa tak kuatkuasakan saman-saman trafik ini.
4. Sukar yak amat ke nak cari alamat syarikat bas ini?
5. Apa yang Jabatan Pengangkutan Jalan buat?
6. Apa yang Polis Trafik buat?
7. Apa yang Jawatankuasa Keselamatan Jalanraya Malaysia buat?
8. Apa yang Kementerian Pengangkutan buat?
9. Ada apa-apakah antara ajensi-ajensi penguatkuasa nih dengan tokeh syarikat bas?

Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan mempunyai 13 saman terhadapnya dan 2 waran tangkap kerana kesalahan lalu lintas sejak tahun 1991. Bermakna pemandu bas ini memang kaki pandu bas cara bahaya.
1. Kenapa pemandu bas ni masih dibiarkan memandu di jalanraya raya.
2. Kenapa tak ambil tindakan terhadap pemandu bas ini.
3. Kenapa tak kuatkuasakan saman-saman trafik dan waran tangkap terhadap pemandu ini.
4. Sukar yak amat ke nak kesan pemandu bas nih?
5. Apa yang Jabatan Pengangkutan Jalan buat?
6. Apa yang Polis Trafik buat?
7. Apa yang Jawatankuasa Keselamatan Jalanraya Malaysia buat?
8. Apa yang Kementerian Pengangkutan buat?
9. Ada apa-apakah antara ajensi-ajensi penguatkuasa nih dengan pemandu bas ni?

Itu aje nak tanya. Jawap le.

1 comment:

de_kerinchi said...

Salam Abang Bahar,

Takziah kepada mereka yang terlibat...malang nya kita selalu bertindak bila dah terhantuk...lagi malang dah terhantuk berkali-kai baru sedar...