Wednesday 4 February 2009

HYPOCRITE NOMBOR WAHID


Saya menerima dengan hati terbuka apabila Amerika Syarikat diberi gelaran Setan Dunia oleh Iran. Satu demi satu negara Islam seperti Afghanistan dan Iraq, dijajah dan dimusnahkan atas alasan untuk mengembalikan demokrasi tetapi dalam nafas yang sama, telah campur tangan untuk menggulingkan parti Islam yang telah memenangi pilihanraya bebas di Algeria dan Hamas di Gaza, semata-mata kerana parti-parti tersebut enggan menjadi barua Amerika.


Amerika Syarikat negara kafir. Kalau dia orang hypocrite, saya tidak terperanjat. Seharusnya mereka berkelakuan begitu.

Yang paling menjijikkan, lebih jijik daripada anggota-anggota polis (kalau betul mereka yang terlibat) yang membelasah A.Kugan, seorang penyamun yang telah didewakan, hingga mati ialah sikap pemimpin Islam Had Hari negara kita terhadap isu Palestin, Hamas, Gaza dan Israel.

Akhir-akhir ini, pagi, petang, siang, malam, kiri, kanan, atas, bawah, di radio, di TV, di akhbar, merata-rata, sibuk dengan derma sinun, derma sinin, lepas satu, satu seminar diadakan, siap dengan persidangan khas Parlimen lagi. Tak habis-habis. Sungguh membosankan. Semuanya untuk membincangkan isu Palestin, Gaza dan Israel. Untuk menunjukkan kepada dunia, Malaysia sebuah negara yang prihatin kepada kesengsaraan rakyat Palestin.

Sebenarnya??? Hmpphhhh! Hampeh. Hypocrite. Munafik. Itu sahaja sumpah seranah yang boleh saya hamburkan kepada pemimpin-pemimpin kita.

HARAKAH keluaran 2-5 Februari 2009, muka surat N8, mengandungi artikel berjodol Membedah Demokrasi oleh Mohamad Sabu. Menurut artikel tersebut, dalam pilihanraya umum di Wilayah Autonomi Palestin di Gaza pada Januari 2006, HAMAS telah berjaya memerintah GAZA secara fair and square tanpa sebarang hanky panky semasa penggundian berjalan. Ini diakui oleh badan-badan pemantau pilihanraya antarabangsa. Serta merta AS dan Israel tidak mengiktiraf kemenangan HAMAS kerana enggan tunduk kepada telunjuk AS dan Israel.

Wakil Palestin yang menang dalam pilihanraya tersebut iaitu HAMAS, telah hadir dalam sidang NAM (Negara-Negara Berkecuali) yang diadakan di Kuala Lumpur. Hadir sama adalah wakil kerajaan lama Palestin yang kalah dalam pilihanraya tersebut. Apabila tiba giliran wakil Palestin untuk menyampaikan ucapan. Malaysia selaku tuan rumah, telah menjemput wakil Palestin yang kalah pilihanraya, memberi ucapan. Wakil HAMAS telah memprotes dan diketepikan. Akibatnya, ketua delegasi HAMAS yang diketuai oleh Mahmud Zahar telah keluar dari sidang NAM tersebut. Untuk makluman, Malaysia ketika itu adalah pengerusi NAM dan OIC.

Peristiwa di atas terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia didukungi oleh manusia-manusia hypocrite. Boleh saya katakan mereka ini munafik.


Ini bermakna Malaysia tidak mengiktiraf HAMAS. Sama dengan Amerika Syarikat dan Israel. Jadi apa gunanya sibuk-sibuk nak tolong Palestin kalau awak sendiri tidak mengiktirah HAMAS sebagai pemerintah Gaza yang sah. Itulah yang dinamakan hypocrite.

Imam kampong saya di Singapura, ada berpesan, Anda boleh tipu semua orang some of the time, some of the people all of the time tetapi anda tak boleh tipu all of the people all of the tiem.

Itu sebabnya kerajaan takut nak halau Halliburton Oils dari Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor atau suruh McDonalds dan Starbucks yang nyata membantu perjuangan Zionist, tutup kedai. Alasan bodoh yang diberi, akan menjejaskan peluang pekerjaan rakyat dan ekonomi Malaysia. Kalau duit sahajalah nilai budi pemimpin kita, aku ingin buat satu cadangan kepada MTEN (Majlis Ekonomi Negara).

Kita halalkan pelacuran (dah ada nombor ekor halal ape). Sediakan kawasan-kawasan khas, macam Genting ke, condomimium mewah ke atau pulau-pulau indah yang bersepah kat perairan Malaysia. Semua penghibur sex (time tu, panggilan pelacur tak kelas, penghibur sex baru ada glamour sikit). kena ada lesen dan pemeriksaan doktor 6 bulan sekali. Harga layanan ditetapkan, mengikut kelas, ada yang mahal, sederhana dan murah. Ini untuk mengelakkan penghibur sex sapu (macam teksi sapu). Kenakan Cukai Layanan Sex. Saya cadangan 20% daripada harga langganan.

Hantar seorang wakil Kementerian Kewangan ke setiap kawasan hiburan sex untuk kutip cukai. Untuk elakkan kes tipu, pelanggan kena ambil kupon dan tunjuk IC (cuma 21 ke atas aje boleh masuk) dari pegawai Kementerian Kewangan, kemudian serah pada penghibur sex yang dihajati. Habis shift, penghibur sex serah kupon terkumpul dan pegawai serahkan wang hasil mengangkang kepada penghibur sex selepas ditolak cukai perkhidmatan kepada kerajaan. Dengan duit cukai yang terkumpul, bolehlah kerajaan membangunkan negara untuk kemajuan rakyat dan mencapai wawasan 2020 dengan lebih cepat.

Tapi, jangan lupa. Peluang yang sama juga patut dibuka untuk diceburi oleh kaum lelaki. Jangan kelentonglah. Mesti banyak isteri-isteri dan single woman gersang yang perlu diservice atau diberi perkhidmatan tambahan yang tak boleh diperolehi dari suami atau boyfriend. Amacam bagus tak idea ni!

Moral penulisan ini?. Lebih baik kau orang buat dek aje semua aktiviti bersimpati dengan rakyat Palestin anjuran kerajaan atau media cetak dan elektronik perdana. Kalau kau orang ikut serta, you all samalah hipokrit. Jika benar-benar bersemangat, jadi mujahiddin dan bunuh satu askar Israel atau askar Amerika.. Tapi jangan jadi pengebom berani mati pulak. Itu kerja goblok.

Fikir-fikirkanlah.

No comments: