Thursday 14 April 2011

CERITA TELANJANG DI BUKIT ST.JOHN

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam “meletup kepala” (blows his top) kata akhbar The Star 14th April 2011 (ms N3), apabila mendapati kondom bertaburan di atas Bukit St.John, Melaka. Budak-budak, bapak budak serta mak budak ni pun satu punya hal. Kalau lepas projek tu, masukkanlah kondom yang telah digunakan dalam poket seluar atau dalam handbag teman wanita. Apabila jumpa tong sampah baru baling dalam tong. Dan kalau ada air yang tertumpah tu, lap-lap lah dengan tissue, jadi taklah Datuk Seri Ali melenting sehingga nak beri surat tunjuk sebab kepada pekerja majlis bandaran yang gagal mengawal keadaan. You all yang dapat sedap, pekerja Majlis Bandaran Melaka Tengah yang nak kena tindakan disiplin. Tak baik niaya orang, dik.

Majlis Bandaran pun satu macam punya ngok. Susah atau mahal sangat ke nak letak tong sampah yang boleh blend in kat surroundings St.John’s Hill tu supaya senang bahan-bahan terpakai selepas beromen tu dibuang. Jangan buang baby dalam tong sampah dahlah kerana Mami Sharizat dah sediakan baby hatch untuk campak baby yang tidak sengaja ditermengandungkan oleh pasangan yang berasmara di sana (St.John’s Hill).

Nak selesaikan isu ini senang sahaja kerana sebahagian daripada jalan penyelesaiannya telah pun dilaksanakan oleh Kementerian Wanita & Pembangunan Keluarga dan oleh kerajaan negeri Melaka sendiri. Dalam sebuah negara yang multi-racial, multi religion dan masih tercari-cari identitinya, sebuah negara yang secular tidak, Islam pun tidak, untuk melarang bukan suami isteri daripada raba meraba dan seluk meyeluk di tempat-tempat sunyi, adalah perkara yang mustahil. Marina Mahathir dan Sisters In Islam pasti marah kerana mana boleh Malaysia ada moral police, kata Marina Mahathir, dan bak kata SIS pula, “What a woman does with her own body is her own business and not the business of the government or the religious authority. In case Datuk Seri lupa, Malaysia juga adalah signatory kepada Human Rights Convention, Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini bermakna setiap warga malaysia punya sukalah nak bogel-membogel, asalkan buat tempat tersorok seperti di celah-celah semak.

Saya ada satu cadangan buat Ketua Menteri Melaka. Kalau Melaka boleh tubuhkan sekolah khas untuk remaja perempuan yang terbuncit perut mereka kerana teman lelaki terlupa cabut atau pakai kondom semasa berasmara, meneruskan pelajaran sementara menunggu nak beranak, kenapa kerajaan Melaka tak boleh sediakan tempat-tempat khas untuk melepas stim yang dah meruap-ruap. Saya percaya banyak lokasi yang romantic giler di Melaka. Sediakan bangku-bangku khas, lampu yang samar-samar malap, kondom vending machine, kemudian pasang speaker di celah-celah rimbunan pokok bunga dan mainkan lagu-lagu yang boleh menimbulkan berahi, baru dia orang tak perlu mendaki Bukit St John apabila mood merenyam tiba. Jadi tak perlulah pekerja majlis bandaran Melaka diberi surat teguran dan selamatlah bonus tahunan mereka.

Kalau nasib tak menyebelahi, kondom bocor atau salah pakai kondom dan partner perempuan, bulat juga perutnya, 3 bulan kemudian, tak perlu risau. Jika yang perempuan masih bersekolah, sekolah khas untuk remaja tak berlaki tetapi dah mengandung, ada, untuk meneruskan pelajaran. Apabila cukup bulan dan anak dah terpancul keluar, cari aje baby hatch yang telah disediakan oleh Kementerian Mami Sharizat lalu campakkan baby tadi dalam baby hatch. Baby akan selamat kerana orang kementerian atau kebajikan masyarakat akan datang pungut. Case closed. Senang kan?

Hingga jumpa lagi, satu pandangan ikhlas dari Uncel B. Hanya jantan low class yang tanggalkan baju girlfriend di atas bukit atau di celah-celah semak. Jantan yang berjenis sikit akan sapu aweknya, paling koman pun di hotel 3 bintang seperti Cititel, Midvalley. Restoran banyak, ada 18 panggung wayang dan nak shopping pun senang. Jangan bagi free dik, cukur licin adik punya pakwe. Bak kata peribahasa sonsang, "Alang-alang mengadai body, biar badan disalut permata, alang-alang dah bagi free, biar pakwek poket merana".

Byeee!!!!!



No comments: