Wednesday, 18 March 2009

BERSIH SEBERSIH-BERSIHNYA


Jika anda seorang penganjur judi tanpa lesen atau boss sindikit jenayah terancang dan terpaksa berhadapan dengan pegawai polis yang lurus lagi bendul. Yang menolak mentah-mentah tawaran perempuan, harta benda dan wang ringgit yang anda sogokkan, untuk membutakan mata dan memekakkan telinganya (pegawai polis) kepada aktiviti jenayah anda, jangan gusar.

Jangan buat laporan polis palsu kerana anda boleh didapati bersalah di bawah seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana “memberi maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang lain”. Perlu diingat, apabila membuat laporan polis, anda dikehendaki mencatatkan nama penuh anda, nombor kad pengenalan dan alamat anda dalam Borang Polis 55.

Cuma layangkan satu tohmahan terhadap pegawai berkenaan kepada Cawangan Tatatertib, Bukit Aman. Tuduh pegawai tersebut terlibat dengan sebarang bentuk salah-laku yang boleh anda reka. Insya Allah, hampir serta merta, pegawai yang degil itu akan dinyah dan disejukbekukan (cold storage) di tempat dan jawatan di mana pegawai tersebut tidak boleh mengancam kepentingan-kepentingan tertentu.

Jika pun siasatan salahlaku yang mengambil masa bertahun-tahun mendapati tohmahan anda tidak berasas, anda tidak perlu bimbang mengenai seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana mustahil untuk mengesan penulis surat layang. Sebaliknya, anda mendapat 2 faedah dari tindakan anda. Satu, anda berjaya mengelapkan karier dan mematikan motivasi seorang pegawai polis yang komited dan kedua, anda berpeluang melanjutkan aktiviti haram anda tanpa sebarang gangguan.

Kenapa begini? Dalam PDRM, anda bukan sahaja dikehendaki bersih tetapi anda mesti kelihatan bersih (kononnya).

Keperluan untuk bukan sahaja bersih tetapi mesti kelihatan bersih telah menarik perhatian saya kepada berita utama akhbar Sinar, 18 Mac 2009, dengan tajuk, “Niat Ali Berkecai, KJ, Khir Selamat”.

Lembaga Disiplin UMNO mendapati Ali Rustam dan KJ bersalah kerana politik wang (baca sebagai rasuah). Ali Rustam tidak boleh bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO tetapi kekal sebagai Ketua Menteri Melaka. KJ hanya diberi amaran sahaja. RM 1 atau RM 1 juta, secara terus atau indirect, rasuah tetap rasuah (baca sebagai politik wang). Apa mesej yang hendak disampaikan oleh episod ini kepada pengundi, negara jiran dan orang-orang UMNO.

Mesej kepada masyarakat dan negara luar – Malaysia menggalakkan korupsi dan orang yang tiada integriti sebagai pemimpin. Walhal Islam mengajar saya bahawa tunggulah saat kehancuran sesuatu kaum apabila pemimpinnya tidak lagi amanah. Kedua, bahawa Institut Integriti Nasional yang ditubuhkan dan Badan Pencegah Rasuah yang telah dinaiktarafkan kepada Suruhanjaya, hanya satu wayang kulit.

Mesej kepada orang-orang UMNO – jangan risau sangat dengan aktiviti rasuah anda. Sebagai ahli UMNO, anda kebal dari Akta Pencegah Rasuah 1997. Kalau kena adu pun, yang siasat bukan SPRM, cuma parti sahaja. Jadi anda tak perlu bimbang dipenjarakan. Setakat tidak dibenarkan bertanding jawatan tinggi dalam parti, apalah sangat, asalkan tidak dilucutkan jawatan sebagai Ketua Menteri. Kedua – cuba cari jalan jadi menantu orang besar kerajaan. Dapat surat amaran, bakulsampahkan sahaja, habis cerita. Anda masih boleh memimpin UMNO dan berpeluang jadi Perdana Menteri sebelum umur 40 tahun.

Saya lontarkan pandangan 10 sen saya ini untuk renungan anda. Ke mana perginya cita-cita negara untuk melahirkan rakayat berintegriti jika pemimpinnya sendiri penyamun. Tok nenek kita telah berpesan. Bapa borek anak rintik. Bagaimana acuan begitulah kueh.

Penutup kata, untuk awek-awek cun kat luar sana. You Must Not Only Be Sexy But Must Be Seen To Be Sexy. Oleh itu pakailah halter top dan micro mini skirt yang londeh apabila berada di khalayak ramai.

Chow dulu.

2 comments:

acushinda76 said...

fuhh... berasap baca an entry from a 56 years old police oficer egarding malaysia's politic afair.. kip up ur gud work 4 being excellently brave wth very sharp statements... congrat!!!

Insp karuna said...

Salam Tn

memang kita skang terasa kecelakaan yang dibawa dan akan dibawa oleh Bee End ni..

Tak syak lagi. ayuh singkirkan umno dari bumi bertuah dalam PRU-13 nanti....

time tu tn dah pencen. bleh la vokal kuat skit .. hehehehe

tak mcm kami ni. masih dalam baris.