Thursday 23 April 2009

POLIS TULEN POLIS POLITIK


Saya salute hormat penuh kebanggaan kepada Dato’ Pengarah JSJ. Time-time macam ni lah yang membuat saya rasa macam nak pakai uniform polis 24 jam sehari. Apa tidaknya, dalam press conference yang disiarkan oleh Berita Perdana TV 3 , mengenai tangkapan ke atas sekumpulan penculik, Dato’ Pengarah JSJ dengan tegas dan yakin membuat pengumuman bahawa don’t blame the police kalau siasatan gagal kerana keengganan mahkamah mengeluarkan perintah tahanan terhadap mereka yang disyaki. Syabas Dato’.

It has been a long time sejak saya menemui seorang pegawai kanan polis yang benar-benar polis, bukan nak jadi ahli politik. Pegawai polis tulen menjalankan tugas tanpa fear or favour, tanpa mengira status, bangsa, agama atau political affliation. Ini sumpah yang kami, dari Squad PIT 1/77 lafazkan di hadapan T/KPN ketika itu, pada hari tamat latihan. Berapa orang agaknya dari squad ini yang masih berpegang pada sumpah keramat ini? Syukur, setakat ini, saya masih one of them.

Pegawai polis tulen membuat tugas atas perkiraan tugas semata-mata. Give no quarters and take no quarters. We can take as good as we can give. Itu motto saya. Pegawai polis jenis politician akan mengambil tindakan ala ahli politik. Cuma yang sedap dan popular didengar sahaja. Semua tindakan mempunyai perkiraan tersembunyi.

Saya bimbang, kegumbiraan (saje salah eja) dan kebanggaan saya ini, hanya untuk sementara sahaja. Saya tidak hairan kalau Dato’ Pengarah JSJ kena sanction kerana berani mengecilkan hati orang lain. Ini yang susahnya. Pada pandangan aku yang short-sighted ni (aku pakai kaca mata), ini antara sebab mengapa persepsi masyarakat terhadap PDRM negatif. Terlampau sangat nak jaga hati jabatan lain, sampai kesalahan dan beban orang pun, polis tanggung. Kenapa tak beritahu masyarakat yang pegawai penyiasat bukan buat kerja siasatan saje macam dalam Gerak Khas atau lain-lain cerita polis dalam TV. Bahawa pegawai polis buat kerja rojak. Terkejar sana terkejar sini, lama-lama kain terbarai. Yang bukan kerja polis pun kena buat.

Kenapa tak umumkan kepada masyarakat yang tak berhati perut bahawa norma kertas siasatan yang seharusnya dibuka oleh seorang IO ialah 15 IP sebulan tetapi IO di Lembah Kelang dan lain-lain kawasan yang pesat membangun, beban IP sebenar ialah 45 IP sebulan. Jadi janganlah memperhambakan pegawai penyiasat. Bukan kes awak seorang yang penting.

Kenapa tak iklankan yang kerja polis hanya menyiasat. Kuasa untuk mendakwa terletak kepada peguam negara. Kalau depa tak mahu tuduh apa polis boleh buat. Banyak lagi aku boleh cerita tapi cukup aku katakan, yang polis ni asyik hulur tengkok tak tentu pasal untuk jadi poli-tikus berjaya, hingga akhirnya patah tengkok sendiri.

Entah sampai bila agaknya polis nak bertaring balik. Kalau macam inilah PDRM, apa kata lambang Harimau pada badge polis tu, diganti dengan lambang kucing. Mmeeeoowwww!!!!!. Baru kena.

Salam Semerluki untuk Dato’ Pengarah JSJ dan semua warga PDRM yang masih bertaring, dari Uncle B, yang walaupun dah masuk kategori warga emas dan boleh dapat discount apabila tengok wayang, dll, tapi masih terdaya mencakar dan menggigit.

Salaaam!!!

2 comments:

Dang Wangi said...

salam tn..

saya setuju 300 peratus pendapat tuan (aik 300 peratus tu mcm duti import kenderaan plak) hehehe.
statement bos JSJ tu membuat kan saya masih berbangga kerana PDRM masih lagi mempunyai pegawai kanan yang berani. JSJ di bawah Datuk Seri Bakri Zinin amat berkaliber dan mengembalikan maruah JSJ...

Bukan mcm sesetengah bos tu.. kalu jenis mata sepet or ada titik tengah kat dahi. mmg teserlah politiciannya..

udah2 la dato2 dlm pdrm yg suka wat muka seposen bila keje tapi bab kejar pangkat dia nombor satu... boleh blah...

saya doakan Dato Seri Bakri akan jadi IGP dalam tempoh lima tahun lagi. i think zaman tu akan lebih bagus lagi dari zaman tan sri rahim noor.

time tu uncle B dan pencen...

doakan anak-anak mu ini, yg masih lagi hentak kaki dalam baris (pasukan)....

Idris Baharuddin said...

TQ Dang Wangi, Insya Allah Uncle akan tetap bersama dan mendoakan anakanda-anakanda dan PDRM gagah semula walaupun dah pencen.