Tuesday 11 November 2008

BICARA TENTANG CINTA KASIH SAYANG # 1

Prologue : Bermula Kata

Ini merupakan posting pertama aku yang tidak menyentuh tentang Malaysia atau PDRM. Sila lihat posting aku dalam blog ini bertarikh 10 October 2008.

Untuk sementara waktu sehingga semangat aku pulih balik, aku akan menulis hal-hal yang sebegini rupa sahaja. Lebih selamat dan cerah masa depan yang hanya tinggal 2 tahun dalam PDRM.

Tapi satu amaran. Aku ni jenis yang cakap lepas. Tak tahu nak berbahasa basi. Apa yang tersirat itu yang tersurat.

CINTA DULU DAN SEKARANG

Sejak akhir-akhir ini apabila rambut dah mula beruban dan dah tak ada satu pun gadis penjaga toll atau kedai makan panggil aku abang lagi kecuali pakcik atau uncle, rasanya sudah tiba masa aku berbicara tentang cinta dan hubongan hati insan lelaki dan wanita yang lazimnya akan membibitkan seorang anak (tak kiralah secara sengaja atau tidak, sah atau luar nikah). Perlu diingat, ini hanya pandangan bukan ilmiah aku. Tak semestinya betul. Terpulang kepada anda untuk menilainya.

Cinta bukan fenomena baru. Masa aku muda dulu, cinta dah wujud. Cuma cara kami bercinta sahaja yang berbeza. Dulu kami jatuh cinta dengan gadis yang elok dibuat isteri dan ibu kepada anak-anak yang bakal lahir hasil tidur sekatil yang direstui Allah s.n.w. Tidak seperti hari ini, wanita dinilai dari sejauh mana dia dapat menaikkan nafsu (dan apa-apa lagi yang boleh naik) lelaki. Jadi kalau dulu, I Love You bermaksud – You I Nak Buat Isteri, hari ini I Love You lebih kepada You I Nak Main You.

Jadi sebelum terkeluar perkataan I Love You, kami kaji dulu perwatakkan perempuan tu, mak bapa aku boleh terima ke budak perempuan ni kalau aku bawa balik rumah. Gaya, tutur, budi dan bahasa minah ni macam mana. Elok ke, manis ke? Ini lah bezanya I Love You zaman dulu dan sekarang. Dahulu cinta berpaksi kepada budi kini cinta berpaksi pada body. Mungkin itu sebabnya perkahwinan kami generasi 60an boleh bertahan bertahun-tahun. Generasi hari ini, kahwin esok lusa bercerai.

Untungnya, zaman dahulu masyarakat sepakat tentang apa yang baik atau buruk. Gadis pakai skirt pendek, liar. Orang perempuan merokok tak baik. Perempuan cabaret, jahat. Hari ini apa yang boleh dan tak boleh, antara yang baik dengan yang buruk, tiada garis pemisahnya lagi. Perempuan nak pakai dan berkelakuan macam lelaki, itu human rights. Nak jadi lesbian atau pemain bontot, itu hak peribadi. Itu sebab agaknya budak-budak hari ini banyak yang blur dan confused.

Zaman ini, penampilan dan cara berpakaian belum tentu mencerminkan perwatakkan seorang gadis. Apa tidaknya, pakai baju kurung, bertudung kelubong ke hulu ke hilir tapi selak kain tepi tangga dan pakar ilmu hisap rupanya.

Bohonglah kalau zaman dulu, masa berpacaran tak ada ringan-ringan. Ada, tapi betul-betul punya ringan. Belai-belai sikit dan cium-cium sikit. Tak sampailah buang tudung, londeh kain dan seluar atau selok tangan dalam blaus awek, gentel puting dan raba tetek. Itu lah sebabnya zaman dulu-dulu, kebanyakkan dari kami hanya dapat tengok perempuan telanjang pada malam pertama aje.

Lagi satu. Budak lelaki zaman dulu gentleman. Jemput anak gadis orang pergi dating, di rumah mak bapak perempuan bukan di tepi jalan macam mamat hari ini. Balik pun hantar depan rumah. Kami pun muda-muda dah reti keluar dengan awek. First time aku keluar dengan awek masa tingkatan 2. Tengok filem Hindustan "Brahmacari" kat panggung Rex. Belanja makan mee jawa 30 sen sepinggan dan kongsi satu botol coca-cola (harga 15 sen sebotol). Bila dapat pegang tangan awek dalam panggung wayang, copot dik, jantung ku dibuatnya. Today, raba-raba dalam kain dan main atas motor perkara lumrah. Siapa yang tak buat kuno.

Bukan tak ada jantan sial, zaman aku muda-muda dulu. Ada. Tapi dari 100 lelaki yang berjenis mungkin ada sekor yang kategori jantan tak guna. Hari ini dalam 100 jantan low class, nak cari seorang yang baik macam aku teramatlah seksa.

Ringkas cerita macam ni lah. Zaman kita orang bebudak dulu, I Love You keluar lepas kami dah sure awek tu nak dijadikan isteri. Lah ni, I Love You keluar bila mamat tu berhasrat untuk jadikan awek teman tidur bertelanjang untuk satu malam. Hari ini orang berkahwin kerana nafsu bukan kerana faham tentang falsafah di belakang sesuatu perkahwinan. Itu sebab, hari ini kahwin esok bercerai.

Cukup untuk episod pertama. Dalam posting yang akan datang, aku akan bicara tentang cinta, kasih dan sayang. Sebelum itu satu pandangan untuk kita berfikirkan bersama kebenarannya.
LELAKI MEMBERI CINTA UNTUK MENDAPATKAN BODY
AWEK MENGGADAI BODY UNTUK MENDAPATKAN CINTA.

Lu fikir sendiri dik!!!!



No comments: