Friday 19 December 2008

ORANG TUA DENGAN SIPUT

Petang 19 Disember 2008, lebih kurang jam 9:30 malam, aku baru sahaja keluar dari Giant Supermarket lama berhampiran rumah aku di Kelana Jaya, Cari lemon untuk batuk aku yang tak reti senyap dan bateri untuk lampu picit aku yang tak mahu terang. Bukannya aku suka sangat shopping kat Giant tetapi itulah sahaja supermarket yang ada within walking distance. Entah ape-ape yang dijualnya, Jangan bimbang aku tak akan condemn supermarket yang orang Malaysia suka bangat tu.

Yang aku nak story ialah fasal pakcik tua yang aku terlihat duduk di tembok berhadapan pasaraya. Aku agak umurnya lebih kurang 60 tahun, mungkin lebih muda atau tua dari itu. Sorry lah, sejak aku tak nampak tua ni (kawan-kawan yang kata, bukan aku), sukar sikit untuk meneka umur orang. Anyway, pakaian pakcik ni, aku lihat comot bomot termasuk wajahnya. Kaki seluar dah retas sana sini. Aku tak pergi dekat pakcik tu. Dari ketrampilannya, aku rasa mahu dah seminggu dia tak mandi. Aku observed dari jauh aje.

Aku tak berani nak kata pakcik tu sewel tapi aku tengok orang tua tu macam tak betul aje. Paling kurang pun satu screw dia longgar. Tidak, pakcik tu tak cakap sorang-sorang, ganggu orang yang lalu-lalang atau
bertandak (bahasa kampong aku - maknanya berjoget). Dia cuma duduk kat tembok tu dan sekali-sekala senyum-senyum sendirian. Sebiji macam aku tak pasal-pasal senyum sendiri dalam kereta apabila tersangkut dalam trafik jam (jam ni tak boleh sapu kat roti) dan terbayangkan Siti Nurhaliza telanjang bulat dan main jelir-jelir lidah dengan aku.

Lintasan fikiran aku yang pertama ialah pakcik ni gila agaknya. Secara spontan fikiran jahat aku memandang rendah pada orang tua yang sepatutnya aku hormati walaupun mungkin tak siuman. lagi. Hampir aku mengganggap pakcik ni sampah masyarakat dan menyusahkan orang sahaja. Macam juga menteri-menteri UMNO mengganggap orang Melayu semua bodoh dan boleh ditipu hidup-hidup dengan cerita Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
dan Suruhanjaya Pelantikkan Kehakiman yang independent atau cerita kerajaan BN nak menjadikan sistem pengangkutan awam Malaysia bertaraf dunia. Tapi dua kali fikir, memang bodoh pun orang Malaysia. Kalau tidak, takkan kena tipu dengan SMS atau Email scam.

Tiba-tiba .....jeng ...jeng ... jeng! Baru aku perasan. Pakcik ni duduknya tegak. Mengikut istilah Datok aku, pakcik ni duduk
ramrod straight. Ha! kata hati aku, "mungkin pakcik ni bekas askar atau polis atau mana-mana agensi keselamatan negara agaknya." Seorang yang telah menghabiskan masa mudanya menggadai nyawa untuk mewariskan sebuah tanah melayu yang aman damai kepada cucu cicitnya. Sayang, di senja usia, begini nasibnya, Bukan macam pemimpin-pemimpin negara (tak kira apa bangsa, dema semua sama aje) dan suku sakat mereka yang menggunakan masa berkuasa untuk melesap dan menggelapkan duit rakyat.

Terkedu aku dibuatnya. Dalam hati, aku memohon ampun pada Allah s.n.w. dan dalam hati juga aku mohon ampun dari pakcik tu kerana prasangka buruk aku terhadapnya. Nasib baik aku jenis jantan macho. Kalau tidak, gerenti meleleh air mata.

Aku terfikir. Kenapalah kerajaan sibuk sangat dengan orang-orang kaya yang rumahnya roboh di Bukit Antarabangsa. Kalau depa tu jenis papa kedana, tak mampu punya nak buat rumah di lereng bukit. Biasalah kan. Orang atas-atas kenalah tinggal di kawasan yang atas-atas aje supaya tak mencemar duli berumah sebaris dengan orang bawah-bawah macam aku. Sebenarnya aku sendiri yang bodoh, kalau aku sakau duit tokeh ekor, tokeh ayam dan macam-macam tokeh haram, masa aku 10 tahun dalam D7 dulu, bukan setakat bungalow di lereng gunung, ada kolam renang lagi you!. Cheh! bodoh - bodoh. Rugi-rugi.

Kenapa tak kutip derma, tolong pakcik dan makcik-makcik yang terpinggir macam pakcik tadi tapi jangan sibuk dengan ibu tunggal cun saje. Hindraf tu lagi jangan layan. Terpinggir ke hape, kalau yang kena pemulihan di Kemunting tu ada BMW dan Mercs dan yang sekor lagi mampu lari dan menyorok di London. Kalau duit setakat sen-sen, Lee Kuan Yew pun tak bagi duduk Singapura, Yob. Terpinggir konon. Poorraahh!

Aku bercerita ni bukan fasal ape. Saje nak ajak tuan-tuan dan puan-puan menghayati dan merasai apa yang sedang berlaku di sekeliling kita. Jangan nak sibuk dengan Skim Perkhidmatan Baru polis aje.

Mencari-cari di celah batu

terjumpa dengan seekor siput
Apa diheboh skim kerja baru
kalau gaji masih seciput

SALAAMMMMM!!!!





No comments: