Tuesday 7 April 2009

KALAU TAK ADA DUIT JANGAN CERITA

Daripada 1hb hingga 3hb April lalu, saya bersama 20 orang rakan-rakan sekerja termasuk big boss-big boss telah di closeted away di sebuah hotel, yang terletak halfway ke puncak gunung, bagi menjana dan mencerna idea-idea untuk memantapkan lagi perkhidmatan jabatan kami agar jabatan kekal releven kepada rakyat dan negara (mak datuk!, macam ayat orang politik!).

Kami pergi ke tempat dingin ini bukan untuk main-main. Tak ada main golf, juga bukan busman holiday dengan girlfriend atau lawat-lawat disneyland macam Mat Tempe dan keluarga yang belanja duit rakyat RM 1.6. juta untuk makan angin.

Rutin kami sepanjang 3 hari, padat. Check in sahaja hari pertama jam 2 petang, jam 3 petang terus mesyuarat hingga jam 11:30 malam dengan berhenti sekejap untuk mahgrib dan makan malam (6:30 - 8:30 malam). Hari kedua, dari jam 8:30 pagi hingga 11:30 malam kecuali rehat untuk lunch dan dinner dan hari terakhir dari jam 8:30 pagi hingga 12:30 tengahhari. Boleh buat program santai dan lanjutkan mesyuarat sehingga 4 hari tapi PDRM tak kelepet duit rakyat (duit tokeh ekor takpe kot). Kami mahu setiap sen wang rakyat yang dibelanjakan memberi pulangan yang berlipat kali ganda. Insya Allah, bersara nanti, saya nak masuk politik. Rasanya cara saya tekan ayat dah hampir sama dengan ucapan PM baru kita semasa perhimpunan agung UMNO yang baru lalu.

Saya tidak mempertikaikan mutu rumusan yang telah kami capai sepanjang mesyuarat tersebut. Malangnya, there is no such thing as a free lunch (kecuali jika saya jadi menteri besar/menteri). Cucu saya yang berumur 3 tahun pun tahu memberi cadangan untuk saya membeli toy untuk nya (cucu) tetapi kalau saya tak ’ndak belikan, apa yang cucu saya boleh buat selain daripada melopong dan melahu. Begitu juga dengan PDRM. Boleh rancang begitu begini gedebuk gedebak tapi kalau duit orang lain pegang, ape ke jadahnya.

Mantan PM ke 5, satu masa dulu, pernah mengumumkan bahawa PDRM akan dibesarkan lagi dengan penambahan seramai 60,000 orang anggota. Polis boleh memohon pertambahan jawatan mengikut keperluan semasa sehingga perjawatan tersebut habis dipergunakan. Berikutan itu dari masa ke masa permohonan berkenaan dibuat.

Antara mesyuarat-mesyuarat yang telah diadakan dengan pihak JPA mengenai permohonan pertambahan jawatan berkenaan, satu mesyuarat, pada saya, menunjukkan betapa hina dina dan rendahnya mertabat PDRM. Saya perolehi maklumat ini dari seorang pegawai yang menghadiri sendiri mesyuarat tersebut.

Wakil pihak polis diketuai oleh seorang ketua jabatan yang jauh lebih senior dari segi pangkat, umur dan pengalaman kerja daripada pengerusi mesyuarat, seorang pegawai amat kanan PTD (JPA), yang saya difahamkan, kencing pun belum berapa nak lurus lagi.

Pihak polis mengemukakan permohonan, perbincangan dijalankan. Sedihnya, di tengah-tengah perbincangan, pengerusi telah mengeluarkan kata-kata lebih kurang berikut, “PDRM boleh mohon apa saje tapi kuasa meluluskan permohonan terletak pada JPA (budak-budak PTD lah tu!). Kalau ikut piawaian orang kampong saya, kata-kata itu dah kira kurang ajar. Bermakna mak ayah dan universiti tempat budak pengerusi ni belajar dulu, belum cukup ajar lagi pegawai PTD ini.

Itu saya tak kisah sangat, sebab insan yang berbudi bahasa adalah spesis yang hampir pupus di Malaysia, hari ini. Tak percaya tengok kelakuan menteri besar Pahang. Yang hinanya, pegawai jabatan yang mengetuai delegasi PDRM, buat dek aje, buat donno.

Kalau saya jadi ketua delegasi, serta merta saya akan memimpin delegasi saya keluar dari mesyuarat tersebut. Ini tidak. Saya bukan cakap tak serupa bikin. Masa dalam latihan inspektor lagi, saya telah mengetuai 6 orang pelatih lain untuk keluar dewan makan dan boikot makan di dewan selama 3 hari (tapi curi masak mee magee dalam dorm) kerana caterer dewan makan gagal mengikuti syarat-syarat kontrak makan dan tiada tindakan diambil oleh Pusat Latihan Polis, setelah aduan dibuat. Selepas peristiwa itu baru kontraktor tahu mematuhi syarat kontrak.

On hindsight, saya perlu mengucapkan jutaan terima kasih kepada OC company saya, Insp Takbir Ahmad (beliau bersara sebagai ACP), kerana tidak mengambil tindakan disiplin terhadap kami. Kalau tidak……! Terima kasih tuan. Tabik spring, tuan kerana your understanding.

Anda faham tak, apa yang ingin saya sampaikan. Selagi saya yang memegang duit belanja, cucu-cucu saya setakat boleh merencana dan mencadang sahaja. Yang melaksanakan saya (of course dengan izin Allah, jua). If I say no, it means no. There’s nothing my cucu can do about it.

Sekian, dari atuk/Uncle B, yang sebenarnya tak lokek menunaikan permintaan cucu-cucu atau anak-anak saudara yang manja dan tahu ambil hati.

Byeee!!!! dan manja-manjalah selalu (tapi dengan orang yang sayang).

No comments: