Saturday 2 April 2011

MALAYSIA MRT LAWAN CHINA FAST TRAIN

On receiving an email from a good friend of mine, I immediately checked with The Star Online News Portal and Wikipedia to verify the facts that was presented to me. Except for the cost of the Beijing – Shanghai Fastest Rail System in the world which according to Wikipedia costs USD 30 billion, and not USD 22 billion as emailed to me, the facts given, stands.

China’s Beijing to Shanghai Train System which runs for a distance of 1,318 km, costs the Chinese tax payers USD 30 billion or USD 22,761,760 per km.

Compare that to Malaysia’s BN lead government’s, Kajang to Sungei Buluh Mass Rapid Transit System, which cost you and me, the suffering tax payers, USD 17 billion for a distance of a mere 150 km or USD 113,333,333 per km.

Akauntan tak pass maths pun boleh lihat bahawa kos MRT di BolehLand yang kelajuannya deras sikit aje dari siput babi, adalah 4.9 kali ganda lebih mahal daripada keretapi terpantas di dunia, yang boleh potong MRT Siput Babi Malaysia pada kelajuan 350 km sejam.

Pengirim asal, dalam emailnya, mengatakan, “I won't be surprised that Bolehland will go bankrupt during our life-time under the BN Govt. Another ploy to BANKRUPT the country! What is the projected recoup period for this massive expenditure??? Another wasted tax payer's money!”

Apa yang ingin saya katakan ialah, tidak menghairankan jika perkara sedemikian boleh berlaku di Malaysia. Sebaliknya, saya akan terperanjat beruk jika projek-projek menjahanamkan duit rakyat seperti projek MRT ini, tidak berlaku di Malaysia. Lihat sahaja Projek Rel Berkembar, PKA Free Trade Zon, KLIA, PROTON dan Projek Rel Laju Kuala Lumpur-Singapura.

Bayangkan, negara China bina keretapi terpantas dunia dengan kos USD 22.7 juta satu km sementara kerajaan BN Malaysia bina dengan harga USD 113 juta satu km atau 4.9 kali lebih mahal daripada negara Cina untuk system pengangkutan rel yang jauh lebih kodi daripada sistem China.

Pandai betul anak lelaki Tun Razak ni dengan slogan 1Malaysianya, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Rakyat memang diutamakan – tetapi – untuk menanggung beban hutang negara yang dikumpul melalui projek-projek yang tidak menguntungkan dan mendatangkan menafaat (kecuali kepada pencadang dan kroni projek) kepada rakyat terbanyak. Pencapaian memang diutamakan – tetapi – untuk mencapai simpanan berbillion RM dalam akaun peribadi masing-masing.

Kalau kelentong BN yang terang lagi bersuluh ni, rakyat Malaysia yang sepatutnya makin bijak berfikir kerana universiti tertonggok sana sini, tak nampak, memang patutnya pun anak-anak dan cucu cicit kita mewarisi Malaysia Bengkrap sementara anak-anak dan cucu cicit depa duduk luar negara dengan hasil komisen projek membazir di Malaysia.

Hingga jumpa lagi, Salam sayang dari Uncle B, yang ingin mencadangkan alternative baru kepada slogan 1Malaysia. Apa kata kita gantikan, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” kepada “Rakyat Kita Kelentongkan, Poket Mereka Kita Kosongkan”.

Byee!!!

No comments: