Monday 9 February 2009

AKIBAT MELAYU LAYU

Pagi Ahad 8 Februari 2008, semasa membaca akhbar The New Strait Times, muka surat 28, saya telah dihidangkan dengan gambar seorang ahli keluarga sedang meratapi kematian Nur Mardiana Hidayu Abd Malek, remaja berumur 18 tahun yang mati dilanggar oleh tidak kurang 3 pelumba kereta haram.

Dalam kejadian yang berlaku di Leburaya Alor Gajah–Jasin, pada 7/2/09 jam 10 malam, mangsa yang sedang bermotosikal bersama saudaranya telah dirempuh oleh sebuah kereta yang polis percaya terlibat dalam lumba haram. Mangsa kemudiannya dirempuh oleh 3 buah lagi kereta yang juga terlibat dalam perlumbaan haram tersebut.

Siapa yang bersalah?

Pelumba-pelumba haram tak bersalah kerana mereka tahu penguatkuasa undang-undang di Malaysia, tidak kiralah polis ke, imigresen ke, kastam ke maupun penguatkuasa majlis bandaran tempatan, semuanya boleh dibeli. Malahan BPR pun saya kurang yakin 100% bersih kerana keanggotaan mereka juga terdiri daripada orang malaysia. Saya tidak percaya ada badan penguatkuasa undang-undang malaysia yang 100% bersih ataupun yang 100% kotor.

Kalau pelumba-pelumba itu “well-connected” atau datang daripada keluarga orang kenamaan, mereka masih juga tidak bersalah kerana di Malaysia, siapa anda atau siapa yang anda kenal, lebih penting daripada apa yang anda tahu atau apa yang telah anda lakukan.

Penguatkuasa undang-undang juga tidak bersalah. Kalau ikhlas buat kerja tanpa mengira bulu (peribahasa ahh!, bukan betul-betul kira bulu), silap hari kena tukar ke Perlis atau Long Pasir, Sarawak. Terutama kalau orang yang anda hendak ambil tindakan itu ”well connected” atau orang kenamaan. Kesimpulannya, daripada buat kerja dengan ikhlas tetapi kena tukar ke tempat jin bertendang, lebih baik kerja bengkok dan kaya, bila bersara tidak perlu jadi jaga.

Orang kenamaan dan mereka yang sekaum dengan manusia jenis ini juga tidak bersalah kerana di negara mana pun di dunia ini, memang begitu tabiat mereka. Suka menggunakan kedudukkan dan kuasa mereka untuk kepentingan peribadi walaupun kepentingan tersebut menyalahi undang-undang dan tidak bermoral. Jika tidak, tidak ada manalah berpangkat, bergelar dan berkuasa. Tetapi ingat. Saya tak kata semua golongan VIP &VVIP berperangai seperti yang baru saya sebutkan. Saya ada juga kenalan baik dari golongan orang ternama , yang merendah diri dan bersahaja macam orang biasa.

Rakyat yang membenarkan perkara di atas berlaku pun tidak bersalah. Rakyat Malaysia tiada kuasa untuk menentukan kaedah pembelajaran anak-anak mereka kecuali kaum Cina, India dan golongan berduit, tanpa mengira kaum.

Orang Cina boleh menghantar anak mereka ke sekolah aliran Cina, di mana maths dan sains diajar dalam bahasa ibunda mereka, begitu juga kaum india. Cina kaya, India kaya dan melayu kaya, boleh hantar anak mereka ke sekolah private atau international schools, dimana semuanya dalam bahasa inggeris.

Tetapi melayu papa kedana, bolehkah hantar anak mereka ke sekolah aliran inggeris. Lalu bersekolahlah mereka di sistem persekolahan kebangsaan dengan sistem ”dumbing down” mereka. Sistem persekolahan yang hanya mampu melahirkan tukang angguk dan robot-robot.


Rakyat malaysia juga tidak dibenarkan membaca dan menonton apa yang mereka mahu baca atau tonton. Sebabnya .... rakyat malaysia bodoh dan
immature. Yang layak untuk mereka ialah drama minggu ini dan Akademi Fantasia. Yang lain mesti ditapis. Buat skrip filem, tak boleh tunjuk menteri kerajaan jahat atau penguatkuasa undang-undang rasuah. Cuba tengok filem hindustan atau filem tamil. Cuba tengok filen INDIAN lakonan Kamal Hassan. Walhal, itulah realiti hidup di malaysia.

Lalu lahirlah manusia malaysia yang membiarkan segala kebobrokkan ini berlaku, yang menerima bulat-bulat dan mentah-mentah propaganda dan dakyah yang disebarkan, tanpa mahu berfikir.

Akhirnya, kalau melayu rasuah tak ape, sebab kalau kaya dengan duit rasuah pun, dia tetap melayu. Kalau pemimpin melayu tipu melayu, tidak mengapa, kerana lebih baik kena tipu dengan melayu dari kena tipu dengan cina.

Penghujungnya, maka matilah seorang gadis melayu yang tidak berdosa kerana melayu terlalu layu untuk melakukan sesuatu di tanah melayu.

Persoalannya, SIAPA YANG SALAH.

Yang Telah Bosan Dengan POLITIKUS Malaysia dari spesis mana pun kecuali dari spesis PAS ....... jumpa lagi dari Abang Bahar.


No comments: