Thursday 30 April 2009

MASIH ADA INSAN DI MALAYSIA

Walaupun saya tidak bersetuju, rata-rata, masyarakat menganggap bahawa seorang lelaki tidak harus menangis. Malam Isnin lalu, 27 April 09, bagai nak gila saya control macho di Planters Jim, sebuah restaurant Thai Fusion di Bangsar.

Saya sedang dinner bersama family, hari jadi menantu. Sedang menunggu makanan dihidangkan, datang seorang pemuda India berumur lingkungan 20an, yang cacat (tempang dan tangan bengkok) dan terencat akal, ke meja kami, menjaja model-model binatang dari plywood. Pada mulanya saya hampir menghalau pemuda tersebut kerana berani mengganggu ketenteraman saya sekeluarga. Saat itu, saya terasa seperti manusia elite (maklumlah makan tomyam dekat restaurant yang bilnya RM295 untuk 4 orang) dan pemuda tersebut seorang pengacau yang miskin. Syukur, saya sempat berastafar dan berdoa, ”Ya Allah, kau jauhkanlah aku daripada menjadi manusia yang sombong dan bongkak”. Dengan lembut saya katakan, ”No, thank you”.

Dalam saat yang sama juga saya terpandang kepala pemuda tersebut yang asyik terteleng-teleng, tangannya yang bengkok dan percubaan bersuaranya yang slurred. Seorang OKU bisik hati saya. Secara spontan dan simultaneously, saya dan isteri memanggil kembali pemuda tersebut. Isteri saya bertanyakan harga model yang hendak dijual. Dengan isyarat tangan, pemuda tersebut menunjukkan angka 15. Saya mengeluarkan wang RM16, seringgit lagi sebagai penghargaan, yang dengan kecacatannya, pemuda tersebut masih sanggup mencari rezeki yang halal walaupun ada kemungkinan disumpah seranah. Tidak seperti mat rempit melayu yang hanya tahu melepak dan beranggapan bahawa oleh kerana mereka sampah masyarakat kelas bumiputera, the world owes them a living atau dunia berhutang hidup kepada mereka (mat rempit).

Saya hampir tidak percaya dengan apa yang berlaku selepas itu. Dengan kepala yang asyik terteleng-teleng dan percubaan bercakapnya yang keluar sebagai, ”ugh!, ugh!”, pemuda tersebut mengembalikan kembali RM 1 kepada isteri saya. Isteri saya menolak kembali wang tersebut ke genggaman pemuda tadi. Kali ini kuat gelengan kepala pemuda OKU ini. Kami mengalah dan mengambil kembali note seringgit yang cuba kami hadiahkan. Pemuda tersebut berlalu dari meja kami.

Walaupun cacat fisikal dan mental, pemuda tersebut masih ada harga diri dan tinggi integritynya. Enggan mengambil lebih dari yang sepatutnya dan tidak berharap kepada belas ikhsan orang lain. Tidak seperti kebanyakkan pemimpin negara dan ahli politik kita yang sanggup songlap duit rakyat atas nama pembangunan dan mempunyai tahap integrity serendah tapak kasut saya.

Malam itu, just before dinner, saya menangis dalam hati.

Salam dari Uncle B, yang sejak dulu percaya bahawa masih terdapat kemanusiaan dalam dunia yang penuh kebinatangan, jika kita pandai melihat. Bye.

P/S - I'll be away from 1st to 3rd May without recourse to the internet. So, there'll be no posting from the 1st to the 4th.

No comments: