Wednesday 28 January 2009

HERO MALAUN DAN SAMDUL POLITIK


CERITA MALAUN JADI HERO


Ikut hati, aku malas hendak membicarakan soal A.Kugan yang mati dibelasah oleh polis. Apakan daya aku terpaksa juga mengungkit kembali kes A.Kugan kerana beberapa orang rakan sekerja yang mengikuti posting terakhir berkenaan telah membuat tafsiran yang menyimpang. Salah aku juga kerana tidak menjelaskan context penulisan tersebut dibuat.


Aku masih enggan berpolemik mengenai isu ini kerana aku tak nampak pun saudara mara A.Kugan berarak dan bersepanduk beramai-ramai mengiringi jenazah demi jenazah anak-anak kecil Palestin yang disembelih oleh Yahudi.

Aku bukan menyokong 11 orang anggota polis yang sedang disiasat kerana membunuh. Tapi fakta tetap fakta. Menunggu sangat kehancuranlah nampaknya negara kita ini apabila penjenayah jadi
martyr, apabila orang brengsek jadi hero.

Kepada mereka yang memilih untuk melihat blog aku terdahulu dari satu sudut, biar aku jelaskan
personal believes aku tentang right and wrong. Amaran. Aku seorang simpleton. Tentunya cara dan gaya aku berfikir bukan macam para ilmuan dan para akademik. Nilai pandangan aku mungkin sepuluh sen cuma.

Aku lebih rela mematahkan tangan pemandu yang membawa lori atau kereta secara merbahaya daripada menyamannya. Saman boleh dibayar dan kemudian pemandu tersebut akan merempuh dan membunuh orang ramai yang sedang berteduh di perhentian bus. Jadi lebih baik satu pemandu iblis dipatahkan tangannya daripada membunuh 6 orang awam (seperti berlaku depan panggung Rex JB semasa aku inspektor).

Betul cakaplah. Kalau boleh aku nak jadi macam anggota
Black Hands, satu unit sulit polis sebuah negara Amerika Selatan (dah tak ingat negara mana) satu masa dulu. Tugas unit ini ialah menembak mati penjenayah yang memang diketahui umum penjenayah tetapi terlepas dari hukuman mahkamah kerana idiosyncracies undang-undang.

Polis Republic Indonesia, satu masa dulu, juga mempunyai unit yang sedemikian. Dalam tempoh 6 bulan, unit rahsia tersebut beroperasi, kadar jenayah di Jakarta turun hampir 50%. Sehinggalah negara-negara Mat Salleh yang hipokrit mengenakan tekanan ke atas Indonesia, lalu tamatlah riwayat unit rahsia ini dan penjenayah bermaharajalela lagi.

Begini sahajalah. Captain Hall daripada Tentera Australia, jurulatih aku semasa dalam tentera dahulu, ada berpesan. In order to be kind you have to be cruel. Dan aku juga disogokkan dengan ungkapan, The safety and well-being of the many overrides the welfare of one.

Fikir-fikirkanlah!.

CERITA SAMDOL POLITIK

Pada firasat aku, wakil-wakil rakyat dalam Pakatan Rakyat ni, kalau bukan samdol, bodoh alang. Setidak-tidaknya mereka ni agaknya tak pernah jadi solja (askar lah!) atau pun tak pernah main poker.

Apa tidaknya. Anwar Ibrahim, belum apa-apa lagi dah umumkan berduyun-duyun wakil rakyat Barisan Nasional akan lompat BN masuk PR. Akibatnya, habis wakil rakyat BN dihantar ke Taiwan dengan duit rakyat untuk belajar cara tanam sawi. La ni, Menteri Besar Perak pulak buat lawak. Baru satu wakil rakyat UMNO lompat parti, dah umumkan lagi tiga orang akan menyeberang.

Askar pekak pun tahu bahawa strategy peperangan adalah rahsia. Kalau musuh tahu, sudah pasti counter attack akan diatur. Bagi aku yang tak pernah main poker tapi pernah menang ratus-ratus ringgit, pun tahu, bahawa buat muka sadin penting apabila memiliki hands yang baik. Itu sebab ada peribahasa inggeris, Poker Face.

Ini tidak. Canang satu dunia, strateji yang telah diatur untuk menawan PutraJaya. kalau beginilah caranya, hampeh nak tawan parlimen. Ada satu peribahasa melayu untuk orang besar Pakatan Rakyat yang sedemikian. Bodoh sombong. Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.

CADANGAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Apa kata, kita ramai-ramai nobatkan perogol bersiri yang ditangkap polis sebagai LELAKI MACHO MALAYSIA dan kita beri dia pingat Dato' kerana berjaya menjulang nama negara ke persada dunia.

Dari brother Bob, pegawai polis yang 2 kali kena kencing kursus di Cina dan India.






No comments: