Sunday 18 January 2009

APOLOGIES DARI AKU

Blog kali ini ringkas aje. Bukan apa. Waktu dah jam 11:15 malam dan esok kena pergi kerja. Lainlah aku bernasib baik jadi anak atau kroni menteri-menteri Malaysia. Tolol macam mana pun boleh dapat kontrak juta-juta. Kemudian sub-con pada Cina. Jadi AliBaba. Lepas tu kutuk Cina, kata Cina bolot ekonomi Malaysia. Sendiri yang bahlol buka ponggong, lepas tu bila orang tale, salahkan orang pulak kerana main belakang. Tak ubah macam kebanyakkan wanita hari. Sendiri ikut jantan pergi tempat sunyi, sama-sama sedap, lepas tu bila jantan belah, mengadu kat polis kena rogol.

Cuma dua perkara hendak aku sampai dalamposting kali ini.

Pertama. Nak minta maaf kerana posting aku yang baru lalu ni, hurufnya gadik-gadik belaka. Besar-besar. Aku harap ianya tidak put off you all dari membaca penulisan aku tu. Yang penting isi bukan bentuk, betul tidak?

Aku sendiri enggak (bahana banyak sangat PATI Indon kat Malaysia) tahu kenapa jadi begitu. Masa aku tulis pakai font kecil. Bila aku post, dia jadi besar. Bak kata cucu aku, "Sorry". Niat hati nak perbetulkan tapi aku ni jenis rabun komputer.

Sebut fasal IT, sebenarnya terdapat 3 jenis manusia. Satu jenis buta IT. Satu hape pun tak tahu fasal komputer. Lagi satu jenis celik IT. Manusia jenis ni, tidor IT, makan IT, main IT. Aku pula termasuk dalam kategori rabun IT. Tak gentar berhadapan dengan PC atau laptop tapi setakat tahu guna komputer buat surat aje (surat cinta aku pakai tulisan tangan, lagi romantik).

So, lagi sekali aku minta maaf banyak-banyak kerana posting aku yang lalu, huduh sangat penampilannya (tapi bukan kandungannya).

Kedua. Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu yang telah keluar mengundi di pilihanraya kecil KT, semalam 17 Januari 2009. Tahniah kerana anda anda semua telah menyampaikan satu mesej, yang hanya pemimpin-pemimpin UMNO (kecuali dua tiga orang yang terpinggir) sahaja yang masih tak tahu nak terjemah.

Lantaklah. Biarkan mereka dengan kebebalan mereka. Senang sikit dalam pilihanraya umum akan datang, mereka dihantar balik kampong potong getah.

Yang aku sedih, orang negeri Johor aku. Bodoh tak habis (aku anak Johor tapi sekolah kat Singapore, jadi berotak sikit). Letak siamang bertanding pun boleh menang, asalkan bawah tiket BN. Bilalah orang Johor nak belajar dari orang Terengganu, Kelantan dan Kedah yang jauh lebih mundur dari segi ekonomi berbanding Johor.

Hingga jumpa lagi, Selamat Belajar Dari Orang Kuala Terengganu.










No comments: