Wednesday 18 March 2009

I HAVE SAID IT BEFORE


Jika perbincangan 18 orang pegawai-pegawai kerajaan peringkat middle management, pada petang ini 17 Mac 2009, boleh diambil kira, ini bermakna apa yang saya jangkakan selama ini adalah tepat dan betul. Dan apa yang saya dengar pada petang ini memperkukuhkan lagi keyakinkan saya supaya Barisan Nasional jangan lagi diberi peluang untuk memerintah dan menjahanamkan negara.

Kami sedang menghadiri satu kursus di sebuah pusat latihan kerajaan. Nama kursus, pusat latihan dan lokasi, biarlah saya rahsiakan untuk melindungi pegawai-pegawai kerajaan yang berjiwa dan sebenarnya berkhidmat untuk rakyat. Petang ini, kami diminta membincangkan kertas kerja YBM Tengku Razaleigh Hamzah bertajuk “Restoring Confidence” yang telah disampaikan dalam Strategic Outlook Forum anjuran ASLI yang telah berlansung pada 15 Januari 2009.

Secara ringkasnya, Tengku Razaleigh meragui keupayaan kerajaan untuk menangani kemelesetan ekonomi yang sedang melanda Malaysia kerana kita lack the political and economic leadership yang diperlukan untuk mengemudi Malaysia supaya tidak karam dalam ribut kewangan yang sedang melanda negara. Menurut Tengku Razaleigh, pemimpin negara masih hidup dalam dunia mimpi dan is in a perpetual state of denial of the reality facing them and the country. Ini telah menyebabkan rakyat serta pelabur dalam dan luar negara hilang keyakinan terhadap viability Malaysia sebagai a trading partner.

Adakah kami bersetuju dengan pandangan ini dan apa komen kami tentang dua cadangan Tengku Razaleigh untuk memulihkan ekonomi dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pimpinan negara.

Rata-rata kami bersetuju dengan pandangan Tengku Razaleigh bahawa pimpinan negara adalah antara spin doktor terbaik dunia dan menyangkakan rakyat dan pelabur asing juga tidak berakal dan tidak tahu membezakan antara mitos dengan realiti.

Dari pengalaman-pengalaman kerja yang telah dikongsi bersama, nyata bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh menteri bukan berdasarkan kajian teliti yang telah dibuat oleh pegawai-pegawai kerajaan tetapi berdasarkan kepentingan politik untuk akaun bank mereka di luar negara. Jika tidak, masakan rumah rakyat untuk nelayan di Perlis dibuat jauh dari pantai atau Arked MARA untuk peniaga bumiputera dibina di lokasi yang tidak strategik.

Paling mendukacitakan, pemimpin yang sepatutnya mengurus hasil negara untuk kepentingan rakyat, sebenarnya mentadbir negara untuk kepentingan tokoh-tokoh keparat yang mampu menyalurkan komisen ke dalam poket pemimpin. Jika tidak, mengapa TNB tidak dibenarkan menjana tambahan tenaga yang diperlukan oleh negara tetapi sebaliknya diarahkan untuk membeli dengan harga yang lebih tinggi, tenaga yang dikeluarkan oleh IPP dan akhirnya rakyat juga yang menanggung beban. Mengapa harga bekalan air di Johor naik 2 kali ganda selepas diswastakan. Siapa agaknya di belakang IPP dan pembekal-pembekal air swasta ini. Dan soalan yang sepatutnya kita tanya, siapalah agaknya penaja-penaja kempen politik BN? Saya cuma ingin tahu sahaja.

Saya tidak terperanjat jika menteri berlagak seperti politikus kerana mereka memang politikus tetapi yang paling menyedihkan ialah apabila pemimpin agensi-agensi kerajaan yang sepatutnya menasihatkan menteri tentang what is the right thing to do for the benefit of the rakyat, sebaliknya berlagak lebih dari politikus, lalu menjadi tikus yang menikus. PDRM, jangan senyum, anda pun sama.

Bukan tidak ada pegawai kerajaan yang berani bersuara tetapi kategori ini sekarang telah ditugaskan di Long Pasir, Sarawak atau di Semporna atau Lahad Datu, Sabah untuk jadi umpan lanun. Of course pertukaran ini bukan kerana mereka berani menongkah arus tetapi kerana job rotation atau dalam PDRM diberi nama job mobility. Ye! Lah! tu. Yang bernasib baik sikit, akan disejukbekukan di INTAN seperti yang berlaku kepada Dato’ Hassan Ibrahim atau di Maktab Polis Cheras seperti aku, untuk tujuan pemulihan.

Untuk mereka yang selama ini memandang aku sebagai naysayer atau pencari salah, petang ini, I am vindicated.

Salam dari insan yang sedar diri katek bukan vertically challenged, Pesan saya, Tell The Truth And Shame The Devil, walaupun anda terpaksa ditukarkan kerja sebagai imam di Fort Legap, Perak.

No comments: