Friday 21 November 2008

MAMAT MELAYU YANG PERASAN


It's been a long time since I last penned my blog posting in English. Allah s.n.w. willing, my next thoughts in black in white will be in the lingua franca of Whitehall. There's nothing to it actually, this desire of mine to revert back to the language of our last colonial master. It's just that of late both my written and spoken English has gone down the drain and I am terribly ashamed of that fact.

There was a time when I even dreamed in English and occassions where I have to translate from English in my mind what I wanted to express verbally in Bahasa Melayu. Say what you want about me. I am stuck up, a WOG (westernised oriental gentleman) or whatever you see fit but that's the way I am. I was brought up from age 3 months till seventeen in a country that's at least (at that time) 80% chinese. Ninety percent of my childhood friends were non malays and I was educated in a secondary school where entrance is by invitation only from the state's education ministry, not through your dad's connections and where in a class of 40 students there are not more than 4 malay students. To survive I have to master the English language.

At least I am not like most of our hypocrite leaders who claims to champion Bahasa Melayu, malay culture and the malay way of life but send their sons and daughters to international and private schools where english is the medium of instruction and socialisation. At least I am a malay, deep down in my heart.

However for this posting, please forgive my indulgence for writing in Bahasa Melayu. By the way, I will not apologise for refusing to acknowledge the language spoken by the malay race as Bahasa Malaysia and standing firm by my stand that it should be Bahasa Melayu.
For what is race without language and where does language comes from, if not race. Murder Bahasa Melayu and you have erased the face of the malays.

ORANG TUA BONGOK

Bagi rakyat Malaysia yang lahir pada tahun 1957, semasa Tanah Melayu dimerdekakan dengan syarat oleh matsalleh, mereka sekarang telah berumur 51 tahun. Hukum akal, orang berumur 51 tahun telah matang, berpengalaman hidup jika tidak berpelajaran, tahu membezakan yang betul dan yang salah, antara yang buruk dan yang baik dan semestinya bijak berfikir. Kecualilah seseorang itu lahir pada tahun 1957 dengan akal yang terencat. Orang macam itu aku kasihan.

Bagi yang lahir sebelum tahun '57 seperti aku, yang lahir 4 tahun sebelum merdeka, kami termasuk dalam kategori lain. Kami tergolong kategori nyanyuk. Suka merapu dan meracau seperti mantan PM sebelum Pak Lah (nasib baik tidak seperti aku, lelah) dan yang buah fikirannya tak boleh dipakai.

Akhbar New Straits Times, 19 November 2008 di mukasurat 6 melaporkan pengumuman oleh Pengarah Urusan PLUS Expressways Bhd, Puan Noorizah Abdul Hamid, penurunan 10% kadar tol PLUS sehingga tahun 2010. Syaratnya semua pemandu minum red bull banyak-banyak sampai mabuk, sengkang kedua-dua biji mata dengan anak mancis dan gunakan lebuhraya PLUS antara jam 12 malam hingga 7 pagi. Saya kurang pasti sama ada Puan Pengarah Urusan PLUS hendak memperbodohkan rakyat Malaysia atau sememangnya kebanyakkan rakyat malaysia tonggong. Sehingga kini belum terdengar satu pun bijak banggang malaysia memberi pendapat tentang perkara ini. Barangkali mereka malas agaknya. Bersuara hanya menyakitkan tekak dan memenatkan jari menekan keyboard komputer sahaja. Lebih baik baring-baring melayan isteri muda.

FATWA OH! FATWA

Kebelakangan ini badan-badan bijak pandai Islam Hadhari Malaysia sibuk membuat fatwa. Mereka dah keluarkan fatwa tentang pengkid dan tidak lama lagi akan mengumumkan fatwa tentang Yoga. Bukannya tempat saya untuk memberi ulasan tentang usaha-usaha murni bijak pandai islam malaysia ini. Pengetahuan dan ilmu agama islam saya dangkal. Kalau ilmu agama islam saya ibarat air, ianya sebegitu cetek sehinggakan kapal model kawalan jauh pun tak boleh belayar di atasnya. Begitulah daifnya pengetahuan islam saya. Jadi mana mungkin saya membantah usaha-usaha suci para ilmuan islam kita.

Cuma saya terfikir. Mengapalah ustaz-ustaz kita tidak mahu duduk memerah otak untuk memikirkan juga isu-isu semasa yang jika dibiarkan boleh mencacatkan akidah atau amalan islam kita.

Sebagai contoh, bolehkah seorang wanita Islam pakai tudung lingkup tapi pakai tee shirt ketat yang menampakkan bentuk payudara atau pakai blaus yang menggamit mata jantan ke alur di celah dada ataupun pakai jean ketat yang menampakkan bentuk bumper (bontot bagi yang kurang jelas).

Kedua, apakah hukumnya wanita islam yang melibatkan diri dalam sukan tetapi tidak menutup aurat.

Jika keadaan di Malaysia terlalu panas sehingga otak ustaz-ustaz kita berwap dan sukar berfikir, cuba minta menteri hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri untuk membina sebuah Pusat Kecermelangan Islam atau The Malaysian Centre For Islamic Excellence di United Kingdom dan kemudian jemput Barack Obama untuk merasmikannya kerana kalau saya tak silap ada antara keturunan Obama yang berugama Islam.

Tentang kos pembinaan pusat tersebut, jangan risau. Duit Petronas, kroni belum habis makan.

Sekian, wassallam.

Mutiara Kata
Yang Paling Menyiksakan Ialah Ada Wanita Seksi Menggoda Dan Bermain Mata Tetapi Isteri Ada Di Sebelah.

No comments: