Tuesday 23 December 2008

APA DAH JADI MALAYSIA

Tiga laporan berita dalam akhbar "The New Straits Times" hari ini, 23 Disember 2008, menarik perhatian saya. Menarik kerana ia menggambarkan sejauh mana jatuh merudumnya nilai moral dan pekerti rakyat Malaysia hari ini. Saya setuju bahawa seulas-dua durian yang berulat tidak bermakna semua ulas dalam sebiji durian itu rosak tetapi jangan lupa. Seulas dua yang rosak itu menunjukkan yang sebiji durian itu sebenarnya telah tercemar dan jika dibiarkan, habis sebiji durian berulat.

Seorang anak yang kurang ajar adalah cermin kepada bagaimana ia dibesarkan dan jenis emak bapak yang membesarkannya. Justeru itu, segelintir orang Malaysia yang biadap dan berperangai mengalahkan setan adalah bayangan kepada sistem masyarakat di mana ia dibesarkan dan jenis pemimpin yang memimpin negara tempat tinggal si hamlau berkenaan.

Pendek cerita, sistem kemasyarakatan Malaysia sedang menuju kehancuran total. Tidak hairan suatu hari nanti, orang akan melakukan riadah sex di tempat awam atas nama hak asasi manusia dan pemimpin negara dan masyarakat hanya mampu berzikir, “negara dah jahanam, biarkan, biarkan”.

Laporan Berita I
Kepala berita di muka surat 11 melaporkan “ISHAK TRANSFERRED BACK,”DEMOTED”.
Dato’ Ishak atau lebih dikenali sebagai Pak Sako telah menjadi Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan Immigresen sejak tahun 2003. Pada 1 Disember 2008, beliau sepatutnya telah melaporkan diri apabila ditukarkan sebagai Pengarah Perdagangan Domestik & Hal Ehwal Pengguna Selangor (sebuah badan bertaraf harimau kertas). Atas sebab prinsip, beliau memilih untuk bersara awal.

Akibatnya, beliau telah sekali lagi ditukarkan, juga mulai 1 Disember 2008, kali ini sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Immigresen. Bermakna Dato’ Ishak telah diturunkan pangkat. Kalau dia bersalah, kenapa tidak ambil tindakan undang-undang atau jabatan, jika keterangan tidak mencukupi untuk didakwa di mahkamah atau diarah bersara awal.

Dalam hal ini, siamang pun boleh buat kesimpulan bahawa apa yang berlaku kepada Dato' Ishak adalah kerana beliau telah terpijak atau sengaja memijak ekor naga. Bahasa mudahnya, Pak Sako telah mengancam kedudukan puak-puak tertentu. Itu sebab beliau kena libas.


Moral Berita 1:
Kalau nak lama berkhidmat dalam mana-mana ajensi kerajaan terutama ajensi penguatkuasa di Malaysia dan cerah serta cepat peluang naik pangkat, tutup mata sebelah dan angguk sahaja.

Laporan Berita 2
Kepala berita di muka surat 21 melaporkan “YEAR OLD BABY RAPED : TWO HELD”
Di Pulau Pinang, doktor yang memeriksa seorang bayi perempuan berumur 1 tahun yang mengalami pendarahan di kemaluannya, mengesahkan bayi tersebut telah dirogol. Sedihnya, kemaluan bayi tersebut perlu dijahit. Harian Metro pula melaporkan bayi tersebut berumur 20 bulan dan yang merogol adalah seorang bapa dan anak.

Moral Berita 2
i. Kebanyakan orang Malaysia binatang.
ii. Kebanyakan pemimpin Malaysia gembala binatang.
iii. Ini adalah musibah pemimpin Islam enggan melaksanakan hukum hudud

Laporan Berita 3
Kepala berita di muka surat 26 melaporkan “WOMAN SETS BOYFRIEND ABLAZE”
Seorang wanita berusia 45 tahun telah membakar hidup-hidup kekasihnya, seorang lelaki berusia 32 tahun. Kejadian yang berlaku di Taman Engku Tun Aminah, Johor (aku pernah sewa rumah kat situ semasa bertugas di kontinjen Johor) dikatakan berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan kekasih tersebut yang berketurunan India. Lelaki yang merupakan seorang duda dengan 3 orang anak itu meninggal dunia 13 jam selepas kejadian.

Moral Berita 3
i. Jangan cari girlfriend yang melebihi 12 tahun tua dari anda.
ii. Jangan cari girlfriend India.
iii. Jauhkan petrol, sebarang jenis bahan bakar, mancis, pemetik api, gunting atau alatan lain yang boleh memotong (nanti di “Bobbit” nya anda) daripada kekasih (tak kira apa kaum) sebelum bergaduh dengannya.
iv. Payah amat, relax dengan seketul sabun dan majalah playboy.

Bye!! Jumpa Lagi.

No comments: