Saturday 23 April 2011

PERNAHKAH KITA BERSYUKUR

Kalau kita mahu berhenti sejenak, melihat sekitar dan mengambil iktibar dari kehidupan di sekeliling kita, pastinya kita akan merasai betapa besarnya nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Adakah kita berterima kasih dengan apa yang telah diberi atau kita terus merungut yang kita tidak berduit seperti Robert Kuok atau Ananda Krishnan, bahawa setelah berpuluh tahun berkhidmat, pangkat masih di bawah sedangkan ada squadmate yang dah pun bergelar Ketua Polis Negeri atau Pengarah. Atau mungkin kita bertanya kenapa isteri masing-masing tidak segebu Zizie Bung Mokhtar, kenapa pakai Proton Saga aje bukan BMW 7 Series dan kenapa anak kita tidak dapat 10 A macam anak orang lain.

Kalau kita pencipta robot tentu kita lebih tahu apa akan jadi kalau kita bega-begakan robot. Kita masukkan AI chip sebagai central processor robot tu, mungkin nanti robot tu lawan tokey apabila dia lebih atau sama bijak dengan pembuatnya. Atau pun bila badan robot, kita buat dari titanium, robot tu jadi angkuh pulak sebab dah kebal dan bijak.

Ini semua kita kena fikir sebab kalau tidak, kita terlupa bahawa masih ada squadmate yang masih ASP walhal dapat juga kita bersara sebagai Supt. Atau pun bila kita menangis kerana hanya mampu pakai Proton Saga BLM sahaja, bapa saudara sendiri di kampong tak pernah pun merasa bermotosikal. Bila melihat bini anda yang lena terkangkang sebelah anda dan anda mula berfikir, kenapalah bukan Daphne Iking yang tidor terponggeng atas katil aku, cuba tanya diri sendiri. Betulkah anak-anak yang tidur bilik sebelah tu, anak kau orang berdua atau anak dia dengan jantan-jantan lain. Boleh gerenti ke isteri cun macam Jennifer Lopez boleh layan kau orang tiap-tiap malam atau hanya seminggu sekali sahaja kerana sibuk dengan career dia.

Ini semua kena ingat dik sebab tak ada faedah kereta cantik tapi engin cebeh. Dan bila tua nanti, mana kau orang ndak. 4 orang anak yang pelajaran ala kadar aje, kerja pun cukup makan tapi sepakat menjaga anda dan isteri atau 4 orang anak yang semuanya 4 flat grads dari Uni terbilang luar negara dan punyalah kaya hingga beli villa tak perlu tanya harga dulu, tapi anda & isteri duduk rumah orang tua yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bila hari raya pun tak datang menziarah kerana sibuk dengan rumah terbuka (macam kakak ipar aku).

Masa dalam army dulu, aku kaki tonggang. Favourite drinks, “Screwdriver”, lepas makan, minumannya beer bukan mineral water dan hujung minggu mesti pergi night club untuk joget-joget, minum-minum, raba-raba dan happy-happy. Selalunya ada rezeki untuk tidak keseorangan hingga ke pagi. Lagak apatah lagi, macam dunia aku yang punya. Barangkali sebab itu Angkatan Tentera Malaysia tidak menjadi career aku walaupun ada geng army aku yang bersara pangkat Lt.General. Ada kemungkinan agaknya kalau aku terus dalam ATM, aku boleh bersara dengan pangkat keris bersilang, tetapi apa kata lepas bersara nanti, aku terus jadi kaki botol, kaki enjoy dan kaki betina, macam ramai bos polis yang aku kenal rapat yang masih pekena air setan walaupun umur dah masuk dalam injury time.

You see adik, Pencipta kita adalah Allah s.w.t. Dia lebih tahu siapa yang akan lupa daratan atau tidak kalau diberi kemewahan dan siapa yang akan angkuh, bodoh sombong dan bongkak jika diberi kelebihan zahir dan bathin. Maknanya, what we are today is where Allah s.w.t. wants us to be because He knows where we will be, if he gives us more than we can bear.

What if God made you the president of the USA. Because you are president of the most powerful military country in the world, you become sombong bodoh and kacau a lot of people. The people gets fed up with you and then they bomb you to hell and back again. See what I mean. If you are only a janitor in an elementary school in L.A., maybe you’ll live longer. So lets give thanks to Allah s.w.t. for deciding for us what we should be in life because in the end only Allah is The All Knowing. Amen.

Jumpa lagi di next posting dari Uncle B, yang bersyukur tidak membesar tinggi, sasa gagah perkasa dan handsome sangat, kalau tidak dah lama jadi gigolo dan service mak datin gersang. Teringin sangat juga, nak kaya raya tapi bimbang lupa daratan dan kahwin 4 dan sibuk sangat makan makjun untuk layan 4 isteri sampai lupa hendak menjengah emak di kampong, sebulan sekali.

Byeee!!

No comments: