Friday 16 January 2009

NAK TANGKAP PATI ATAU PELUANG JADI KAYA

Nasib baiklah iman aku masih kuat. Kalau tidak, mahu rasanya aku naik lif ke tingkat 7 dan kemudian terjun bunuh diri dari bumbong Blok G, Komplex Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, tempat aku bekerja.

Tidak, aku bukan nak terjun pasal putus kasih. Bodoh kalau ada jantan cabut nyawa sendiri kerana perempuan. Hari ini lebih ramai perempuan yang berumur antara 17 tahun hingga 45 tahun untuk dikahwini. Kalau sekor tak hingin kat kita, ada 10 lagi menunggu. Kalau tidak, masakan ada perempuan yang sanggup rampas laki orang atau kongsi jantan untuk jadi penyedap nonbor 2.


Sebenarnya aku hampir-hampir terjun bangunan apabila membaca berita "APMM ada senjata baru bendung penyeludupan PATI" dalam akhbar KOSMO bertarikh 16 Januari 2009. Siap dengan gambar warna pesawat Bombardier 415 yang bakal dimiliki oleh Ajensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) lagi.

Menurut berita tersebut, sindikit penyeludupan pendatang asing tanpa izin di negara ini bakal menerima tamparan hebat dengan 'senjata' baru APMM. Senjata tersebut adalah pesawat Bombardier 415 yang akan digunakan oleh APMM dalam operasi pemerhatian dan pengawasan perairan negara melalui udara.

Barangkali dalam kegairahan kemungkinan boleh mendapat komisen jika membeli pesawat tersebut, pihak yang mencadangkan projek ini terlupa bahawa a system is as good and as effective as the personnel who operates it.

Inilah akibatnya apabila mereka yang ada kuasa untuk menghabiskan duit rakyat, membuat keputusan menggunakan bontot dan bukan akal. Cuba fikir sikit. Apalah yang boleh dibuat setakat memerhati dan mengawas dari udara.

Boleh ke krew pesawat Bombardier tu tembak mati PATI yang dilihat cuba menyeludp masuk ke Malaysia. Atau bom aje bot pancong PATI tu supaya tenggelam? Tak pun, boleh ke pesawat bombardier tu angkat bot PATI tu (dengan orangnya sekali) dengan winch, kemudian terbangkan dan letakkan depan balai polis atau pejabat immigresen yang berdekatan.

Kalau tak boleh, jangan menghabiskan beras. Aku setuju, krew pesawat udara APMM tu boleh maklumkan kapal ronda APMM yang sedang meronda. Kemudian anak kapal tu tangkap PATI tersebut dan serahkan kepada pihak berkuasa di daratan. Selesai kes.

Anda yakinkah senario di atas akan berlaku. Setelah 39 tahun jadi rakyat Malaysia, secara peribadi, aku kurang yakin.

Kalau krew kapal ronda tu tak kowtim dengan PATI atau dengan tekong laut, syukur Alhamdullillah! Amin. Kemudian krew kapal APMM yang anti rasuah tu serah PATI kepada pihak berkuasa di darat. Serah PATI, aku yakin dia orang buat. Tapi tang enjin sangkut bot PATI tu, aku ragu sikit. Aku bimbang krew kapal tu serah PATI aje, enjin sangkut bot PATI, depa pakat jual dan hasilnya dikongsi bersama.

Itu tak ape lagi, asalkan aku tak perlu bergaduh dengan pelayan restaurant yang tidak tahu berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris kerana dia orang tu memang bukan orang Malaysia, nak jual enjin sangkut pun jual lah.

Lagi satu stail, depa pakat dengan tekong darat. Sekali-sekala tangkap, sekali-dua -tigakala, lepaskan PATI yang cuba masuk. Bukan ape, kalau tak tangkap lansung, nanti orang kata (orang kata, bukan bos kata), tak buat kerja pulak. Dan bagi setiap PATI yang dilepaskan masuk, collect RM 40 (itu kadar tahun 80an) satu kepala.

Ini bukan cakap kosong dik atau buat cerita. Uncle pernah jadi penguatkuasa maritim satu masa dulu. Tolong sikit. kalau aku pun kaki kowtim, kejadah ape aku sambung perkhidmatan sampai 58 tahun. Lebih baik aku bersara pada 1 February 2009 nanti, apabila mencapai umur 56 tahun. Jadi tauke ikan keli dalam kolam dan kemudian dinobatkan sebagai pengusaha ikan keli paling berjaya seluruh negeri Johor bagi tahun 2009.

Mudah cerita macam nilah. Belilah bapak pesawat, mesin, komputer atau apa-apa benda. Rekalah apa-apa sistem yang canggih-manggih sekali pun untuk banteras PATI atau banteras siapa atau apa sahaja yang hendak dihapuskan dari bumi Malaysia ni. Selagi manusia yang mengendalikan peralatan tu kaki rasuah atau bos yang mengendalikan manusia yang mengendalikan peralatan tu kepala rasuah, selagi itulah negara kita ini ibarat wanita yang berpudah bertudung lingkup tapi tak pakai coli dan seluar dalam (supaya mudah apabila berjumpa boyfriend).

PLEASE INGAT. SYSTEMS AND MACHINES ARE AS EFFECTIVE AS THE MEN (AND WOMEN) WHO OPERATES IT.

Yang menyesal tak sudah, tak kumpul duit semasa 10 tahun bertugas di D Changkul dan dapat bersara awal, AKU.



No comments: