Sunday 1 February 2009

1 FEBRUARY 2009

Hari ini, Ahad 1 February 2009 jam 0550 pagi. Pada hari Ahad yang sama, jam 12:35 tengah hari, 56 tahun yang lalu, seorang bayi lelaki, anak pertama kepada Idris Bin Mohd Nor dan Wan Jwariah Bte Wan Mohd Amin Bin Wan Adnan Bin Wan Seman, telah dilahirkan ke dunia dan diberi nama Baharuddin. Itulah aku.

Bersyukur ke hadrat Allah swt, aku dapat menunaikan solat Isya' dalam keadaan yang sihat dan sempurna sifat setelah sekian lama hidup. Dan dengan izin Nya jua, umur bersara kuli kerajaan dilanjutkan sehingga 58 tahun. Jika tidak, hari ini adalah hari pertama aku sebagai seorang awam selepas 31 tahun 6 bulan memakai uniform biru PDRM.

Pada mulanya, sebagai kandongan blog aku yang pertama, sejak berumur 56 tahun, ingin ku catatkan suka duka kehidupan, kenangan indah dan kekesalan ku sepanjang 56 tahun. Maaf, aku terpaksa membatalkan niat tersebut.

Semalam telah berlalu, tiada apa yang dapat aku lakukan untuk mengubahnya. Esok akan menjelang, bukan kudrat ku meramal dan menentukan apa yang akan berlaku. Yang ada cuma sekarang, akan ku gunakan sebaik mungkin kerana itu sahaja yang ada pada ku.

Bagaimana perjalanan hidup ke seterusnya? Sama-samalah kita lihat.

Selamat Hari Jadi ke 56 Tahun Kepada Aku.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamulaikum Tuan,

Saya Fadzila Said, peguam yang jumpa Tuan sebelum Chinese New Year with regard to case Section 420 PC.

Anyway, wishes you sentiasa dirahmati Allah, dimurahkan rezeki dan insyallah diberikan kesihatan dan disenangi kaum keluarga dan rakan taulan.

Fadzila

Anonymous said...

Happy belated birthday...tak sempa nak lawat blog tuan, dok sibuk pasal politik di Perak..agak terlibat secara langsung dengan perkembangan-perkembangan terkini di Perak ni...malam ni juga sedang menunggu-nunggu, kot-kot ler ada perkembangan terbaru setelah pengumuman perkenan sultan perak untuk perlantikan menteri besar baru...tak sempat nak baca blog tuan, maka terlupa birthday tuan...anyway, better late than never...wish you happier years in RMP...

Anonymous said...

Hi Baharuddin! You have the same birthday with W.P!!! Happy belated birthday. Hope you had a great time with your Puteri and all at home.

May I have your email address? I got some questions to ask you related to your expertise.

Thank you.

Cat Ng
catnhc@gmail.com