Saya tidak menafikan keikhlasan segelintir pengadu mahu melihat keadilan dilaksanakan ke atas penjenayah kolar putih dengan harapan mereka (penjenayah) tidak lagi melakukan kegiatan yang sama. Pengalaman walaubagaimana pun memaksa saya percaya bahawa banyak juga aduan polis dibuat dengan harapan JSJK boleh menjadi barua atau sucker mereka (pengadu) untuk mendapatkan kembali wang yang telah lesap.
Semasa JSJK masih sebahagian daripada Jabatan Siasatan Jenayah, seorang Cina yang mendakwa adik angkat kepada seorang pegawai tinggi polis Melayu, (semangat 1 Malaysia telah wujud sejak zaman Mahathir lagi, cuma tidak dihebohkan aje) telah datang berjumpa saya membawa 4 orang lagi Cina untuk membuat laporan polis. Isu yang dibawa mudah sahaja. 4 orang Cina ini telah memberi pinjaman berjumlah RM 2 juta kepada seorang kenalan mereka untuk mengelakkan kenalan tadi dari diistiharkan muflis. Janji diberi untuk membayar balik wang pinjaman tersebut dalam tempoh enam bulan sama ada secara tunai atau dalam bentuk saham dalam syarikat kenalan yang diselamatkan tadi. Setahun berlalu, hutang gagal dijelaskan dan kempat-empat Cina ini ingin membuat laporan polis yang mereka telah ditipu.
Saya jelaskan kepada mereka bahawa laporan polis boleh dibuat tetapi kes akan dikelasifikasikan sebagai NFA sahaja kerana tidak terdapat elemen perdayaan dan niat curang untuk membuktikan penipuan telah berlaku. Ini menjurus kepada breach of promise atau mungkir janji sahaja i.e. satu kes sivil. Mereka berdegil dan laporan polis dibuat.
Yang buat saya bengang ialah apabila adik angkat pegawai besar polis ni, mengajak saya keluar dari pejabat saya dan memberitahu saya, “Tuan, kita sudah bikin satu repot. Tuan tangkap itu orang, kasi masuk lokap 24 jam, tak payah remand, gerenti dia setlle itu hutang sama kita orang. Sudah settle punya jam, tuan punya IO kita bagi RM 4,000, tuan boss, kita mesti bagi lebih punya.”
Jawapan saya bermula dengan maki hamun, “Lu, XXXXX (maki hamun) punya Cina, lu pikir semua melayu lu boleh beli kah? Lu salah orang tahu, you better get lost or I’ll throw you down this building (saya kalau terlebih marah cakap omputeh – time tu pejabat saya di aras 3, blok 1, Komplex Kerajaan Bukit Perdana)”. Maknanya apek tadi nak jadikan saya barua dia tolong kutip hutang. Pleeaasse, walaupun saya tak kaya, saya ada harga diri tahu.
Lebih kurang sama era dengan contoh di atas, saya telah ke Pulau Pinang untuk menemubual seorang peguam melayu yang mewakili pengadu, juga seorang melayu, dalam satu kes tanah dengan seorang Cina. Saya tidak berani memberi butiran lanjut kes ini kerana bimbang boleh mencacatkan siasatan kerana setahu saya kes ini belum lagi selesai. Selesai sesi temubual peguam tersebut telah menghantar saya ke tempat penginapan di Cititel. Semasa dalam kenderaan, peguam tersebut telah bertanya berapa tahun lagi sebelum saya bersara dan berapa wang simpanan yang saya ada untuk menghadapi persaraan. Saya jelaskan yang saya tinggal 5 tahun sebelum bersara wajib (masa itu umur persaraan 56 tahun) dan wang simpanan hanya berjumlah 3 bulan gaji.
Yang membuat saya terperanjat, diikuti dengan marah terlampau ialah tawaran berikutnya yang datang dari seorang peguam melayu berugama Islam dan seorang bekas DSP polis pulak itu. Peguam tersebut memberi tahu saya bahawa mereka sebenarnya dalam proses penyelesaian luar mahkamah dengan suspek Cina tersebut. Nilai pasaran tanah RM XXX,XXX,XXX juta. Cina tersebut menawarkan RM XX,XXX juta. Pengadu dan peguam hanya akan menarik balik kes jika dibayar RM XX,XXX juta iaitu 3 kali ganda dari harga yang ditawarkan oleh suspek.
Peguam melayu yang beragama Islam tadi mencadangkan, “Cina ini orang berkedudukan di Pulau Pinang. Tuan tangkap dia, bawa balik ke Kuala Lumpur, gerenti sebelum tamat 24 jam, dia akan setuju untuk settle mengikut kehendak kami. Untuk susah payah dan kerjasama tuan, saya hulur tanda terima kasih 10% daripada jumlah yang kami tuntut dari Cina tersebut.”
Entah kenapa peguam ini tidak pulak saya maki hamun kerana menganggap semua pegawai polis kaki kow tim. Mungkin kerana dia belanja saya breakfast dan hantar saya balik ke hotel. Balik ke Kuala Lumpur, saya beritahu bos apa yang berlaku dan minta pegawai lain mengambil-alih kes kerana saya tidak mahu tergoda.
Kalau saya terima cadangan peguam tersebut, dua perkara akan berlaku. Satu, saya akan bersara pilihan selepas dapat duit tersebut dan kedua saya akan dapat buka 2 akaun simpanan tetap bernilai RM 1 juta setiap satu, beli 8.5 buah rumah bungalow di Nilai 3 seperti yang didiami oleh adik saya yang dibelinya dengan harga RM 350,000 sebuah (harga dulu) untuk dikutip duit sewaan bagi menampong belanja hidup selepas pencen, belanja RM 1 juta untuk renovate rumah yang saya beli dengan duit halal dan baki RM 1 juta, saya travel around the world first class dengan seisi keluarga termasuk emak dan abah.
Jika ada kawan-kawan yang mendapat tawaran sedemikian, jangan jadi goblok macam saya. Terima aje. Anda tak perlu bersusah payah untuk hidup macam saya dan kena marah dengan bos, walaupun umur lebih tua dari bos yang fikir dia handal sangat.
Kalau 2 episod yang saya nukilkan di atas bukan bukti bahawa kami di JSJK tak ubah macam pemungut hutang bertauliah, bagaimana dengan mereka yang kena tipu melalui internet dan datang marah-marah ke Unit Aduan Awam kami kerana pegawai penyiasat di bawah enggan pergi ke bank untuk dapatkan balik duit mereka yang telah dimasukkan ke dalam akaun sipenjenayah. Marah kerana walaupun dalam laporan polis telah diberikan nombor akaun penjenayah, polis gagal mendapatkan balik wang tersebut. Cuba tanya lawyer, (tak kiralah loyar baru ke loyar buruk) bolehkah polis buat macam itu. Kalau ini bukan bukti kebanyakkan pengadu menganggap kami di JSJK pengutip hutang, saya tak tahu apa lagi nak cakap.
Hingga mengata lagi, salam Jebat dari Uncle B, yang percaya pada nasihat Captain Hall dari Australian Army (jurulatih saya dalam bidang Jungle Tactics semasa dalam tentera dulu), “Tell The Truth And Shame The Devil”.
Bye!!!!!.
No comments:
Post a Comment