Tuesday 31 March 2009

LAGU LAMA PENYANYI BARU


Pemilihan pemimpin-pemimpin utama Umno dah selesai. Negara bakal mempunyai perdana menteri baru, timbalan perdana menteri baru dan menteri-menteri baru.

Kita dah pun mendengar pelbagai ucapan yang berapi-rapi, bertenaga dan bersemangat dari juak-juak UMNO. Ucapan presiden UMNO lagi dasyat. InsyaAllah, selepas ini akan telus, bersih dan berintegritilah menteri-menteri dan segala pemimpin negara. Maka akan terbela lah hidup golongan marhaen, akan menjadi tuanlah orang melayu dan akan termasyhur, gemilang dan terbilanglah Malaysia di seantero dunia. Mudah-mudahin amin!!.

Flashback masa Pak Lah mula-mula menjadi perdana menteri dahulu. Teramat gembiralah daku kerana akhirnya seorang yang beriman dan lulusan agama akan mentadbir negara, Lalu akan selamatlah harta negara, akan bertempiarlah kaki ampu, kaki rasuah, kali belit dan semua bentuk mahkluk perosak masyarakat dan negara, mencari perlindungan. Takut kena lenyek dengan pemimpin yang tegas, adil, saksama dan berintegriti.

Lalu berkobar kembali semangat aku untuk bekerja kerana bangsa, negara dan agama. Malangnya aku tertipu. Ku sangka dia penyelamat negara, rupanya dia pembawa angkara, sehingga negara porak peranda.

Kepada sahabat, rakan dan taulan, yang sedang meraikan terpilihnya barisan bakal pemimpin-pemimpin negara yang bersih, cekap, amanah, lagi berintegriti, saya ucapkan selamat mendengar lagu lama dengan penyanyi baru dan rentak baru.

1 comment:

Anonymous said...

How come U tak signed off in dis article?