Saturday 3 January 2009

SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2009

Ini adalah psoting saya yang pertama untuk tahun 2009. Sebelum terlambat, Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi 2009 kepada semua yang masih sudi mengikuti KACA MATAKU. Perlu diingat bahawa yang selamat, tahun baru sahaja. Orang yang menyambutnya, belum tentu lagi.

Azam tahun baru memang ada tetapi biarlah saya simpan dalam hati. Malu kalau cerita berjela-jela, perlaksanaannya entah ke mana. Yang akan saya cuba terjemahkan kepada realiti ialah mengpositifkan yang negatif dan to shut my mouth if I have nothing good to say.

Muka depan akhbar Malay Mail, jumaat 2 Januari 2009, menyiarkan berita yang membanggakan untuk semua rakyat Malaysia. Akhirnya kita telah dapat mencapai taraf negara maju i.e. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara barat seperti the United States of America, apabila pihak polis mengumumkan nama pengacara TV ASTRO Awani yang ditangkap bersama-sama penganjur dan peserta-peserta satu parti sex menyambut tahun baru di tingkat 11, Hotel Cabanna Inn, Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur.

Yang membuat saya marah ialah tindakan Bahagian D7, JSJ, PDRM. Macam tak ada kerja lain Sarang perjudian dan pelacuran tidak diserbu, orang yang sedang mengamalkan human rights mereka yang diganggu. Harap-harap selepas ini Majlis Fatwa Kebangsaan tidak kelam kabut mengeluarkan fatwa mengharamkan pesta-pesta sex sedemikian. Bukan ada paksaan. Masing-masing rela untuk menyerahkan body kepada siapa sahaja yang mereka suka. So, apa masalahnya? Susahlah kalau sikit-sikit haram, sikit-sikit haram. Bila orang Melayu dan negara nak maju. Betul tak?

Akhir sekali, untuk mereka yang suka melepak di STARBUCKS kerana kononnya dah Americanised dan oleh itu maju, lihatlah gambar yang saya kembarkan ini. Ingatlah, bagi setiap cangkir kopi yang anda minum di STARBUCKS, anda telah menderma RM 1 kepada Yahudi untuk mencederakan kanak-kanak Palestin yang tidak berdosa ini.

Kepada muslimin dan muslimah yang masih berdegil untuk minum dan be seen di STARBUCKS, selamat menjadi pengkhianat agama.






Salam .





1 comment:

:: amira hanani putri :: said...

yes...i'm restraining myself from STARBUCKS & other pro-israel brands.. u should see more pictures of the war children through my blog, dad..