Tuesday 2 December 2008

CHUA SOI LEK DAN HERO MELAYU TANPA TELOR

Komen rakan sejawat, petang 2 Disember 2008, memaksa saya melanggar janji untuk tidak mengundang kontravesi dalam penulisan saya. Marah sahabat tu nampaknya apabila UMNO bacul tidak bersuara ketika ketuanan Melayu dipertikaikan oleh Chua Soi Lek, seorang yang cacat keperibadiannya. Saya menyangkal pandangan ASP Khaizam dengan memberi contoh ulasan menteri penjulang keris, Hishamuddin Tun Hussein, dalam media cetak dan elektronik. Cuma kelantangan bicaranya sahaja macam suara ayam kedi. Paling menyedihkan apabila bakal mantan PM kita tiba-tiba menjadi pendiam.

Saya hairan mengapa rakan-rakan Cina saya, yang sealiran dengan Chua Soi Lek, jengkel sangat dengan ketuanan Melayu. Barangkali mereka ini buta ilmu hisab. Tapi tentang perempuan, macam Dr.Chua, celik pulak.

Sejarah membuktikan bahawa Maharaja Cina yang bersemayam di Tong San sekali pun mengiktiraf ketuanan Melayu di Tanah Melayu. Jika tidak, masakan Maharaja Cina sanggup menghantar Laksamana Cheng Ho dengan armadanya untuk menghadap Sultan Melaka. Bahkan diserahkan sekali puteri Hang Li Po untuk ditiduri oleh Sultan Melaka. Tak percaya? Apa kejadahnya ada Bukit Cina di Melaka, tempat Puteri Hang Li Po dan dayang-dayang Cina yang menemaninya ke Melaka disemadikan.

Jadi, yang dia orang ni dengki sangat dengan ketuanan Melayu, apa ke hal. Adakah dek sebab ketuanan Melayu, kaum Cina dan India tak boleh berniaga di Malaysia. Lim Goh Tong dengan Ananda Krisnan tu, melayu ke? Di Singapura ada ke jeneral atau ACP Melayu? Adakah kerana ketuanan Melayu, kaum Cina dan India tak ramai masuk polis dan tentera.

Saya telah empat kali terlibat secara lansung dalam pengambilan konstabel baru PDRM. Nak pujuk anak Cina masuk polis, macam minta sedekah. Sebabnya? Lu fikirlah sendiri tetapi ada pepatah Cina yang mengatakan, You don't make nails out of good iron. Maknanya, orang yang berkualiti tak masuk askar atau polis.

Cuba gaji konstabel Malaysia macam gaji konstabel polis Hong Kong pada tahun 2006 iaitu 14,000 HK dollar sebulan atau lebih kurang RM 7,000 duit kita. Gerenti tak cukup tanah mereka beratur nak masuk polis. Silap hari bulan, bouncer rumah persundalan, runner ekor haram dan pekerja DVD cetak rompak pun berebut-rebut nak jadi mat kampau.

Saya tak kuasa nak ulas panjang lebar mengenai isu ini. Siapalah saya nak berhujah bagai nak rak. Saya bukan profesor atau dari kalangan bijak pandai yang terkepompong dalam dunia menara gading yang terpisah dari realiti. Jauh sekali seorang menteri yang walaupun merapu, cakap-cakapnya dipetik media massa. Saya cuma insan biasa yang hidup melata, tak dipandang orang sebelah mata dan tak didengari sebelah telinga. Bercakap hal menteri merapu, teringat saya kepada satu pantun dua kerat. Siakap Senohong Gelama Ikan Duri. Bercakap Bohong Lama-Lama Jadi Menteri.

Seperkara lagi, sebelum saya usik-usik dan cuba bangunkan isteri yang sedang tidur (heh! heh! heh! - apa? Pikir orang tua 56 tahun tak ada daya kuasa ke?).

Waemah apa sekali pun, kalau salah sangkaan Hang Tuah bahawa Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia, bukan salah siapa kecuali salah orang Melayu sendiri. Anak Cina sibuk belajar merata dunia, budak melayu sibuk merempit. Anak India sibuk nak jadi lawyer dan doktor yang terpinggir di Malaysia, anak melayu sibuk nak audition akademi fantasia. Masyarakat Cina dan India berpenat-lelah berdikari, orang melayu tak habis-habis mengemis subsidi.

Hampir terlupa. Ada tak pakar-pakar Islam di Majlis Fatwa Kebangsaan yang boleh menerangkan benak saya yang bebal ini. Di zaman Rasullullah s.a.w. memerintah Medinah, ada tak benda-benda seperti Dasar Ekonomi Baru, Akta Keselamatan Dalam Negeri dan cronyism?

Wassalam ...........

Warisan yang paling menakutkan untuk anak cucu melayu kita ialah apabila lahir di kalangan mereka pembela bangsa melayu yang telah dikasi.

Tak tahu kasi tu ape? Tak ada telor lah bongok!!!!!!


No comments: