Thursday 11 December 2008

DONGENG RAKYAT LAGI

Pagi ini 11 Disember 2008, saya telah melakukan perkara yang jarang-jarang saya lakukan. Saya telah membeli 3 nashkah akhbar perdana. The New Straits Times, The Star dan Utusan Malaysia. Kenapa saya melakukan perkara terkutuk ini. Sebab kesemuanya mewarwarkan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Dari The New Straits Times, Pak Lah dipetik sebagai berkata bahawa kedua-dua bill yang sedang dibentangkan di Parlimen itu, akan mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap sistem kehakiman negara dan perang terhadap rasuah.

Komen saya tentang berita gembira ini? Senang aje. YE! LAH TU!

Kayalah kontraktor-kontraktor kroni selepas ini apabila mendapat kontrak untuk membina lokap baru, mahkamah baru dan penjara baru untuk reman, membicarakan dan mengurung VVIP, ikan jerung dan ikan paus yang selama ini selesa dilindungi oleh mentor-mentor mereka. Legalah sikit ikan bilis-ikan bilis dan anak udang jeragau yang hanya menerima ang pau RM 50 kerana mereka orang kecil yang tiada pembela tetapi diburu sampai tak cukup tanah oleh BPR.

Apa-apa pun, kita tunggu ajelah apa yang akan berlaku 1 tahun dari sekarang.

Sementara itu, muka surat 6 akhbar The New Straits Times hari yang sama melaporkan persaraan awal Datuk Ishak Mohamed, Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Immigresen Malaysia. Mengikut cerita, Dato' Ishak memilih bersara awal atas dasar prinsip kerana ditukarkan sebagai Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Selangor, tanpa sebab.

Mengikut sumber-sumber yang rapat dengan Jabatan Immigresen, Dato' Ishak mungkin ditukarkan kerana popularity beliau dengan pihak akhbar telah mengundang perasaan kurang senang di kalangan VIP dan orang-orang besar di Kementerian Dalam Negeri.

Antara kejayaan Dato' Ishak yang telah menggusarkan sesetengah orang ialah penggunaan sistem mobile biometrics untuk menangani masalah PATI. Kalau apa yang diperkatakan sumber itu benar belaka, hairan juga saya. Mengapa orang tertentu mesti risau dengan kejayaan Dato' Ishak.

Jangan-jangan ini kes serupa dengan apa yang terjadi kepada Dato' Hassan Ibrahim. Kejayaannya membongkar rasuah di JPJ sebagai Pengarah JPJ telah menyebabkan beliau ditendang ke FELDA. Kedegilannya membongkar salah urus kewangan kedai FELDA pula, melihat beliau disepak ke Jabatan Pencen. Tidak serik, beliau telah mencungkil pula waran-waran pencen yang masih ditunaikan oleh pesara kerajaan yang telah berusia 130 tahun yang telah kembali ke India. Akhirnya beliau ditempatkan di sebuah organisasi di mana beliau tidak boleh membuat huru-hara iaitu di INTAN.

Komen saya tentang berita di atas? Kalau betul kata sumber tu,
Anda bukan berseorangan Dato'.

Di dunia hanya ada 1 Institut Integriti Negara. Mana lagi kalau bukan di Malaysia. Kini kita akan ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Suruhanjaya ini akan disonsong pula oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Komen saya? Lu tunggu dan tengoklah sendiri!

Jumpa lagi.

1 comment:

Sabrina said...

Paklong,

Dato' Ishak dari JPJ ke FELDA ke Jbtn Pencen ke INTAN...

maybe sbb dia bijak mencungkil lah dia dihantar ke jabatan lain yg tak pernah dicungkil...

=D