Sunday 14 December 2008

JADIKAN KEBODOHAN SATU KESALAHAN UNDANG-UNDANG

Membunuh diri atau lebih tepat percubaan membunuh diri adalah satu kesalahan di negara ini. Baru-baru ini seorang pelajar wanita telah dituduh di mahkamah kerana cuba membunuh diri. Sebaiknya jika ingin membunuh diri, tentukan betul-betul mati. Kalau tidak, sudahlah badan patah-riuk dan menderita sakit di hospital, bila pulih kena hadapi perbicaraan pulak di mahkamah.

Sekali fikir, marah juga dengan kerajaan Pak Lah ni. Sendiri punya badan, sendiri sukalah. Nak punkkan rambut ke, nak tindek hidung ke, nak hidup, nak mati, sendiri sukalah. Bukan badan awak. Betul tak?

Itu sekali fikir. Kalau 2 kali fikir, memang patut pun percubaan membunuh diri dijadikan satu kesalahan atau dalam istilah orang Segamat, di criminalised kan. Kalau bunuh diri dan betul-betul mati tak apa. Tak menyusahkan banyak orang dan tidak melibatkan kos tinggi. Bedebab! jatuh ke tanah. Ambulan datang, bawa mayat ke hospital. Keluarga ambil jenazah, kebumikan. Kerajaan tak keluar duit. Polis buat sudden death report. Habis cerita. Kes selesai.

Yang menyusahkan kalau tak mati. Paramedic kena ambil tindakan panjangkan nyawa, Kemudian bawa dan simpan di hospital untuk rawatan. Dah pulih kena jalani psychotherapy pulak. Police kena jalankan siasatan, Timbalan Pendakwa Raya kena teliti kes. Ini semua melibatkan tenaga dan kos kepada negara dan akhirnya wang rakyat juga yang digunakan.

Kesimpulannya. Memang patut orang yang membunuh diri tapi tak mati, dihukum.

Alangkah baiknya kalau tindakan yang sama dikenakan ke atas bijak pandai yang goblok yang menjadi mangsa SMS, EMail, Black Money scam, skim cepat kaya, dll, yang berleluasa dewasa ini. Kalau kerajaan boleh menjadikan satu kesalahan main belakang antara dua orang yang suka sama suka, kenapa tak boleh hukum orang yang bangang sangat bagi duit pada orang yang tak kenal dan tak pernah ditemui lansong.

Skim-skim penipuan melalui SMS, Email, dll, mengexploitasi sifat tamak dan yang penting, kebodohan mangsa. Penerima SMS atau EMail akan diberitahu yang mereka telah menang loteri atau pertandingan dari syarikat-syarikat seperti SHELL, CELCOM dan sebagainya. Atau ada bungkusan berharga, peluang berniaga atau anda boleh berkongsi harta peninggalan. Banyak lagi variasi penipuan-penipuan ini tapi asasnya ialah, untuk mendapatkan hadiah, atau habuan-habuan yang disebutkan tadi, mangsa dikehendaki mendepositkan sejumlah wang dalam akaun tertentu.

Percaya atau tidak, ramai yang akan mendepositkan wang ke dalam akaun yang ditentukan tanpa kenal atau bersemuka dengan penghantar SMS atau Email berkaitan. Dengar sahaja nak dapat duit, terus percaya. Bukankah itu ketololan pada peringkat tertinggi. Kira-kira kalau ada program pengajian dalam bidang membodohkan diri sendiri, tentunya orang yang mudah tertipu dengan skim macam ini dah dikira dapat Phd atau doctorate dalam bidang Membodohkan Diri Sendiri.

Apa tidaknya, Berita Harian pernah menyiarkan berita seorang associate profesor wanita dari sebuah universiti di utara tanah air kena tipu RM 600,000 kerana percaya kertas-kertas hitam boleh bertukar jadi duit US. Kalau lulusan SRP kena tipu, tidak menghairankan. Ini lulusan ijazah Phd. Ini bukan bodoh tapi bangang dan bahlol. Dah tu ada hati nak mengajar orang. Boleh pakai ke pemegang Phd macam ni.

Oleh itu, macam juga kes-kes cuba membunuh diri, saya ingin mengesyorkan kerajaan supaya criminalised kan atau jadikan satu kesalahan undang-undang mereka yang melibatkan diri dalam skim-skim penipuan seperti disebutkan tadi. Hukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali penjara dan denda, orang tongong seperti ini supaya tidak menyusahkan pihakberkuasa.

Seperti kes cuba membunuh diri, mereka yang mengadu kepada pihak berkuasa kena tipu dalam skim-skim sedemikian, sebenarnya menghabiskan wang rakyat dan tenaga pihak polis sahaja. Masa yang boleh digunakan untuk menyiasat kes-kes yang lebih penting akan dihabiskan untuk menyiasat kes-kes orang bodoh seperti ini.

Tak ubah macam orang yang membina rumah di lereng bukit. Siapa suruh bina rumah di lereng bukit. Bila roboh nak salahkan pihak berkuasa kerana lambat membantu dan tak mahu angkut harta benda dia orang. Mentang-mentang duduk rumah banglo, fikir orang lain kuli batak dia. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Tak pernah dengar ke peribahasa ni.

Fikir punya fikir, tidak menghairankan kalau skim-skim penipuan seperti di atas boleh beranak-pinak di Malaysia. Dengan menanggong risiko kena boo atau kena baling dengan botol, aku berpendapat kebanyakkan orang Malaysia termasuk yang ada ijazah berkeping-keping maupun tokoh-tokoh perniagaan yang kononnya business savvy tak berapa nak pandai. Kalau tidak masakan GLC Malaysia asyik rugi.

Aku? Aku dibesarkan dan bersekolah di Singapura.

Cheeerio!! dan jumpa lagi.

No comments: