Tuesday 19 April 2011

TAHNIAH BARISAN NASIONAL

Tak nak komen banyak-banyak mengenai pilihanraya negeri Sarawak yang baru diadakan pada Sabtu 16/4/2011 lalu. Seperti dijangkakan, BN menang dengan mengekalkan majority 2/3nya. Yang menampakkan sinar di penghujung terowong yang gelap gulita ialah kejayaan pembangkang mengurangkan dominasi BN daripada 62 kepada 55 kerusi sahaja.

Tahniah kepada Barisan Nasional dan takziah kepada rakyat Sarawak kerana anda dan anak cucu akan menanggung akibat kesilapan nenek moyang mereka. Kepada wakil rakyat baru, selamat terbang ke Kuala Lumpur untuk sessi persidangan parlimen dan selamat mengatur networking dengan ahli-ahli perniagaan dan tokoh koperat. Mana tahu boleh dapat komisen untuk projek-projek baru di kawasan anda. Kalau ada rezeki, boleh juga berkenalan dengan artis-artis yang cun melecun dan dapat sambar seorang untuk buat bini macam Bung Mokhtar. Dalam dunia hiburan tanah air, masih berlambak artis wanita yang berumur sedikit tetapi masih bujang. Tidak ketinggalan, janda muda yang kiut-miut, yang masih dahagakan kasih sayang.

Tak patut sangat kalau BN tak menang besar di Sarawak. Mana dengan jentera BN yang disokong oleh poket tauke-tauke halal dan haram, dengan steshen-steshen TV swasta dan akhbar-akhbar yang berbondot-bondot dengan dakyah BN mereka dan yang paling sedihnya, jentera kerajaan seperti RTM yang perbelanjaannya ditanggung oleh cukai pendapatan rakyat, pun diperkuda untuk memesongkan minda rakyat yang lalok dengan sejemput manisan yang ditabur semasa kempen pilihanraya. Paling efektif sekali, “pengakuan” Raja Petra, yang Anwar ialah dalang di belakang usaha menjatuhkan Najib & Rosmah dengan mendakwa mereka terlibat dalam kes Altantuya. Dari dulu dunia dah tahu bahawa Kaum Yahudi memang bergeliga. Jadi tak rugi kalau kita ambil syarikat berbau Yahudi untuk mewakili kepentingan perhubongan awam kita atau dalam bahasa lurusnya, spin doctoring.

Untuk Barisan Pembangkang pula, hentikanlah gembar-gembor nak tawan Putrajaya lah, nak buat itu dan nak buat ini. Buat dulu baru cakap. Kalau merapati musuh, dari jauh kita atur langkah dan bunga, musuh dah boleh baca pergerakkan kita dan akan bersedia untuk menangkis serangan. Cuba belajar buat kerja diam-diam. Sengeh sana, sengeh sini. Mulut manis macam gula. Tepuk belakang musuh, belanja teh tarik dan ajak pergi karaoke. Orang mabuk senang diajak bercerita. Kemudian bila tiba masanya, henjut dari belakang. Kalau nak belajar Ilmu Perangkap Tikus dan Silat Langkah Seribu, silalah hubongi saya.

Sebut fasal selamat terbang ke Kuala Lumpur untuk sessi persidangan parlimen, networking dengan tokoh-tokoh perniagaan dan peluang sambar artis buat bini baru macam Bung Mokhtar, saya ingin beri satu nasihat secara percuma. Jika ingin berkenalan dengan bakal isteri baru secara dekat dan intim di bilik hotel, walaupun di hotel bertaraf 5 bintang, sewalah 2 bilik dengan connecting door. Jadi jika diserbu secara serentak sekali pun, bila buka pintu, perempuan akan ada dalam bilik perempuan, lelaki akan berada dalam bilik lelaki. Cuma pastikan, pakaian masing-masing termasuk seluar kecik, berada di bilik yang betul.

Jangan jadi macam pegawai kanan bergelar Dato’ dari Kementerian Belia & Sukan, berumur 51 tahun yang tertangkap khalwat dengan bekas pembantu peribadinya berumur 28 tahun, di sebuah hotel di Batu Feringgi, Pulau Pinang baru-baru ini. Allo’ bro, kalau kerja di kementerian, bergelar Dato’ pulak tu, mesti pangkat besar punya dan duit pun lebat. Kalau gua, setakat sewa 2 bilik, kacang aje dan tak main lah dekat Penang. Alang-alang tipu bini kata ada meeting di Penang, lebih baik kata ada meeting di Bandung. Thing big Dato’ dan biar ada kelas sikit. Duit bukan bawa mati.

Akhir kata, siapa pun yang memang di Sarawak tak jadi kudis pada Uncle B. Rakyat Malaysia bukan hirau sangat tentang menyerahkan masa depan dan kekayaan negara untuk ditadbir oleh golongan kaki joli. Asalkan dapat mencekik mentekedarah, dah cukup. Peduli apa dengan halal haram atau lipas merayap atas margarine yang akan disapu atas roti bakar anda. Uncle B tetap macam tu juga, siapa pun yang memerintah. Uncle akan terus kerja makan gaji, pencen takkan naik, harga keperluan harian gerenti naik & terus naik dan mutu perkhidmatan PDRM akan tetap ditakuk lama juga.

Byeee!!!!

No comments: