Wednesday 21 January 2009

MESYUARAT OH MESYUARAT

Petang ini Selasa 20 Januari 2009, aku bersama seorang rakan sejawat yang meminta namanya dirahsiakan kerana dia banyak tahun lagi untuk berkhidmat dalam PDRM, telah menghadiri suatu mesyuarat mengenai isu-isu berkaitan ICT di Bukit Aman. Kalau aku beritahu mesyuarat apa sebenarnya, tentu kau orang boleh semak minit mesyuarat berkaitan dan tahu siapa rakan sejawat yang aku maksudkan.

Aku tak mahu rakan aku tu kehilangan peluang jadi pengarah atau salah seorang dari 3 T/KPN apabila ujud 14 jabatan dan 3 jawatan T/KPN nanti dalam PDRM. Aku lainlah. Kalau tak kerana ada talian hayat, pada 1 Februari ini, aku akan bertaraf polis pencen. Kalau nasib baik jadi jaga bank dan giliran aku pulak untuk hangguk-hangguk kepala dan beri salam, tuan sana puan sini kepada Inspektor polis yang masuk bank.


Mesyuarat berlansung 2 jam 45 minit. Macam-macam ide dikeluarkan. Buat itu buat begini. Canggih-manggih cadangan-cadangan yang diajukan. Pendek kata kalau dilaksana dan terlaksana keputusan mesyuarat tadi, aku gerenti, pegawai-pegawai dan budak-budak polis yang bertanggungjawab ke atas prasarana sistem ICT Polis Republic Singapura, akan pakat satu rombongan datang Kuala Lumpur, panjat Twin Towers dan terjun ramai-ramai bunuh diri kerana malu sistem IT dia orang tak se-sophisticated sistem teknologi maklumat Polis Diraja Malaysia.

Aku bukan wet blanket tapi dah lali dengan sistem pengurusan di Malaysia ni. Tak kiralah, pengurusan polis ke, MAMPU ke, wa'emah kerajaan sekali pun. Banyak cakap dari bikin. Rhetoric bersepah-sepah macam apam basi.

ICT mula diperkenalkan kepada PDRM pada awal tahun 80'an, kalau aku tak silap. Bermakna dah lebih 20 tahun mesyuarat demi mesyuarat ICT/logistic diadakan. Dah satu hutan belantara habis ditebang untuk dijadikan kertas, buat minit-minit mesyuarat yang telah diadakan dan kertas kerja demi kertas kerja yang telah dimajukan kepada kerajaan (yang bekerja kertas bukan orang).

Keputusannya seperti yang aku rasai hari ini. Nak akses web site PDRM dari komputer pejabat, macam iklan biskut Chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada. Itu sebab aku tak pakai pistol. Aku takut satu hari nanti aku hilang sabar dan tembak komputer pejabat aku yang buat semak ruang pejabat aku yang dah sedia kecil. At least aku lagi kelas, pakai laptop SONY VAIO. Nak akses laman web polis dari rumah!. Ek! alahai! by the time paparan web site keluar, aku sempat pekena 2 round (apa yang 2 round, kau orang fikir sendiri).

Itu sebabnya aku cukup sinis dengan rancangan PDRM. Aku bukan salahkan PDRM. Nak beli pensil pun kena minta kelulusan dan merayu macam peminta sedekah dari orang awam kat JPA/KDN.
Untuk makluman, aku rasalah, sistem ICT yang aku warisi dari arwah Dato' aku lagi tidak menyakitkan hati aku menggunakannya.

Kesimpulan mesyuarat yang aku hadiri tadi begini. Masuk telinga kiri keluar telingga kanan. Masa mesyuarat, aku geleng-geleng, angguk-angguk kepala dan mulut kumat-kamit. Takut nanti ahli-ahli mesyuarat kata aku tunggul kayu. Sebenarnya mesyuarat mana-mana ajensi kerajaan sekali pun, hanya sekadar sedap didengar takboleh dipakai, secawan kopi, 2 biji kueh dan sepiring mee hoon goreng kosong, itu aje. Tak lebih, tak kurang.

Yang ironyinya, masa kami nak masuk Bukit Aman tadi, kena ambil pas elektronik sebab Bukit Aman ada ICT based sistem keselamatan yang up-to-date. Swipe kad pada reader penghalang, penghalang akan naik sendiri, you. Aku swipe kad aku. Penghalang tak naik (penghalang dah tua agaknya). Aku swipe lagi sekali dan lagi dan lagi. Penghalang tak menguit pun. Kereta dan motosikal dah berderet kat belakang, menunggu nak masuk Bukit Aman. Aku pakai pas rakan aku. Sama juga. Last-last pengawal naikkan penghalang secara manual.

Itulah hasil mesyuarat demi mesyuarat ICT yang telah diadakan. sejak 202 tahun PDRM ditubuhkan. Bayangkan. Kami nak hadir mesyuarat untuk mempercanggihkan sistem ICT PDRM, perkara mudah seperti penghalang elektronik pun, kadang-kadang berfungsi, selalu-selalu konk.

Siapa-siapa boleh beritahu aku. Sistem ICT mana yang lebih maju.Timor Leste atau Malaysia.
Pantun kat bawah ni aku nukilkan khas untuk mesyuarat yang kami hadiri petang tadi.

NAFSU TINGGI KUDRAT TIADA

MASIH INGIN BERBINI EMPAT,
NAK BELI VIAGRA DUIT TAK ADA
DUDUK TERMANGGU TERKULAT-KULAT







2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum tuan,
blog ni deperkenalkan kepada saya oleh Puan.Shamrahayu. saya mendapati isi kandungannya banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan secara realistik dan menarik...
terima kasih Tuan. teruskan perjuangan.

Anonymous said...

Seperti nama blog, Kaca Mataku, penulisan-penulisannya di dalamnya adalah berdasarkan kehidupan yang telah saya lalui dan lihat menerusi mata saya sendiri. Pandangan saya mungkin betul atau mungkin diwarnai oleh sikap sinis & prejudis saya terhadap apa yang berlaku di sekeliling saya. Yang baik jadi pedoman, yang tidak sebagai bahan fikiran.