Sunday 28 December 2008

SEMPENA BERAKHIR H1429 / M2008 : MARILAH KITA RENUNGKAN BERSAMA .

Ahad 28 Disember 2008 jam 2330. Sempena Maal Hijrah 1430, ini merupakan posting terakhir aku untuk tahun 2008. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi selepas 1 Januari 2009 apabila umur kita masing-masing akan meningkat lagi tetapi pahala terkumpul belum tentu lagi.

Untuk posting pengakhir hijrah 1429 ini, aku tak nak banyak sembang. Biar gambar-gambar yang aku siarkan ini menceritakan segalanya. Aku mahu anda berfikir. Apakah azam anda untuk tahun 1430/2009 ini.


Ini gambar rumah Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri England duduk kat No.10, Downing Street sejak zaman Malaya belum Merdeka lagi.





Ini pula gambar rumah Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Aku tak tahu pula Timbalan Perdana Menteri England duduk kat mana.




Untuk makluman pembaca blog saya yang budiman, Dewan Rakyat baru-baru ini dimaklumkan bahawa kerajaan (rakyat) membelanjakan RM 27,545.80 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggara kedua-dua kediaman tersebut di atas. Sewa dibayar kepada Putrajaya Holdings Bhd.
Duit rakyat punya. Putrajaya Holdings, siapa punye agaknya?

Gambar di bawah ni adalah kediaman seorang penduduk Pulau Pangkor berusia 57 tahun. Seorang duda dan tinggal dengan seorang anak yang cacat akal dan cucu berumur 5 tahun.

Bagaimana masa depan budak-budak ni agaknya berbanding dengan anak dan cucu cicit PM dan T/PM Malaysia. Inilah legacy atau peninggalan Tun Mahathir yang disambut dengan terbuka oleh semua bakal PM dan TPM Malaysia.

Akhir sekali, aku ingin buat ramalan perkara yang akan berlaku dalam tahun 2009 nanti. Sebelum itu lihat lukisan di bawah.
















Aku punya ramalan, Institut Jantung Negara akan diswastakan kepada Sime Darby Group. Yang kata nak kaji semula adalah kelentong untuk ambil hati rakyat menjelang pilihanraya kecil Terengganu.
Nasihat aku pada rakyat marhaen yang sakit jantung nanti (tak kira tua atau muda), pandai-pandailah cari bomoh atau dukun untuk berubat.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430 DAN TAHUN BARU 2009.

No comments: