Friday 28 November 2008

AKU MALU MENGAKU MELAYU

Untuk posting kali ini aku akan mengimbas rencana Dato' A.Kadir Jasin dalam HARAKAH bilangan 1394 terbitan 28 - 30 November bertajuk "Melayu Bertolak Ansur Atau Kelumpuhan". Saya petik permulaan rencana tersebut ;-

Kalau difikirkan kecelakaan yang menimpa orang melayu hari ini, kita sebenarnya harus berasa sangat malu menjadi orang melayu.
Saya malu menjadi orang melayu. Bukan sangat kerana orang melayu dan bangsa melayu dicemuh oleh bangsa-bangsa lain tetapi kerana paralysis atau kelumpuhan bangsa saya yang disebabkan anak bangsa saya sendiri.

Pandangan Dato' Kadir Jasin ini bukan baru buat aku. Dahulu lagi aku dah segan nak mengaku Melayu. Kalau Melayu masyarakat kelas kedua, terpinggir dan tak dapat jadi general atau commissioner polis di Singapura, aku tak hairan. Apa yang diharapkan sangat kerana negara tersebut sememangnya diperintah oleh kaum Cina.

Tapi aku amat kecewa kalau dalam negara yang diperintah oleh orang Melayu, kuil tak boleh diroboh tapi surau dengan mudah dijentolakkan. Kalau dalam negara yang ugama rasminya Islam, orang mukmin sembahyang dalam bilik sempit dekat parking lot bawah tanah sementara kuil Hindu tersergam bagak menjadi sebahagian daripada Mid-Valley Mall. Aku bukan racist, sekadar menyatakan yang terang di mata.

Salah siapa semua ini kalau bukan salah pemimpin Melayu sendiri. Memerintah orang Melayu dengan agenda tersembunyi memimpin wang rakyat masuk ke poket masing-masing. Semuanya atas nama memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu. Angkat keris pandai tapi bila kepala babi berguling-guling di tempat awam yang ada orang Melayu, pemimpin Melayu membisu kelu.

Dan salah siapa lagi semua ini, kalau bukan salah orang Melayu sendiri kerana tak serik-serik kena tipu. Mengundi pemimpin Melayu yang layu lesu dan bisu.

Orang Melayu, terutama yang jantannya, tahunya cuma satu. Mengeraskan anunya. Aku rajin juga tengok penjual ubat jalanan, yang rata-rata orang Melayu. Ubat apa yang dijual, kalau bukan ubat pengeras anu. Perhatikan usahawan Melayu yang kaya raya. Bukan nak tolong orang Melayu. Ada menolong tapi tolong buat bini.

Ada satu lagi yang orang Melayu cukup tahu. Menyalahkan orang lain kerana kesalahan sendiri. Jika tidak, masakan hanya masyarakat Melayu sahaja yang ada lagu Bangau Oh! Bangau. Mula-mula salahkan penjajah Inggeris kerana membawa masuk Cina dan India ke negara ini tetapi lupa bahawa raja melayu yang jual Singapura kepada Stamford Raffles. Apabila kita dapat balik Singapura dari Inggeris dengan tertubuhnya Melaysia, siapa yang serah balik Singapura kepada cina Lee Kuan Yew kalau bukan Tunku Abdul Rahman, seorang PM Melayu. Lah ni, sebahagian Johor pula nak diserahkan kepada Singapura melalui Wilayah Pembangunan Iskandar. Baguslah tu.

Aku teringat masa inspekter percubaan dahulu, ada seorang wakil UMNO bahagian dari Kedah yang meluahkan rasa kebimbingannya tentang halu tuju kepimpinan Melayu dalam satu mesyuarat agong UMNO di PWTC. Depa tolak, kita ansur, depa tolak, kita ansur. Lama-lama kita jatuh lubang, mereka kambus (cuba baca ayat ini dalam slang kedah, baru kena).

Lu fikirlah sendiri.
Nasib baik aku Bugis bukan Melayu.

No comments: