Pagi 25 Mac 2010 baru lalu, saya sempat menonton ½ jam pertama siaran lansung TV, perbarisan sambutan ulang tahun ke 203 tahun Pasukan Polis Diraja Malaysia daripada Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Melihat pegawai-pegawai kanan dan anggota-anggota polis daripada pelbagai formasi dengan uniform masing-masing, berdiri tegak dan megah di padang kawad menunggu ketibaan Perdana Menteri, membuat saya merasa bangga menjadi satu daripada lebih 100,000 orang anggota organisasi bersejarah yang sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat hari ini.
Naik satu macam punya semangat dalam diri saya apabila melihat susuk-susuk segak berwajah tegas dengan logo INTEGRITI tersemat di dada kerana pada mereka saya melihat wira-wira negara yang telah berkorban, tenaga, masa, keluarga bahkan wang sendiri untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Tanpa pengorbanan nyawa anggota-anggota polis, negara tidak akan terdaya mengalahkan kebangkitan komunis. Dengan keringat dan air mata warga PDRM lah, tauke-tauke Cina, India dan tokoh koperat Melayu dapat mengumpul kekayaan dalam keadaan yang aman dan damai.
Sedihnya apabila balik ke pejabat, saya tersentak bedebab jatuh ke bumi nyata. Wajah-wajah gagah tadi tiba-tiba bertukar menjadi muka-muka sombong, bongkak, kasar dan yang tidak tahu senyum kerana terlalu mabuk dengan kuasa yang ada untuk menahan mana-mana orang di mana sahaja tanpa mengira masa. Yang menggunakan kuasa undang-undang yang diberi bukan untuk membantu dan melindongi tetapi untuk membuli dan mengexplotasi rakyat. Tidak semua warga PDRM yang bersikap demikian tetapi dek kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Kalau dikata saya manusia yang tidak tahu mengenang budi kerana kononnya PDRM yang telah memberi saya dan keluarga rezeki untuk makan dan hidup, jangan lupa, PDRM bukan beri saya makan percuma. Setiap sen yang saya terima, saya ganti dengan tenaga, masa dan minda, malahan lebih dari itu, saya korbankan masa paling penting untuk bersama anak saya, Amira Nur Hanani iaitu semasa dia membesar.
Hairannya, sebelum ini saya pernah menyertai pasukan beruniform. Saya bekas seorang leftenan tauliah jangka pendek, Angkatan Tentera Malaysia. Tidak ada pulak saya mengkritik ATM dari hari saya menyertainya pada 10 Jun 1971 sehingga tamat tauliah pada 14 April 1975. In fact until today, I have the highest respect for the Malaysian Armed Forces. Kenapa ye?
Hingga posting seterusnya, salam dari seorang warga PDRM – Sebuah organisasi mulia yang telah dihinakan oleh perbuatan warganya sendiri.
Byeee!
No comments:
Post a Comment