Wednesday 7 January 2009

POLIS BUKAN PONDAN TAPI DIKASI

Saya bersyukur ke hadrat ALLAH s.n.w. kerana mempunyai anak-anak saudara yang dibesarkan dalam dua keadaan yang berbeza. Empat orang dibesarkan dalam suasana yang positif dimana kata-kata peransang adalah penggerak tindak tanduk mereka (anak saudara) dan tegoran berhemah merupakan asas untuk mendisiplin mereka. Anak-anak saudara saya yang ini dibesarkan oleh ibu dan ayah golongan profesional dengan purata pendapatan RM 40,000 sebulan dan mempunyai bilik tidur mereka sendiri (anak-anak). Pergi ke tadika yang terbaik dan termahal dan menghadiri kelas muzik dan bermacam-macam lagi kelas dengan matlamat membina peribadi yang cemerlang. Sudah tentu bahasa seharian yang digunakan adalah Bahasa Inggeris dan mereka mendapat pendidikan di International School.


Kini yang sulong sudah berumur 15 tahun dan yang ke-empat berumur 9 tahun. Hujong Disember lalu (2008) sekeluarga telah balik bercuti di Malaysia dan saya berkesempatan berinteraksi secara dekat dengan mereka. Bukan setakat yang sulong bahkan yang bongsu telah menunjukkan a degree of self confidence that belies umur mereka sebenarnya. Keempat-empat anak saudara saya ini (2 lelaki, 2 perempuan) menggunakan bahasa Inggeris yang baik dengan pronounced English slang apabila bertutur dengan saya. Yang paling memeranjatkan, yang sulong dan kedua (perempuan) boleh carry on an intelligent conversation dengan saya mengenai isu-isu semasa.



Malang sekali atau mungkin sudah rezeki mereka, enam orang lagi anak saudara saya dibesarkan dalam keadaan yang cukup berbeza. Ibu bapa berpendidikan sehingga SPM. Enam beradik terpaksa berkongsi 2 bilik tidor dalam apartment rakyat di Johor Bahru. Bersekolah alah kadar, tak ada tuition, tak ada kelas-kelas membina minda atau peribadi. Kedua-dua ibu bapa terpaksa bekerja siang malam untuk menyara keluarga. Anak-anak saudara saya yang ini adalah latch key children. Terpaksa mengguruskan diri sendiri sejak kecil lagi. Kata-kata peransang adalah asing bagi mereka dan jika tersilap langkah, suara yang tinggi dan tegoran secara negatif adalah habuan mereka.



Hari ini yang sulong (lelaki) telah berumur 23 tahun, bekerja sebagai atenden stesyen minyak di kampong. Yang ke-enam telah masuk darjah 4. Keyakinan diri mereka hampir tiada, teragak-agak dan takut-takut untuk bersembang dengan saya, one of the most open and liberal uncle any nephews and nieces can find. In my wife own words, “dia orang ni menikus”. Saya tidak menyalahkan budak-budak ini atau ibu bapa mereka kerana kalau Khairy Jamaluddin atau lain-lain anak menteri pun dibesarkan dalam keadaan sedemikian, belum tentu mereka menjadi kaya raya atau menjadi what they are today. Dan tentunya semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka jika mereka jutawan kecualilah bapak dan ibu ayam.



Pegawai dan anggota polis sejak dahulu lagi bekerja dalam keadaan yang saling tak tumpah dengan cara 6 orang anak saudara saya dibesarkan. Latihan asas 6 bulan untuk seorang inspektor percubaan sekadar melepas batuk di tangga. Itu belum lagi diteliti silibus kursus yang diikuti. Maktab Tentera DiRaja mengambil masa 2 tahun untuk melatih bakal pegawai tenteranya dan Republik Indonesia mengambil masa 4 tahun untuk mengeluarkan seorang letnan polis.



Selepas tamat latihan memang ada in service training tetapi dari jenis yang indah khabar dari rupa. Kalau kursus Company Weapons & Tactics untuk leftenan muda Angkatan Tentera Malaysia (sama dengan P.I. dalam PDRM), iaitu satu kursus asas untuk setiap leftenan muda yang baru tamat latihan 2 tahun, mengambil masa 3 bulan, bayangkan kursus asas siasatan jenayah perdagangan yang hanya mengambil masa 3 minggu selepas tamat kursus asas selama 6 bulan. Itu pun kalau dapat hadir kursus sebelum menjalankan tugas siasatan. Jangan hairan kalau ada yang telah menjalankan siasatan tak kurang 3 tahun baru menghadiri kursus asas.



Ruang pejabat berasak-asak macam sardin. Suasana kerja jangan kiralah. Allah s.n.w. saje yang tahu. Saya yang dah bertugas 32 tahun dan pangkat yang setaraf dengan Lt.Kolonel tentera pun duduk dalam pejabat yang tiada penghawa dingin dan oleh itu panas melese. Tak percaya? Jemputlah datang ke pejabat saya.



Bantuan logistik?. What logistics support are you talking about. Untuk mencetak buku program majlis pelancaran Community Policing pada bulan Jun 2008 pun saya kena beli kertas taip sendiri sebanyak 8 ream. Dan dalam keadaan bekerja yang banyak bergantong kepada ICT hari ini, kura-kura pun lebih laju bergerak dari komputer yang dibekalkan.



Welfare ......... jangan mimpi. After all, kata boss-boss PDRM, once you joined the police force, your time is no longer yours. Itu sebab ramai anak polis jadi setan sebab bapa mereka asyik jaga anak orang, anak sendiri terbengkalai. Untuk maklumat anda, I have never seen my only daughter growing up. Tahu-tahu dah bersuami.



Kata-kata peransang dan pujian. Lupakan. 32 tahun bekerja, sebiji pingat pun tak dapat kecuali pingat koman spanar macam pingat PPS dan Perkhidmatan Lama. Surat kepujian hanya dalam mimpi aje.


Yang baiknya tentang PDRM ni ialah, seperti juga anak-anak saudara saya yang 6 orang tadi, setiap anggota polis diajar untuk berdikari. Tak ada ink cartridge untuk printer, pakai inisiatif. Nak balai cantik, pakai inisiatif, nak ruang kerja yang kondusif kepada produktiviti, pakai inisiatif. Sikit-sikit inisiatif. Sikit-sikit inisiatif. Tauke tonyok pun boleh mati kalau selalu sangat minta inisiatif dia orang.



Kalau bab kena belasah kiri dan kanan kerana kesilapan yang kecil, itu normal. Surat tohmahan penjenayah lebih dihargai daripada jasa-jasa pegawai atau anggota yang menjalankan tugas secara jujur. Tak percaya tanya tauke ekor. Payah-payah amat, kalau ada pegawai D7 yang bangang tak mahu terima sogokkan, hantar satu surat tohmahan. Esok, lusa, pegawai atau anggota berkenaan gerenti kena tukar ke Long Pasir, Sarawak.



Tak percaya lagi? Sila layangkan satu tohmahan mendakwa seorang pegawai polis telah bersikap kasar dan kurang sopan semasa menjalankan tugas. Paling tidak, pegawai tersebut akan dipindahkan bertugas ke tempat lain, jauh dari keluarga dan kelabulah masa depannya.



Hari ini keadaan menjadi lebih teruk lagi dengan kehadiran NGO-NGO dan human rights activist yang bagai nak gila memperjuangkan hak penjenayah dan bukan law abiding citizens yang menjadi mangsa.



Inilah yang berlaku dalam kes anggota polis dibelasah oleh lebih kurang 10 orang remaja berumur antara 14 hingga 16 tahun yang sedang mencuri besi sebagaimana dilaporkan di muka hadapan Harian METRO, 6 Januari 2009.



Saya bukan menyokong anggota polis yang melampaui batasan apabila menjalankan tugas tetapi adalah tidak adil untuk mengkehendaki anggota polis diikat tangan sebelah dalam menjalankan tugas. Akhir-akhir ini tiada satu pun yang dibuat oleh warga PDRM memenuhi citarasa rakyat. PDRM dibelasah kiri dan kanan tanpa sebarang pembelaan sama ada dari luar atau dalam pasukan.



Saya masih teringat peristiwa seorang pegawai Bahagian Pencegah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, Johor, yang digantong kerja selama 6 bulan apabila seorang penjenayah yang cuba melarikan diri telah membuat laporan kononnya dipukul oleh pegawai tersebut. Walhal penjenayah berkenaan telah dilanggar kereta semasa menyeberang jalan dalam usaha memboloskan diri.



Saya percaya kalau dalam usaha untuk menangkap brengsek-brengsek tersebut, salah seorang daripada sampah masyarakat tersebut jatuh tertumus sendiri lalu patah gigi dan ayahnya membuat laporan polis, sudah tentu anggota tersebut akan ditukarkan ke Perlis terlebih dahulu sebelum kesnya mengambil masa bertahun-tahun untuk disiasat oleh pihak tertentu Bukit Aman.



Kesimpulannya, anggota polis tersebut, yang dibelasah oleh 10 orang remaja berumur antara 14 hingga 16 tahun, bukan pengecut. Anggota tersebut tahu, apa pun yang dilakukannya, segala yang negatif akan dibebankan ke atas bahunya.



Kalau tak faham juga apa yang ingin saya sampaikan dengan mengaitkan cerita anak-anak saudara saya yang masing-masing dibesarkan dalam dua suasana yang berasingan, begini sahajalah.



Bayangkan seekor harimau yang dibesarkan dalam sangkar yang sempit, diberi makan sekadar jangan mati dan hari-hari dicabok oleh penjaganya. Saya yakin tikus mondok pondan pun boleh gigit harimau yang tau mengaum tapi tak pandai gigit ni.



Maknanya, kalau anda kata polis hari ini malas kerja atau tak mahu kerja lebih, itu statement yang tak berapa nak betul. Buat apa kerja lebih-lebih kalau diri sendiri yang merana, terseksa jiwa dan raga kerana ikhlas menjalankan kerja.



THE MALAYSIAN PUBLIC DESERVES THE POLICE FORCE THAT IT GETS.



Salam dari seorang veteran polis yang akan letak jawatan hari ini jika ada tawaran baik hari esok.









No comments: