Saturday 28 February 2009

TAK HABIS-HABIS MENIPU


Untuk posting kali ini, saya ingin mengulas kepala berita dan sub-topics kepala berita di muka hadapan akhbar New Straits Times, Sabtu 28 February 2009.

KEPALA BERITA : TOLL HIKE PUT OFF – KENAIKKAN BAYARAN TOLL DITANGGUHKAN

Ulasan Seposen Saya
Propaganda. Semalam umum kadar toll naik, hari ini umum tangguh. Nak tunjukkan yang kerajaan prihatin masalah rakyat. Sebenarnya bimbang rakyat marah semasa mengundi di pilihanraya kecil nanti. Kalau depa menang, tarik balik penangguhan kenaikkan kadar toll atas alasan kerajaan tak ada pilihan. Syarat kontrak berat sebelah, kata, tidak dapat naik kadar toll, kerajaan kena bayar pampasan.

Sub Topic Berita : Cabinet reverses decision to increase toll for five major highways just a day after announcement.
Kabinet menarik balik keputusan menaikkan kadar toll untuk 5 lebuhraya utama, sehari selepas pengumuman kenaikkan kadar toll dibuat.

Ulasan Seposen Saya
Bukti ternyata ini adalah sebuah kerajaan flip-flop atau kerajaan berdolak-dalik. Hari ini cakap lain, esok cakap lain. Boleh percaya ke kerajaan yang tidak ada pendirian seperti ini. Inilah sebab utama negara ini kena gelak dan dibuli oleh negara-negara jiran, terutama negeri Lee Kuan Yew.

Sub Topic Berita : Toll hike deferred indefinitely to ease burden of rakyat during current economic slowdown.
Kenaikkan kadar toll ditangguhkan sehingga suatu masa untuk mengurangkan beban rakyat semasa kemelesetan ekonomi.

Ulasan Seposen Saya
Tidak habis-habis hendak menipu rakyat. Kalau ada rakyat yang percaya, memang patut pun rakyat sedemikian kena tipu. Bebal sangat. Saya gerenti, yang paling ramai percaya cerita dongeng ini adalah orang Johor (kecuali saya, sebab saya dibesarkan di Singapura) sebab orang Johor belum berapa nak pandai macam orang Kelantan.
Untuk mengurangkan beban rakyat ke atau takut kalah pilihanraya kecil yang menanti.

Sub Topic Berita : Government will now have to pay compensation to toll concessionaires, estimated at RM 287 million.
Kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada syarikat konsesi toll dianggarkan bernilai RM 287 juta.

Ulasan Seposen Saya
Kurangkan beban rakyat konon. Itu yang bayar pampasan RM 287 juta tu, duit siapa, kalau bukan duit rakyat. Duit wakil rakyat dan menteri Barisan Nasional ke yang dikumpul untuk mendapatkan RM 287 juta tu.
Siapa agaknya pemegang konsesi toll yang akan dapat hasil rompakan duit rakyat RM 287 juta itu. Setahu saya, ibu, adik-beradik dan saudara mara saya, tidak ada yang menjadi kroni menteri-menteri Barisan Nasional.
Bodoh dan banggang punya peguam kerajaan yang meniliti kontrak konsesi toll yang berat sebelah antara kerajaan dan kroni kerajaan. Peguam-peguam ini lulusan universiti bawah pokok kelapa mana agaknya.

Rumusan Dua Puluh Sen Saya
Kau orang fikirlah sendiri, kerajaan dan pemimpin jenis apa yang Malaysia ada. Itu sebab aku kata, parlimen Malaysia penuh dengan badut. Apasal lah kau orang boleh terima badut sebagai pemimpin.
Islam ada mengajar. ”TUNGGU LAH SAAT KEHANCURAN APABILA KAMU MEMILIH ORANG YANG BUKAN AHLI SEBAGAI PEMIMPIN”.
Itu sebabnya kita sekarang sedang menuju kehancuran.

Byeeee!

No comments: