Wednesday 9 March 2011

TAK TAHU MAKA TAK KENAL, DAH KENAL NAK EKSENLAH PULAK

ROOTS, sebuah buku yang telah dijadikan satu siri TV yang popular satu masa dahulu, menceritakan perjalanan penulisnya, Alex Haley, seorang African American atau dalam bahasa kasarnya Negro, mencari dan mengenali keturunan dan asal usulnya. Khabarnya setelah mengenali siapa dia, Arthur Haley dan mereka yang sekaum dengannya di US telah menjumpai kembali harga diri mereka, tidak lagi menikus dan telah berani berjalan sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum kulit putih.

Semasa kecil dahulu, setiap kali balik kampung di Segamat, Johor (time tu duduk di Singapura), ada juga terdengar yang kononnya arwah datuk saya sebelah emak ada menerima pencen kerabat (royalty pension), abang datuk saya pernah ke istana Johor untuk mendapatkan bantuan memperbaiki rumah dan apabila datuk dan pakcik makcik saya berkumpul, pelik juga mendengar mereka menggunakan bahasa, yang saya diberitahu, adalah bahasa golongan istana. Saya juga ingat pernah bermain-main dengan pending, tepak sirih dan barangan-barangan lain yang ketika itu tidak saya ketahui hanya digunakan oleh golongan bangsawan. Saya tak ambil pusing hal-hal keturunan saya ini kerana payah nak percaya yang keluarga tak kaya seperti kami berasal dari golongan istana. Time tu sukar untuk saya yakini yang kami adik beradik berdarah raja dan berhak di panggil Engku. Yang kami yakin, abah berketurunan bugis.

Sekitar tahun 2008, saya agak bengang apabila mengetahui daripada adik dan ibu di kampong, ad beberapa orang termasuk khabarnya seorang pensyarah dari UITM Segamat, yang jadi busy body, bertanya itu dan ini tentang keluarga kami, kononnya untuk mengesahkan yang kami ini cucu cicit piut miut Sultan. Oleh kerana ketika itu saya bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, dalam kepala otak saya tak ada lain. Ini pasti kumpulan penipu.

Pendek cerita, lebihkurang 2 minggu selepas Aidil Fitri 2009, seramai 2,500 orang telah berkumpul di Segamat, Johor sebagai Waris Temenggung Muar yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah persatuan. Kalau Arthur Haley boleh tulis buku, kami nak berpersatuan. Bukan nak tuntut apa-apa tapi saje nak di recognise bahawa walaupun taraf pekerjaan rendah, kami bukan kucing kurap.

Fast forward kepada Mac 2011, Persatuan Waris Temenggung Muar telah didaftarkan. Mengikut pejabat pendaftaran Segamat, sebagai pewaris, kami layak di address sebagai Engku. Apa hal? Rupa-rupanya pada zaman dulu-dulu, Muar adalah sebuah daerah autonomous di bawah Kerajaan Negeri Johor, dan di perintah oleh seorang Temenggong yang berasal dari keluarga diraja Johor. Dek kerana kami ni waris Temenggong Muar, kiranya kami ni keturunan rajalah. Jeng Jeng Jeng. Nampaknya mulai dari tarikh blog atau posting ini dikeluarkan, tak bolehlah saya makan cendol bawah pokok, ketawa terbahak-bahak adalah dilarang melainkan gelak kecil 3 kali sahaja (ha!ha!ha!) i.e. ketawa raja-raja atau merapu–meraban tak tentu hala. Blue Blood lah konon.

Hingga jumpa lagi, sembah salam dari Uncle Engku B, yang dah mula nak belajar eksen dan tak akan menoleh kecuali dipanggil Engku, Engku Bob atau Uncle Engku sahaja.

Hek! alahai! takkan tak nak kawan pulak, kita joking serious aje pun, nak marah ke?

Byeeee!!

No comments: