Tuesday, 17 February 2009

ELIZABETH WONG DAN MORALITY


Kali ini tiada alasan yang akan diberikan kerana telah lebih 8 hari saya tidak memblog (berkataan baru yang bermakna menulis untuk blog. Jangan susah-susah cari dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, jamin tak ada punya)


Sejak 2 minggu yang lalu, saya telah berjogging semula dan berbasikal secara selang hari. Hari ini terhegeh-hegeh menapak sepanjang Jalan Dato’ Onn, Jalan Kucing dan Bank Negara. Esok berbasikal melalui Bukit Tunku dan balik ke Komplex Pejabat Kerajaan Bukit Perdana. Lusa berjogging balik, tulat berbasikal kembali, begitulah seterusnya setiap hari sehingga saya mampus.

Dari army days dulu, memang saya suka berjogging tetapi kerana saya jenis manusia yang suka simpan penyakit, bertahun saya berhenti menjaga badan sehingga performance pun menurun. Selepas didesak dan dileter oleh isteri tersayang, terpaksa juga saya menjalani pembedahan yang diperlukan. Malangnya, oleh kerana dah lemak, selepas sembuh dari pembedahan, terus malas untuk memakai semula kasut Bata Power saya (tak mampu beli NIKE sebab tauke DVD cetak rompak tak sudi berkenalan dengan pegawai Unit Kajian Dasar). Sehinggalah 8 hari lepas.

Tiba di rumah lebih kurang jam 7:30 malam. Tenaga tinggal untuk mandi, maghrib, makan malam, isya dan melayan cucu sahaja. Bukan tak boleh menulis tetapi bila badan pewai, otak jammed.

Hari ini, saya gagahkan juga minda to put fingers on keyboard and thus translate my thoughts to the written words. Bukan apa, kalau saya lewat-lewatkan, isu yang ingin saya perkatakan akan menjadi basi. Dan saya juga bimbang akan terus jarang-jarang menulis

Morality: To Berbogel Or Not Berbogel
Dari sudut sekular, saya melihat morality sebagai sesuatu yang subjektif iaitu tertakluk kepada zaman, agama, masyarakat, situasi dan personal code of conduct, si penilai itu sendiri.

Dari perkataan Latin moralitas yang bermaksud "keperibadiaan, tata-laku atau tindakan yang betul”, morality boleh dilihat dari 3 sudut.

Dari segi deskriptif, moral bermakna tata-cara berkelakuan yang dianggap authoritatif dari segi benar atau salah sesuatu perlakuan manusia. Moral dalam kontek ini, wujud dan digariskan oleh masyarakat, philosophy, agama atau naluri individu. Dalam keadaan ini, kelakuan yang tidak bermoral semalam mungkin akan dianggap senonoh hari ini. Sebagai contoh, semasa saya bersekolah rendah pada tahun 60an, perempuan melayu yang merokok dianggap jelek oleh seluruh masyarakat tetapi hari ini wanita melayu yang tidak merokok dikira kekampungan atau tidak happening.

Dilihat secara universal, moral merujuk kepada tata-cara berkelakuan yang ideal, yang telah dikanunkan, yang dipilih dari pelbagai alternatif lain, oleh semua manusia yang rasional, di bawah keadaan-keadaan tertentu. Contohnya, masyarakat dunia secara umumnya telah membuat nilaian moral bahawa membunuh adalah perbuatan yang tidak bermoral.

Sudut ketiga moral berkait rapat dengan etika (ethics) iaitu satu kajian philosophical mengenai moral. Etika mencari jawapan kepada persoalan bagaimana nilai moral harus ditentukan dalam sesuatu situasi, nilai moral yang akan dipatuhi oleh masyarakat, dll. Dari sudut inilah timbul persoalan sama ada hukuman bunuh itu sesuatu yang harus dilakukan atau tidak.

Elizabeth Wong vs Moral Deskriptif & Moral Universal
Di peringkat awal, saya tidak ambil pusing isu wakil rakyat Pakatan Rakyat ini diambil gambarnya sedang tidor dengan kain terselak sampai ke pinggang. Pada saya, ini normal kerana saya pun kadang-kadang tidor pakai kain pelekat yang akhirnya terlondeh hingga ke buku lali. Malahan dalam bilik tidor pun saya tidak suka berbaju dan berseluar, tak kira siang atau malam. Berangin dik! Nasib baik bini bukan jenis yang suka ambil gambar. InsyaAllah, di masa-masa akan datang saya akan haramkan handphone berkamera di bawa masuk ke dalam bilik tidor saya.

Saya mula beri perhatian kepada kes wakil rakyat malang ini, apabila station TV penjilat pungkok Barisan Nasional mewarwarkan yang Elizabeth Wong seorang wakil rakyat tidak bermoral.

Persoalannya, apakah yang saya lakukan dalam lingkongan peribadi saya tanpa kehadiran orang lain kecuali isteri yang telah berkongsi katil dan segala-galanya sejak 29 tahun yang lalu dianggap tidak bermoral?

Bill Clinton, semasa menjadi presiden Amerika Syarikat, telah melakukan oral sexs dengan pembantunya (intern). Pada saya, ini kelakuan tidak bermoral kerana Bill seorang presiden, telah menggunakan kedudukannya untuk mengambil kesempatan ke atas seorang staffnya. Begitu juga saya menganggap tidak bermoral, mereka yang mengambil kesempatan mengadakan hubongan sex dengan gadis orang asli dengan memberi sebungkus ration (catuan makanan untuk ahli pasukan keselamatan yang bertugas di hutan).

Pada saya, apa yang anda lakukan in your private life adalah hak anda. Lantaklah. Terlepas ke peluang saya untuk naik pangkat kalau saya tidor telanjang tetapi diambil gambar dari jarak jauh oleh jiran yang duduk dekat blok apartment bersebelahan. Kemudian gambar tersebut diedarkan ke Bukit Aman kerana jiran tersebut juga mimpikan pangkat ACP yang ada satu kosong untuk diisi?

Kalau Elizabeth Wong seorang wakil rakyat yang tidak bermoral kerana bertelanjang di rumah sendiri dan gambarnya dirakam, bermoralkah seorang menteri yang sapu bini pembantunya atau seorang bertaraf menteri yang membawa lari anak raja untuk dikahwini tanpa pengetahuan Sultan. Itu tak kira menderhaka ke?

Pada saya, Elizabeth Wong, seorang wanita yang berintegriti tinggi. Tidak bersembunyi, terus mengaku dan kemudian letak jawatan. Syabas, Elizabeth, gua caya lu!!!

Tidak seperti menteri-menteri dan wakil rakyat pihak pemerintah. Lepas satu skandal, satu skandal tetapi masih tak nak mengaku dan tunggu kena pecat, baru nak letak jawatan. Ingat tidak bekas seorang menteri besar yang main budak bawah umur atau wakil rakyat yang suruh Kastam tutup mata sebelah. Itu tindakan seorang yang bermoral ke?????

Oh ya, hampir lupa. Agak-agak nyalah, bermoralkah orang yang berebut nak jadi wakil rakyat dengan niat bila berkuasa nanti nak sapu licin duit rakyat untuk poket sendiri. Mana lebih baik. Wakil rakyat yang suka berbogel atau yang kaki songlap duit income tax anda. Jawap, jangan tak jawap.


NASIHAT UNTUK PARA WANITA.

Apabila hendak memfisikalkan cinta anda dengan kekasih, jangan beri dia booking bilik hotel atau masuk ke bilik yang telah ditentukan olehnya. Cara begitud, dia boleh pasang kamera dalam bilik.

Anda sendiri yang booking bilik hotel (tapi suruh dia bayar – takkan semua nak free) atau masuk ke bilik yang anda tentukan sendiri (kalau rumah kawan, dll tempat setan berkumpul). Jangan beritahu dia, nama hotel dan nombor bilik terlebih dahulu. Nanti dia boleh suruh kawan pasang kamera. Masa dia nak tanggalkan coli anda, baru beritahu nama hotel.Time tu dia dah tak ingat nak pasang kamera dah.

Apabila sampai di hotel suruh dia tinggalkan handphone dalam peti besi hotel. Begitu juga dengan komputer riba. Jangan bagi bawa masuk bilik, sebab laptop hari ini dah ada video camera bina dalam. Jangan percaya cakap dia nak guna laptop buat kerja pejabat. Dia nak main ke, nak kerja.

Apabila masuk bilik dan sebelum dia tanggal baju, buat 100% body check. Takut-takut ada alat perakam kecil atau mini camera. Apabila dah tanggal baju, ambil pakaian mamat tu dan apa-apa beg yang dia bawa, masukkan dalam bath tub bilik mandi. Ini adalah untuk keselamatan. Akhir sekali, apabila adegan nak start, pastikan langsir tingkap ditutup. Bimbang dia suruh kawan rakam dari jauh guna telephoto lens atau zoom.

Kalau payah amat kerana prosedur-prosedur tersebut boleh memotong stim, anda sendiri bawa handphone atau video kamera. Kemudian ambil gambar mamat tu dalam pelbagai pose, terutama tang anu dia. Jangan lupa rakam masa dia mencengkerama anda.

Bila putus kasih nanti, kalau dia sebar gambar anda, anda pula sebar gambar dia. Orang lelaki yang banyak rugi kalau gambar atau video intim dia tersebar.

Pertama, kalau anu dia kemetot, anda dan kawan-kawan serumah atau sepejabat boleh jadikan bahan gelak. Kedua, kalau video intim anda dengan dia menunjukkan yang dia tak pandai berasmara atau mat gelojoh, gerenti tak ada awek sudi nak tidor bawah satu gebar dengan ex boyfriend anda ini. Kecualilah minah desperate.

Salam sayang.

2 comments:

Anonymous said...

bogel?berbogel?terbogel?atau di bogelkan?... (nasihat utk para wanita)jgn lupa suruh anggota tuan yg 2 orang tu baca perenggan ni.. ;D

YUSRY KRU said...

Your article can be very funny at times. I immensely enjoyed it very much. Keep it up. Your writing is simplistic, but very deep in meaning. I wish that you will write more, give more ideas etc.