Monday 11 April 2011

JIMAT PAK PANDIR

Berkaitan kematian Penolong Pengarah Kastam, Selangor, the Sun 8/4/11 memetik Najib sebagai berkata, “ .. The government wants to clean up customs and save the people’s money. If those involved can be arrested, the people benefit. We must remember the investigations are to save the rakyat’s money and to stop corruption that has been going on for years”.

La! baru sekarang Dato’ Sri teringat nak jimatkan duit rakyat dan menghentikan korupsi yang telah berakar umbi dalam jabatan kerajaan pimpinan BN sejak zaman Melayu Baru ciptaan Mahathir. Dah berapa ramai Akauntan Negara yang membuat audit tahunan tentang perbelanjaan kerajaan. Berapa punya banyak pendedahan yang dibuat dalam laporan-laporan audit tersebut mengenai salah berlaku perbelanjaan oleh kementerian-kementerian yang dipimpin oleh menteri-menteri UMNO seperti beli tukul besi dengan harga RM45, komputer RM 3,000 jadi RM 15,000, pembinaan penjara Sarawak terbengkalai 10 tahun, kemudian dirobohkan dan dibangunkan semula. Bagaimana dengan menteri besar yang melawat 3 biji Disneyland bersama isteri dan rakan konon sambil belajar atau hal satu menteri yang bawa personal trainer sendiri semasa keluar negara atas urusan rasmi. Itu semua untuk jimatkan duit rakyat ke? Apa dah jadi dengan menteri-menteri dan big boss-big boss yang mengepalai kementerian yang terlibat. Tak ada apa-apa tindakan pun diambil. Mana pergi teori responsibility dan accountability yang saya belajar masa di kolej dahulu?

Itu baru sikit pembaziran wang rakyat oleh kerajaan BN yang saya sebut. Kalau nak disenaraikan satu persatu tak cukup 1 kodi kertas A4. Apa kata saya sebut sikit aje lagi. Projek PKFZ = RM 12 billion duit rakyat = hasilnya poochi. Projek rel berkembar = RM 20 billion duit rakyat = dari KL ke JB ambil masa 6 jam dan jadual KTM masih tak keruan = rakyat tak untung. Kereta proton murah kerana kereta import kena cukai sekurang-kurangnya 200% = maknanya kereta import kalau tiada cukai untuk lindungi kereta malaysia yang mutunya gred D, akan jadi lebih murah. Kenapa tak tutup Proton yang tak pernah untung, bawa masuk kereta import, kurangkan cukai import kepada 100% = rakyat boleh beli kereta bermutu dengan harga murah = penjimatan duit rakyat. Kenapa buat concession toll, elektrik dan air dengan perjanjian yang berat sebelah dan menguntungkan concessionaire sahaja. Tak dapat naikkan tariff, kerajaan kena bayar pampasan = duit rakyat habis untuk tanggung orang seperti CEO Indah Water yang dibayar gaji RM 5,000,000 setahun.

Akhbar theSun, 11 April 2011, memetik Najib Tun Razak sebagai berkata, “We cannot go on creating posts, otherwise we would have a huge bureaucracy which will require a hugh expenditure. We should not spend the people’s money in such a wayward manner”

Cukup-cukuplah nak kelentong rakyat kampong sekolah darjah 6 yang tak tahu ape dan orang bandar yang sekolah U tapi tak tahu berfikir, YAB. Konon tak nak besarkan bureaucracy kerana nak selamatkan duit rakyat. Dah tu kenapa Malaysia dengan 26 juta penduduk ada lebih 30 kementerian untuk tadbir negara setotet ni berbanding dengan India yang ada hampir 1 billion penduduk tetapi memerlukan tidak sampai 20 kementerian untuk tadbir negara yang nala punya besar.

Kenapa ada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, ada Polis Marin, ada Jabatan Laut, ada Penguatkuasa Kastam Maritim dan Jabatan Perikanan. Itu kerja bertindih namanya. Orang kampung saya kata, overlapping dan kerja yang bertindan memunahkan duit untuk mencapai hasil yang sama. Kenapa tak satukan semua kuasa-kuasa yang diperlukan di bawah satu jabatan maritim sahaja dan hapuskan yang lain-lain. Tu baru ikhlas nak jimat duit rakyat. Dan baru-baru ini ditubuhkan pula SPAD, walhal LPKP dan JPJ dah ada. Semuanya buat kerja mengenai pengangkutan awam. Inikah yang dimaksudkan dengan, “We cannot go on creating posts, otherwise we would have a huge bureaucracy which will require a hugh expenditure. We should not spend the people’s money in such a wayward manner?”

Hingga lain posting, satu pesanan ikhlas dari Uncle B, Janganlah dengan isteri dan anak-anak tersayang bukan main berkira nak keluarkan duit tetapi dengan girlfren berbelanja sakan”. Itu namanya, berjimat untuk menyiksa keluarga sendiri tetapi joli katak untuk faedah diri sendiri sebab apabila belanja awek gila-gila, ada can dapat body gebu.

Byeee!!

1 comment:

Anonymous said...

Hi bro, uncle B......lama kita tak contact....tapi hang punya lazer masih macam tu jugak...tapi jaga jaga sikit bro.....terlajak perahu boleh undur, terlajak kata badan binasa .......