Monday 8 December 2008

SARKAS BERMULA LAGI

(Versi Untuk Yang Perasan Mereka Matsalleh)

Barely a week after the landslide tragedy in Rawang that claims the lifes of two sisters, Bukit Antarabangsa in Kuala Lumpur was the scene of another landslide. At the time of writing, 4 bodies has been recovered. A number is still believed to be trapped under tons of earth and rubbles. If my memory does not fails me, Bukit Antarabangsa is close to the site of the Highland Towers tragedy that claims 48 lives in 1993. My hearfelt condolences to the families of the victims.

To the authorities that has the legal and executive powers to stop hill side developments or at the very least to be very stringent in monitoring such projects, stones and brickbats is not enough for you. The lot of you should be buried alive along with the cash that you stashed for closing one eye to infringements of the local building codes.

The cabinet ministers are also guilty of manslaughter. Collectively, you formed the government of Malaysia. Why did you allow corruption to run rampant and nimcompoops to run the machineries of government. Finally, the rakyat is also responsible for such deaths because you, in spite of ithe government's records, decided to choose the same government year after years. Have they never heard of responsibility and accountability?

The prime minister announces that no more hill sides developments will be allowed. The deputy prime minister has made comments on the tragedy. And so the circus begins.

After this, there'll be more comments by ministers, experts and all, who thinks that they are the bastion of good governance. Committes will be formed, expensive foreign consultants will be roped in and suggestions to prevent such occurences will be promised. Some wrists will be slapped and a few unlucky kambings hitams will be hanged to dry.

Three years later, another landslide will occur. More innocent lives will be lost. And the circus comes to town again. Meanwhile the fellows whose duty it is to make sure that such tragedies do not happened again, will be buying another home in Australia, New Zealand , the United States or Singapore where it is more safer to live in.

Fortunately, Dato' Sri Samy Vellu is no more a minister and in charge of the Jangan Kerja Rajin department. Otherwise God will be blamed for the landslides.

Until we meet again, selamat membina rumah di tepi pantai. Cheriooo!

*************************************************************************************

THE CIRCUS BEGINS AGAIN
(Versi Untuk Yang Kurang Yakin Dengan Penguasaan Bahasa Inggeris Mereka)

Tidak sampai seminggu selepas trajedi tanah runtuh di Rawang yang meragut 2 nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa, Bukit Antarabangsa di Kuala Lumpur pula ditimpa bencana yang sama. Semasa posting ini dibuat, empat mayat telah dikeluarkan dari timbunan tanah dan batu batan. Beberapa orang lagi dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan. Jika ingatan saya masih betul, Bukit Antarabangsa tidak jauh dari Highland Towers, tempat tragedi serupa yang meragut 48 nyawa pada tahun 1993. Takziah saya kepada keluarga mangsa.

Kepada pihak berkuasa yang mempunyai kuasa undang-undang dan executive untuk melarang pembangunan lereng bukit atau sekurang-kurangnya tidak bertolak-ansur dalam memantau projek sedemikian, sumpah seranah untuk anda tidak memadai. Anda semua patut ditanam hidup-hidup bersama wang dan emas yang telah anda kumpul kerana menutup sebelah mata kepada pelanggaran-pelanggaran undang-undang pembinaan yang ada.

Menteri-menteri kabinet juga bersalah dalam hal ini. Secara collective, anda membentuk kerajaan. Mengapa dibiarkan rasuah berleluasa dan mereka yang tolol menjalankan jentera-jentera pemerintahan. Rakyat juga tidak terlepas dari bertanggungjawab ke atas kematian yang berlaku kerana dengan rekod kerajaan yang terang lagi bersuluh, anda semua telah memilih kerajaan yang sama tahun demi tahun.

Perdana Menteri telah mengumumkan tiada lagi pembangunan di lereng bukit akan dibenarkan. Bakal Perdana Menteri juga telah memberi komennya mengenai episod sedih ini. Dan sarkas bermula lagi.

Selepas ini, akan banyak lagi komen oleh para menteri, bijak pandai dan mereka yang mendakwa sebagai pengamal good governance. Jawatankuasa-jawatankuasa akan ditubuhkan. Pakar runding antarabangsa yang menghabiskan duit rakyat akan dipanggil untuk membuat kajian. Cadangan-cadangan akan dijanjikan supaya peristiwa sedemikian tidak berulang lagi. Dua tiga tapak tangan akan diketuk dengan pembaris dan dua tiga ekor kambing hitam yang tidak bernasib baik akan digulai.

Tiga tahun akan datang, satu lagi kejadian tanah runtuh akan berlaku. Ramai lagi mangsa yang tidak berdosa akan terkorban. Dan sarkas telah sampai ke pekan lagi. Sementara itu, mereka yang seharusnya bertanggungjawab memastikan peristiwa hitam berkenaan tidak berulang lagi, akan membeli sebuah lagi rumah di Australia, New Zealand , Amerika Syarikat atau Singapura, di mana ianya lebih selamat untk didiami.

Nasib baik, Dato' Sri Samy Vellu tidak lagi menjadi menteri dan bertanggungjawab ke atas jabatan Jangan Kerja Rajin. Kalau tidak mesti Tuhan yang akan dipersalahkan sekali lagi di atas kejadian tanah runtuh tersebut.

Hingga kita berjumpa lagi, selamat membina rumah di tepi pantai. Cheriooo!


2 comments:

Sarah said...

sarkas? ya..maybe.

Idris Baharuddin said...

Thanks for dropping by. You know who the ringmaster is.