Saturday 19 March 2011

MACAM INI PUNYA PILOT & BOSS PUN ADA

Muka surat W38, the Star 15 Mac 2011 melaporkan, “Indian regulators said they would check whether thousands of pilots were qualified to do their jobs, after at least 4 were alleged to be flying passenger planes without qualifications”

It started when the flying licence of a female pilot at one Indian airline, was revoked by authorities when she caused damaged to an Airbus A320 by landing it on the nose wheel instead of the rear wheels. She was using forged papers to get her airline transport flying licence. Latest case, a male pilot working for Air India was arrested for alleged flying (the plane, not him) with a forged flying licence. Hah! Ini baru betul punya lesen terbang yang terbang.

Moral of the story. Get off the plane if it is piloted by an expatriate pilot from India.

Kalau ada antara kita yang teringin nak gelakkan tahap profesionalisma tenaga manusia negara India yang berjaya melahirkan pilot penipu, baik fikir dua kali. Produk tenaga manusia negara ini pun apa kurangnya.

Dalam prosiding Suruhanjaya Diraja kematian Teoh Beng Hock, Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong, nak pitam agaknya, apabila mendengar pengakuan Ketua Unit Siasatan MACC Selangor yang beliau (Ketua Unit Siasatan) jadi panik giler (blind panic) dan tak tahu apa nak buat bila dengar Teoh Beng Hock mati. Sepatutnya seorang boss mesti cool, calm and composed dalam keadaan begini, sebab anak buah looks to the boss for guidance in such situations. Kalau dah boss sendiri mengelabah beruk, anak buah mesti terkencing dalam seluar. Profesional sangat ke MACC kalau boss sendiri kaki kelam kabut?

Itu tak cukup lagi. Mengikut apa yang saya baca di akhbar, apabila ditanya oleh Suruhanjaya, boss tadi kata, dia jenis selalu tak ingat maka tak dapat ingat perbualannya dengan pegawai penyiasat kes Teoh Beng Hock. Yang peliknya part-part tertentu aje yang dia lupa. Mungkin ini puncanya yang menyebabkan Tan Sri James Foong mencadangkan supaya Ketua Unit Siasatan MACC Selangor menjalani psychiatric evaluation.

Moral of the story. Nasib baik negara Jepun tak ada expatriate boss dari Malaysia semasa dilanda gempa bumi dan tsunami baru-baru ini. Kalau tidak, mesti ada video clip YouTube yang menunjukkan sekor badut malaysia terlari-lari keliling pekan dengan mengirai-ngirai kain gombang kerana panik giler apabila diberitahu ada gempa bumi dan air dah naik 4 kaki atas katil.

Moral of the whole story. Apa bezanya pilot penipu di India dengan ketua jabatan kaki gelabah dan pelupa di Malaysia? Takde bezanya, sama aje, 2X5.

Until the next unbelievable but true revelation either from India or Malaysia, salam from Uncle B, who feels that there are worse things than pilots without genuine flying licence or Heads of Departments who panics and cries in a crisis situation. Imagine a surgeon with a forged medical degree and suffering from Parkinson Disease, operating on you. Panik giler kita dibuatnya.

Byeeee!!!



No comments: