Friday, 12 March 2010

PDRM & SISTEM PENGURUSAN


Setahu saya, setakat ini PDRM sedang mengamalkan tidak kurang 8 kaedah pengurusan dengan matlamat untuk memperkasakan PDRM. Kita ada Community Policing, Police Reporting System, Blue Ocean Strategy, Innovative & Creative Circle (ICC), MS ISO, Star Rating System (SSR), Quality Environment System (5S) dan Key Performance Indicators (KPI). Mungkin berlambak lagi kaedah pengurusan yang belum dijajakan kepada PDRM. Semuanya untuk mengenyangkan tempolok consultants yang laparkan duit rakyat Malaysia yang tidak lama lagi akan dibebankan dengan cukai GST atas nama pembangunan.

Sejauh mana sistem-sistem ini berjaya menjadikan PDRM lebih efisien lantaran mengubah persepsi buruk masyarakat terhadap PDRM, anda nilailah sendiri dengan penuh kejujuran.

Zaman uniform polis saya warna biru & khaki lagi,.PDRM telah berjinak-jinak dengan sistem-sistem pengurusan ini. Mula-mula QCC (Quality Control Circle) yang merupakan predecessor kepada ICC. Masa itu tak habis-habis dengan mesyuarat QCC sana sini. Penyudahnya? Ibarat teruna dara yang bercinta tetapi tidak sampai tidor sekatil berkongsi satu selimut. Setakat cium pipi sahaja.

Saya masih ingat Sistem Koban yang berhasrat untuk mendekatkan polis dengan masyarakat melalui pembinaan 2 man police booth di tempat-tempat tumpuan awam, ada KONMAS atau konstabel masyarakat yang mempunyai konsep yang hampir sama dengan Sistem Koban. Sebenarnya Community Policing yang diheboh-hebohkan sekarang pun saling tak tumpah Sistem Koban zaman saya P.I. dulu.

Begitu jauh masa berlalu bersama-sama sistem-sistem yang lesap entah ke mana, mati tak berkubur. Sekarang saya tinggal 7 bulan sebelum cuti bersara. Tup-tup PDRM dihujani dengan sistem-sistem lagi. Buat repot polis tak pakai tulis tangan atau typewriter lagi. PDRM dah canggih, ada PRS. Oleh kerana laut PDRM dah berkeladak selepas 203 tahun, kita pun terjun dalam Strategi Blue Ocean. Nak pastikan pejabat-pejabat polis yang dah sedia sempit dan sendat, kemas, kita pun angguk pada sistem 5 S Jepun. Sistem “Saya Suka Sorok Sampah Sarap”. Lepas dapat sijil 5 S, kita keluarkan balik sampah yang kita sorok dan selerakkan balik dalam bilik. Tiba masa nak perbaharui sijil 5 S, kita sorok balik sampah sarap. Oleh kerana sistem pengurusan kita ada kelas, kita pun gantung sijil MS ISO yang dah pun buat jiran-jiran kita di Indonesia, Thailand dan Singapura, jealous.

Tahun 2008 dulu, MAMPU beri pengiktirafan 4 bintang daripada 5 bintang melalui Sistem Star Rating kepada PDRM. Kembang hidung kepala-kepala PDRM. Aku tak tahulah orang awam lain tetapi kalau aku pergi ke balai polis, tak ada maknanya sijil MS ISO, sijil 5 S dan sijil 5 bintang SSR sebesar gajah yang dipamir di pagar balai, kalau budak sentry dekat pintu masuk tak reti nak beri salam dan senyum, kalau anggota enquiry office tak ada budi dan hilang bahasa, kalau I.O. nak maklum status siasatan pun payah sangat.

Nak salahkan sentry, budak-budak enquiry office dan I.O. tak patut pulak. Macam mana nak senyum kalau boss sendiri tak pernah nak senyum kat anak buah. Agaknya kalau pangkat dah besar, tak boleh senyum. Nanti anak buah tak takut. Macam mana budak-budak enquiry office nak belajar berbudi bahasa melayan pelanggan, kalau boss layan anak buah secara kesat, kasar dan tak berhemah. Agaknya masa di pusat latihan dulu, semua pegawai diajar bahawa boss kena cakap atau tegur anak buah dengan cara kasar, meninggi suara, jegil-jegil biji mata dan tumbuk-tumbuk meja, baru ada identiti boss. Macam mana I.O. nak ada masa nak call atau tulis surat kepada pengadu, kalau sepatutnya buka 15 IP sebulan sebaliknya dihempap dengan 15 IP sebulan. Tonyok pun mati dik. Tu belum masuk lagi masa yang habis untuk melaksanakan dan memantau MS ISO lah, Blue Ocean lah, SSR lah, ICC lah, NKRA lah, menguruskan anak boss kahwin lah dan entah apa-apa lagi.

Hello, boss, penghulu kampong saya pernah beritahu saya, “A system is as good as the people running it”. Imam masjid pulak kata, “Forget systems, educate, improve, enhance, booth their morale and empower your staff, the system will come in place automatically from the heart of your staff and because it comes from the heart, the system works forever”. Itu sebab imam, noja dan AJK masjid kampong saya sambut orang yang datang ke masjid dengan senyum lebar walaupun pakai skirt. Orang kampong saya memang pelik. BM adalah bahasa kedua depa.

Hingga jumpa lagi, belajar-belajar lah senyum dan berbudi bahasa apabila nak maki orang dan kalau nak terajang pun pungkok manusia yang tak reti berbudi dan berbahasa, teranjanglah dengan berhemah.

Wassalam dari Uncle B.

1 comment:

Anonymous said...

xpaham...kenapa masa dalam pdrm benda-benda tu tak ditegur...hanya di pandang...dan last sekali komen kat wall...di mana command & control?