Tuesday 5 April 2011

YANG GATAL , ORANG, BUKAN FACEBOOK

Kekadang Uncle terpaksa menyoal diri sendiri. Bilalah mereka yang sepatutnya membimbing kita, belajar berfikir. Can someone tell me bagaimanalah si celik tapi buta, nak pimpin yang mata ceme. Untuk sampai ke tempat tujuan, belum tentu lagi, yang gerentinya, dua-dua ekor tu, yang memimpin dan yang dipimpin, akan tergolek masuk longkang atau terlanggar tiang.

Mami menteri Sharizat kata “breakdown of marriages and the family institution would occur when family interaction and recreation, intimacy and family ties were replaced by cyber related activities”. Maksudnya, kalau keluarga bercerai berai atau anak-anak jadi setan jalanan, itu salah Facebooklah dan segala laman web sosial yang seangkatan dengannya. Maknanya consultant wanita berumur 49 tahun yang kena tipu RM 300,000 melalui kenalan internet minggu lalu, adalah kerana salah laman web sosial yang dilayari oleh wanita tersebutl dan bukan kerana consultant wanita tersebut memang ngok. Elok bakor aje universiti di mana consultant ni dapat ijazahnya.

Dengarnya, untuk mengatasi masalah ini, mami menteri, melalui Lembaga Pembangunan Keluarga & Penduduk Kebangsaan telah melaksanakan program Ilmu Keluarga dan dalam masa yang sama sedang membangunkan portal e-parenting sebagai medium pendidikan keluarga. Tak cukup dengan tu, pada 19 Mac lalu, kementerian mami menteri dengan kerjasama 150 NGO telah melancarkan pula Program Sekata untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya jenayah siber terhadap institusi kekeluargaan.

Peh! dasyat tu. Tak lama Micheal Chong tak ada kerja lagi lah sebab ramai rakyat Malaysia dah pandai dan tak tertipu melalui alam maya lagi. Oleh itu, tak perlulah depa berkumpul depan bureau MCA Micheal Chong untuk mengadu hal lagi. Dan kuranglah beban IO yang terpaksa buka kertas siasatan sebab ketololan pengadu sendiri.

Guns don’t kill people. It’s the people who holds the gun, that kills people. Facebook tu hanya mediumnya aje dik. Nak jadi baik atau jadi musibat sesuatu medium tu, bergantung kepada mamat atau minah yang duduk menghadap komputer. Kalau setakat buat posting facebook, "Amran check in at F1 tadi", lebih baik main dam daripada layan komputer sampai terlupa nak romen bini atau bini terlupa nak londeh kain dan bra depan suami. Pasal pengguna facebook malaysia macam nilah yang membuat mami menteri Kementerian P&P terkial-kial pakai duit rakyat untuk buat program keluarga menentang laman web sosial.

Cubalah ikut kepala Yahudi/Amerika sikit. Pakai facebook aje boleh cetuskan so called revolusi rakyat di Mesir yang kemudian menular kepada semua negara Islam Timur Tengah. Akhirnya satu benua Arab/Islam akan dicontrol oleh Yahudi dan sekutunya melalui rakyat tempatan yang dungu. Semuanya gara-gara kebijaksanaan musuh Islam menggunakan Facebook.

Moral of the story. Rumah tangga kalau nak lingkup, dia lingkup. Tiada suatu kursus ke, portal ilmu ke atau program ke, walaupun yang disusun oleh menteri, yang boleh menyelamatkan rumah-tangga yang dihuni oleh suami miang dan isteri gatal. Kata arwah nenek saya, kalau nak baik sakit, bunuh ibu penyakit. Tanah gersang tidak akan menghasilkan tanaman yang subur walaupun benih yang ditabur dari baka terpilih. Begitu juga sebuah negara yang korup dan songsang sosio budayanya, mana mungkin melahirkan warga yang bersih dan suci jiwa nuraninya. Dan mustahil perkahwinan oleh 2 manusia yang sakit jiwanya boleh bertahan lama. Cuba tanya diri sendiri. Siapa yang mengajar masyarakat Jepun untuk beratur menunggu giliran mendapat bantuan makanan walaupun masing-masing kebulur selepas dilanda gempa bumi dan tsunami. Cuba di Malaysia,berbunuh mahu.

Hingga jumpa lagi, fikir-fikirkan dari Uncle B, yang dah 31 tahun berumah tangga dengan isteri yang sama tanpa hadir satu pun kursus pra perkahwinan atau apa-apa pun kursus rumahtangga. Baca buku nak buat sampai kaki mak andeh gedik-gedik adalahlah.

Byeeee!!!


No comments: