Saturday 7 February 2009

BERBAHAGIALAH PERAK DI BAWAH UMNO


Perak telah jatuh ke tangan Barisan Nasional. Setahu saya dalam BN, parti yang dominan adalah UMNO, sebuah parti Melayu dan secara warisan, ahli-ahli UMNO mesti beragama Islam walaupun pegangan hidup mereka mungkin ala kafir.

Saya tidak memiliki ijazah sains politik, jadi bukan tempat saya menganalisa isu politik yang berlaku di Perak. Yang ada, cuma mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan sedikit akal untuk mencerna apa yang saya lihat, dengar dan baca, untuk mempastikan yang mana boleh dipercayai dan yang mana boleh dibakul sampahkan.

Jika anda masih membaca blog saya ini, ingatlah. Anda sedang membaca buah fikiran seorang pemikir jalanan.

Manusia Apa Orang UMNO
Saya pelik dengan melayu islam specis UMNO ini. Kalau mengaku satu bangsa dan satu ugama, kenapa mesti dengki dengan Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga orang melayu dan berugama islam. Sama juga dengan Terengganu yang diperintah oleh orang melayu yang berugama Islam dari tahun 1999 hingga 2004. Bersusah payah UMNO berusaha menjatuhkan kerajaan Melayu Islam pimpinan PAS sehingga berjaya pada tahun 2004. Barangkali orang UMNO boring kerana di bawah pemerintahan Islam tak boleh ada disko, kedai judi, tak boleh urut-urut dan tak boleh ada pesta londeh kain.

Ada kemungkinan orang melayu (saya bugis bukan melayu) tak boleh berfikir atau jika tahu berfikir, fikirannya bercelaru. Saya teringat semasa kes rasuah Dato’ Harun, MB Selangor dahulu. Saya kutuk Dato’ Harun, saya yang kena sumpah seranah oleh kawan-kawan dan saudara mara yang berbangsa melayu. Menurut mereka, Dato’ Harun wira melayu. Kalau dia rasuah sekali pun, biarkan, asalkan dia orang melayu. Hari ini semangat sebegitu masih ada. Biarlah orang UMNO rasuah ke, kumpul harta cara tidak bermoral ke, asalkan orang melayu. Itu semangat yang ingin saya dengar. Air dicincang tak akan putus. Hidup Melayu.

Malangnya rasional yang sama tidak digunakan dalam hal-hal politik. Apa yang disakit hatikan dengan Mohd Nizar jadi MB. Peduli apa dia dari PAS ke. PKR ke, parti Cap Kepala Lembu ke, asalkan dia orang Melayu. Betul tak?

Kerja UMNO menjatuhkan pemimpin melayu yang dipilih oleh rakyat ini, tidak akan berhenti di Perak. Anda berani bertaruh dengan saya? Kalau saya betul, anda belanja saya, 3 kali makan tengah hari di restoran 5 bintang pilihan saya.

Lepas ini, kerajaan Kedah dan Selangor, yang kedua-duanya dipimpin oleh orang melayu berugama Islam akan diganggu-gugat dan diranapkan. Di Selangor, perkara ini telah pun berlaku, dengan dalangnya, seorang pemakan tempe.

Yang hairannya, kenapa tak kacau Pulau Pinang?.

Kebaikkan Perak Diperintah Oleh UMNO
Sebenarnya, ada baiknya Perak diperintah oleh UMNO. Selepas diambil-alih oleh BN, Perak akan mengalami pembangunan yang membuak-buak ala pembangunan di Terengganu apabila berjaya dirampas kembali oleh UMNO
pada pilihanraya umum 2004, dari pimpinan orang Islam yang dipilih oleh orang melayu Terengganu.

Pulau Pangkor mungkin akan jadi tempat untuk International Regatta di mana satu lagi lumba kapal laut ala Monsoon Cup akan diadakan. Sebuah Resort bertaraf 6 bintang akan dibina, yang pengurus besarnya Mat Salleh, pekerja-pekerjanya terdiri dari warga Bangladesh dan Filipina dengan kawalan keselamatan dari Nepal. Tuan punya resort guarantee seorang Cina Singapura, kenalan orang besar UMNO.

Orang Perak kelas marhaen, juga akan menikmati pembangunan ini. Dapatlah menelan air liur melihat kemewahan di depan mati tetapi tidak mampu menikmati kerana harga bilik paling murah RM 500 satu malam dan mee goreng mamak RM 25/- sepinggan.

Mungkin juga di tepi Sungei Perak akan dibina Taman Tamadun Melayu ala Taman Tamadun Islam di Terengganu. Akan dibina replika istana-istana zaman kegemilangan kesultanan melayu dari kurun ke 15 hingga sekarang, siap dengan patung-patung Hang Tuah 5 bersaudara. Supaya semua orang Cina dan India yang taat setia kepada Malaysia dan mat-mat rempit melayu, akan kagum dengan semangat pendekar dan kepahlawanan bangsa melayu.

Tauke taman tema ini juga seorang Cina dari Singapura tetapi tak pasti sama ada Cina yang sama dengan projek regatta di Pulau Pangkor tadi atau mungkin cina Hong Kong yang ada rakankongsi Israel. Yang pasti, pekerja mesti warga negara asing.

Orang melayu malaysia juga akan merasa bahang pembangunan ini. Apa tidaknya, melopong tengok kegemilangan orang melayu zaman dahulu kala, sehingga sanggup Maharaja Cina hantar puterinya untuk jadi teman tidur Sultan Melaka tapi menangis bila sedar orang melayu hari ini dah jadi pengemis di negeri sendiri.

Subsidi dan hak-hak istimewa orang melayu tu macam mengemislah. Zaman dahulu adakah orang melayu perlu diberi hak-hak istimewa dan dilindungi? Setahu saya, asalnya orang Cina dan India yang datang cari makan di Tanah Melayu. Hari ini orang Cina pulak yang beri makan pada orang melayu dan sogokkan pada pemimpin Melayu.

Sebelum noktah di sini, saya ingin goncangkan minda anda.
Betulkah yang dihantar oleh Maharaja Cina untuk kahwin dengan Sultan Melaka dulu, puteri dia (maharaja Cina) atau sebenarnya gundek yang sudah tidak mahu dipakai lagi?

Fikirkanlah.

MELAYU TIDAK AKAN HILANG DI DUNIA TETAPI LAYU DAN LESU.

1 comment:

Hanafee said...

I think the circle of life always has that reference.... things will get worst before it gets better.... Malays were in the fore front in making it a developed nation.... now... we are the cause for its disturbance.... out of this i think... (rather optimistic but bare with me).....

I think a more united Malay regime will grow... a more islamic and a more professional as well as ethical kind of malays.... the time for these old kinds of politician is almost over... regardless of UMNO or PR... these so called "better-Malays" will again bring our nation to the fore front of global excellence.... And i think this time..... we'll do better.... people like Nizar will grow to be the apple in the eye of the people.. professional malays that of KJ will be the supporting cast...

Our time will come... its time for people like you to keep writing as a reminder that things always get worst before they get better...