Thursday 2 April 2009

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG

Barangkali kerana umur yang hampir isya’ dan sedikit pengalaman hidup yang ada, banyak yang berpangkat anak, meminta pandangan dari Uncle tentang kehidupan. Pelbagai pandangan yang diminta tetapi kaji punya kaji, uncle dapati ianya berkisar kepada satu persoalan. What is the right thing to do? Apakah tindakan yang sepatutnya saya ambil?

Apa pun yang hendak dilakukan, haruslah berlandas realiti semasa. Kaji pro dan contra sesuatu tindakan yang bakal diambil kerana setiap tindakan membawa bersamanya risiko dan ketentuan atau outcomes yang hanya anda seorang akan menanggungnya. Apakah tindakan yang boleh diambil untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko yang bakal timbul. Jika sesuatu ketententuan tetap berlaku, mampu atau sanggupkah anda menanggung akibatnya. Nasihat uncle, mudah. Anda boleh melakukan apa sahaja yang ingin anda lakukan jika anda sanggup menanggung akibatnya dan tidak menyalahkan orang lain. You have to be responsible for your own voluntary action. Anda harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap tindakan sukarela yang anda ambil.

Katakan anda seorang gadis yang mendakwa sedang berkasih-kasihan dengan seorang pemuda. Anda harus realistik jika ingin bersunyi-sunyian dengan pemuda tersebut. Adakah mamat tu akan berbual kosong sahaja atau jika ingin menunjukkan kasihnya kepada anda, berhenti setakat memeluk dan mengucup anda sahaja atau pun mungkin dia akan bertindak lebih dari itu lantaran pujukan setan.

Bolehkah anda menolak belaiannya atau anda akan lentuk dan bermata kuyu. Lantaran itu, secara realistik, apa agaknya akan terus berlaku. Bolehkah anda mengatakan jangan semasa anda dibogelkan. Jika tidak, apa agaknya akan berlaku. Kita sama-sama tahu.

Risikonya, anda akan berbadan dua. Uncle setuju, risiko termengandong boleh dikurangkan jka anda berdua singgah di 7 Eleven dan membeli condom. Soalnya, jika perut anda tetap berisi, adakah mamat itu akan bertanggungjawab dan mengahwini anda atau jantan sial itu akan lari simpang perenang lintang pukang meninggalkan anda untuk mencari mangsa berikutnya. Akibatnya, sanggupkah anda menanggung malu.

Sehingga hari ini, belum ujud satu formula jitu yang boleh menjamin bahawa balak yang anda benarkan meniduri anda, ikhlas cintanya dan akan mengambil anda sebagai isteri setelah dapat apa yang dihajati. Petua memang banyak tetapi ianya masih tetap sebagai panduan sahaja.

Nasihat uncle supaya anda bersikap realistik dan mengkaji kemampuan untuk menanggung apa jua risiko dan ketentuan dan harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap tindakan sukarela yang anda ambil, terpakai dalam setiap keadaan, bukan sahaja dalam bab-bab cinta. Seberapa berani Uncle menongkah arus, uncle masih tak sanggup mati lemas. Jadi uncle akan kaji dulu kederasan arus dan kemampuan fisikal uncle ketika itu, sebelum terjun ke dalam sungai dan berenang melawan arus.
Sehingga Pesanan Khidmat Masyarkat yang kedua, salam sayang dari Uncle B.

1 comment:

Anonymous said...

salam... wah uncle sikalang sudah ada hit counter nampak??? ni musti nak culculate baper folowers ni,huhu...it is the nicest blog i ever folow.cuma rasanya ramai yg x perasan KACAMATA uncle ni jeksssss kot? kasi promo la sket bro,hehe.. whatever, kip ur gud work...