Wednesday 29 April 2009

DEB DAN PENJUALAN BONTOT

40 tahun dahulu, ramai melayu yang tidak tahu berniaga, tak mahu belajar berniaga dan tidak ada modal tetapi kroni, telah dikurniakan dengan wang rakyat untuk buat perniagaan bertaraf dunia. Perniagaan lingkup, duit rakyat juga yang dipalar untuk pastikan krono-kroni masih terus jadi CEO, berkereta mewah, berumah mewah dan ambil artis jadi trophy wives atau ziarah anak di luar negara dengan duit GLC (wang rakyatlah tu!). Inilah yang dinamakan DASAR EKONOMI BARU.

Semasa aku berschooling dulu, sebut sahaja Ali Baba, yang terfikir dek aku adalah cerita Ali Baba & The 40 Thieves atau versi P.Ramlee, Ali Baba Bujang lapok. Hari ini sebut aje Ali Baba, cucu aku dah tahu. Itu maknanya Melayu punya kontrak, Cina punya kerja. Ini satu lagi sumbangan DEB dalam melahirkan entrepreneur melayu yang kaya atas angin. Inilah hasil DASAR EKONOMI BARU.

Bukan tidak ada melayu yang tahu berniaga dan tiada modal tetapi kerana mereka bukan Superbumis, sampai hari ini masih mejadi penjual nasi lemak jalanan. Bezanya mungkin sekarang dah jual nasi lemak pakai van tapi status masih tetap peniaga jalanan. Yang hairannya apek penjual nasi ayam jalanan dah jadi rangkaian Chicken Rice Shop. Ini kerana apek tu tak ada DASAR EKONOMI BARU.

Syarikat-syarikat yang hendak berniaga di Malaysia mesti ada 30% penyertaan Superbumis. Oleh kerana Superbumis ni, pak tonggok aje dalam syarikat-syarikat berkenaan, tidak membantu kepada, tetapi sebaliknya menghakis bottom line syarikat, maka kurang berkenanlah orang luar nak melabur di Malaysia. Bukan tidak ada budak-budak melayu yang boleh jadi aktif dan contributing partners tetapi kerana bapa mertua dema bukan orang kenamaan atau Superbumis, maka jadi kuli bertali leher dan berkotlah mereka.

Zaman ekonomi terpacak tegak tak ape. Melaburlah mana suka, mesti ada untung. Zaman ekonomi lembik lote, kena memilihlah dema, dekat mana nak tanam duit. Hatta, corotlah Malaysia dari segi FDI berbanding Filipina, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

40 tahun kemudian apabila Panasonic dah lari ke Vietnam, pengkilang microchip dah berhijrah ke Republik Rakyat Cina, Pak Arab tak jadi melabur kat Wilayah Iskandar Malaysia dah Malaysia nak punah ranah lingkup dan papa kedana, maka kita pun jual bontot. Mula-mula 27 sub sektor ekonomi tak perlu ada 30% ekuiti melayu. Lah ni, orang asing boleh pegang sehingga 70% ekuiti sektor-sektor tertentu.

Liberalisation ekonomi ini sebenarnya membimbangkan aku. Dulu kenapa tak buat, kenapa sekarang. Ada peribahasa melayu yang boleh digunapakai dalam keadaan di atas tetapi aku tak ingat pulak. Apa kata aku bagi satu analogy. Keadaan orang melayu sekarang macam anak dara yang satu masa dulu, nak salam pun tak boleh. Bukan muhrim, dosa. Apabila tak ada orang merisik, offer bagi pegang tangan aje dulu, lepas tu kiss-kiss, lepas tu boleh tanggal coli, boleh raba-raba, last-last kain dan seluar dalam terlondeh. Akhir sekali, selamat kena kenduri. Kau orang tengoklah nanti. Ini akan berlaku kepada negara kita.

Eloklah tu. Kalau Mat Kilau, Dato’ Dol Said, Dato’ Maharaja Lela dan ramai lagi wira melayu masih hidp, mesti mereka meraung. Dulu julang keris, hari ini tunggeng pungkok bagi orang jolok.

Akhir kata, Salam Semerluki dari Uncle B, yang terpaksa cari tissue paper nak kesat air mata sebab akhirnya keturunan melayu telah dilacurkan oleh mak bapak sendiri.

No comments: