Thursday, 15 April 2010

APABILA TENGGELAM PUNCA

Minggu ini di parlimen, Lim Kit Siang membangkitkan cerita seorang nenek berumur 63 tahun yang dikejar peragut. Nenek lari balik ke rumah, panjat pagar (brutal nenek ni), kerana pagar berkunci, peragut ikut panjat pagar dan rompak nenek dalam kawasan rumah sendiri. Kat paper dan TV ada keluar cerita ini. Kata Lim, kalau macam ini senario jenayah di Malaysia, rakyat dah tak selamat lagi. Kata seorang wakil rakyat PKR, KPN must do the honourable thing, letak jawatan. No komen dari saya tentang pandangan wakil rakyat PKR tadi. Tapi jangan sampai penjenah kejar mangsa, mangsa lari dalam balai polis, penjenayah ikut sama dan rompak mangsa dalam kawasan balai polis sudahlah. Time tu bukan setakat KPN, seluruh institusi PDRM patut dibubarkan dan tubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Dan Ketenteraman Malaysia. Kalau BPR boleh menjelma jadi SPRM (setakat jelma ajelah) kenapa PDRM tak boleh jadi SKKM Kalau tak nak ambil agen MOSSAD jadi penasihat suruhanjaya yang bakal ditubuhkan ini, ambil aje warga POLRI (Polis Republik Indonesia). Sekurang-kurangnya penjenayah indonesia kecut perut terserempak dengan anggota POLRI bukan macam kat sini, polis seram sejuk jumpa penjenayah terutama penjenayah berkelas.

Terus terang saya mengaku, saya bukan pandai sangat tang kerja-kerja kepolisan. Kalau bijak dan bistari dah lama jadi pengarah jabatan atau ketua polis seperti mana berbelas-belas orang squadmate saya. Setakat ini yang saya nampak, PDRM tidak habis-habis dengan strategi, jawatankuasa dan mesyuarat demi mesyuarat untuk melaksanakan strategi yang tak kunjung padam. Kita ada Jawatankuasa Penambahbaikan Pengurusan PDRM, PS5T, ISO, KIK, Blue Ocean, 5S dan SSR. Entah berapa ramai pegawai dan anggota polis yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam jawatankuasa, mesyuarat dan perlaksanaan strategi-strategi ini. Ini belum lagi mengambil kira pegawai polis yang kena jadi pegawai bertugas NKRA di KDN dan Bukit Aman, yang kena buat kempen kesedaran jenayahlah, kena buat high profile policinglah bawah NKRA dan apake bendanya lagi. Dahlah tak cukup kakitangan untuk buat kerja hakiki polis, yang ada dua tiga kerat pun kena palar sampai patah tulang belakang nak buat kerja yang belum tentu releven dengan tugas polis.

Tak dengar pulak pasal mesyuarat atau komiti untuk kurangkan jenayah ke, untuk design environment selamat ke, untuk tambahkan beat jalan kaki ke atau rondaan berbasikal ke. Ringkasnya komiti macam mana nak buat core business polis dengan berkesan. Tak tahulah kalau dia orang buat mesyuarat tertutup kerana takut rahsia strategi kurangkan jenayah bocor kepada agen Israel dan isu tersebut diputar-belitkan oleh pembangkang di parlimen.

Katakanlah pada tahun 2010 ini, seluruh PDRM dapat persijilan MS ISO 9001:2008, diiktiraf mempunyai Persekitaran Kerja Berkualiti atau sijil 5S, di cemburui kerana menjadi pengamal Strategi Blue Ocean yang mengalahkan pengamal dalam sektor swasta, mempunyai modal insan yang berinovatif dan kreatif dek kerana perlaksanaan Kumpulan Inovatif & Kreatif dan yang paling ngam sekali, MAMPU umumkan sebagai agensi kerajaan yang pertama di ASEAN dapat pengiktirafan 5 bintang dalam penilaian Sistem Star Rating.

Adakah ini akan membuat penjenayah jalan membongkok tanda hormat bila lalu depan konstabel polis atau nenek boleh berlenggang di tepi jalan yang sibuk dengan kedua-dua belah tangan penuh gelang sampai ke siku. Atau anak-nak kecil boleh bermain di taman awam tanpa mak ayah ambil bodyguard gurkha untuk jaga anak supaya tidak diculik dan hilang begitu saja. Adakah persepsi rakyat terhadap PDRM akan menjulang ke paras pokok kelapa dan semua pembesar polis diberi standing ovation (tepukan gemuruh) apabila hadir dalam sesuatu majlis awam apabila berjaya mengumpul seribu satu macam punya sijil. Hampir terlupa, bila dah kumpul sijil nanti, bolehkah hotspot sekarang bertukar jadi coldspot.

Selamat memikirkan apa yang baru dibentang dari Uncle B yang ada cita-cita nak jadi CONsultant Strategi PSSRS (Polis Sopan Santun Rakyat Suka) kepada PDRM selepas bersara nanti.
Salaam!

No comments: