Monday 17 November 2008

ORANG GILA, CINTA, KASIH & SAYANG #2

Dalam blog aku kali ini, aku akan gebang-gebang fasal dua perkara. Pertama, nasihat dari seorang rakan supaya aku jangan jadi orang gila. Kedua, siri #2 mengenai falsampah aku mengenai cinta, kasih dan sayang.

Pertama : Jangan Jadi Orang Gila

Pagi ini November 17, 2008, seorang rakan memberi nasihat yang amat berguna bagi orang seperti aku. "Tuan jangan buat sesuatu yang ganjil tanpa sokongan orang lain", katanya, "nanti orang kata tuan gila". Menurut kawan ku ini, sesuatu yang kita lakukan atau katakan yang menongkah arus, ibarat berita sensasi akhbar sahaja. Untuk sehari dua sahaja yang pelik itu akan diperkatakan orang. Selepas itu akan menjadi berita basi dan akhbar akan laku 20 sen sekilo kat apek surat khabar lama. Kehidupan akan kembali kepada asal dan berita atau pelaku gila akan menjadi satu kenangan sahaja. Itu pun kalau ada yang mengenangnya.

Aku faham apa maksud kawan ku itu. Jangan buang masa luahkan perasaan atau memberi pandangan kalau pandangan kita tidak selaras dengan cita rasa semasa. Sendiri yang susah. Orang lain pakat gelak sahaja.

Anda masih ingat tak pandangan Prof. Engku Aziz, satu masa dahulu penasihat ekonomi negara, dalam NST kalau aku tidak silap atau mungkin Utusan Malaysia mengenai kewajaran Malaysia terlibat dalam industri kereta. Menurut Prof. Engku Aziz, penglibatan tersebut hanya akan merugikan rakyat. Masa itu, ramai cendia bercendawan Malaysia yang mengatakan Prof. Engku Aziz seorang pessimist dan anti pembangunan.

Hari ini apa dah jadi? Harga kereta mahal dengan cukai yang melebihi 150% demi melindungi Proton. Instant tauke komponen kereta Proton kaya raya dan Proton masih lagi menghabiskan duit rakyat untuk terus beroperasi. Aku nak tanya. Berapa banyak kereta Proton terjual di China atau India. Itu belum lagi aku tanya berapa banyak Proton terjual di negara barat.

Oh! ya! aku lupa. Mat Salleh mana nak beli kereta buatan Malaysia sebab dia orang dengki dengan orang Melayu & Islam Malaysia dan tak mahu tengok Malaysia jadi negara membangun. Sorry, aku lupa. Dunia memang iri hati dengan Malaysia termasuk Thailand, Indonesia, apatah lagi Singapura.

Aku terima tetapi tak gerenti pakai nasihat kawan baik aku tu.


KEDUA : CINTA, KASIH DAN SAYANG #2

Anda percaya pada cinta? Sebelum putus tunang dulu (mungkin sebab aku pendek agaknya tapi apa yang pendek aku tak tahu), apabila tunang aku jatuh cinta dengan jantan lain, cinta adalah segala-galanya bagi aku. Aku cinta kamu sana, aku cinta kamu sini. Lepas putus tunang, macam tu jugak, cinta sinun, cinta sinin tapi kali ini cinta dengan agenda tersembunyi untuk dapat body. Balas dendamlah katakan. Tapi itu cerita lama dik. Sekarang dah tak buat.

Aku sayang dan kasih pada isteri aku. Yang buat aku tertarik padanya dulu, semasa arwah sepupu aku introduce, adalah budi bahasa dan sifat selamba bluenya. Make up ala kadar, tak ek, tak tergedik-gedik. Aku masih ingat first date dulu, keluar rumah terambil kasut yang putus tali. Seorang gadis yang very down to earth. Dan yang paling penting dia dan mak bapak dia bukan orang Negeri Sembilan. Tak salah pilihan aku. 28 tahun of a happy marriage.

Sekarang pemahaman aku tentang cinta dah berubah. Cinta untuk dapat body, kasih dan sayang untuk berumah tangga. Aku cinta pada mu bermakna aku nak pot kamu sekali, dah dapat boleh belah.

Aku sayang pada mu bermakna seberapa aku mampu, dengan wang ringgit dan jiwa raga ku, aku hendak kau sentiasa bahagia dan selesa bersama ku. Kadang-kadang gaduh kecil asam garam rumah-tangga. Dapat sekali-sekala tak apa asalkan tidur ku berbantal-pelukkan kamu. Nampak tak bezanya cinta dengan sayang? Masih tak faham? Saya tanya anda satu soalan. Anda cinta anak perempuan anda atau anda sayang anak perempuan anda.

Sebelum berundur, kepada gerombolan wanita yang mudah menyalahkan lelaki kerana memperguna, memperkosa, mengexplotasi wanita dan enggan mencermin diri sendiri yang berpakaian dan berkelakuan provokatif dan sendiri tak tahu jaga harga diri, untuk berfikir sejenak.

Dalam penjara Sungei Buluh sekarang ada seorang jurutera Jepun yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah merogol dan percubaan membunuh. Dari akhbar aku dengar cerita, wanita tersebut masuk ke sebuah hotel 5 bintang di KL bersama-sama jurutera Jepun tersebut. Mereka sama-sama pergi ke lounge, sama-sama minum arak, sama-sama mabuk, sama-sama masuk lif dan sama-sama masuk bilik tidur hotel. Dalam bilik tidor yang berkunci, seorang lelaki dan seorang wanita yang masuk dengan rela hati. Habis, dalam situasi yang macam itu, anda nak mamat jepun tu buat ape dekat wanita tu. Tengok saje dan kemudian tidur dalam bath-tub sementara minah tu bergelimpangan sendiri atas katil. Gila ape!!!!

Bagi semua wanita yang tak mahu mengaku bahawa kadang-kadang anda sendiri yang minta di anu, aku ada experiment untuk anda lakukan.

Bila anda senang, pergi ke Zoo Negara, sama ada bersendirian atau dengan kawan-kawan wanita yang satu kepala dengan anda. Beli tiket masuk. Lepas ambil tiket, jangan pergi ke mana-mana. Terus tuju ke kolam buaya. Pakat ramai-ramai (kalau pergi dengan kawan), terjun dalam kolam buaya berkenaan. Kalau masih hidup lepas tu, datang balik jumpa saya dan saya akan kembalikan tambang pengangkutan dan tiket masuk anda dan kawan-kawan ke Zoo Negara.

Hingga jumpa lagi dik di lain keluaran, ingat. SEMUA LELAKI ADALAH BUAYA JIKA DIBERI 1/2 PELUANG atau dalam bahasa orang kampung aku ALL MEN ARE CROOKS IF GIVEN HALF THE CHANCE.
Aku? heh!heh! heh!, 1/4 peluang pun aku rembat beb!



1 comment:

Anonymous said...

Hi tuan bahar..Salam. Nice to read your blog..a lot of info about about how a man feel, hehehe...
but being a father i believe there are a lot of things should not be made public of what you feel and what you do...may be we have different perceptions on certain 'adults' matters, somehow, being a police officer, how do you think we can educate our society in realising that we have ourselves created opportunity for a crime to be committed...hehehe respond la tuan...tak best la sembang dalam blog macam orang mati jer...