Tuesday 24 March 2009

PERUTUSAN HARI POLIS KE 202 YANG TIDAK KESAMPAIAN


25 Mac 2009. Hari ini, Pasukan Polis Diraja Malaysia menyambut ulangtahun ke 202 penubuhannya.

Jika seorang manusia, di umur sebegini lanjut, terlalu besar kemungkinan orang tua ini telah nyanyuk. Ketika berumur 202 tahun, aku enggan mengantung diri dengan mengatakan bahawa PDRM telah nyanyuk tetapi keyakinan aku agak menebal bahawa yang mengurus PDRM mungkin ada yang sudah nyanyuk.

Pada aku, sesebuah organisasi adalah ”the sum total or a synergy of it’s accumulated knowledge, experience, logistics and human resource capabilities". Lantaran sebuah organisasi yang berumur 202 tahun seharus dan sewajarnyalah menunjukkan ciri-ciri kematangan yang mencerminkan segala pengalaman, ilmu, kecanggihan logistics dan kewibawaan tenaga kerja yang telah terkumpul sejak 202 tahun. Dari konstabel berkelulusan darjah 6 hingga ke konstabel berkelulusan diploma. Dari inspekter lulus SPM sehingga ke inspekter; bergelar doktor falsafah.

Jika PDRM berdiri di hadapan cermin pada pagi ini, selepas tamat segala perbarisan, tabik-menabik, ucapan dan makan-makan, apa agaknya imej yang akan memantul balik dari cermin tersebut.

Seorang distinguished gentleman yang memutih rambutnya tapi masih bertubuh tegap dan sasa, dengan mata yang merenung balik penuh keyakinan, wajah yang berwibawa dan ketrampilan diri yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan atau:-

Seorang tua yang lemah longlai, lesu layu, kurus kedengkit, dengan mata tanpa cahaya, wajah terpinga-pinga, ketrampilan menikus, bertongkat, berjalan terketar-ketar menunggu saat untuk terjelepok jatuh jika tersenggol oleh seorang budak hingusan.

Saya tinggalkan persoalan ini bersama anda untuk menjawabnya kerana jika saya yang menjawab, saya akan dituduh biased. Sama ada anda bekerja dengan PDRM atau seorang awam yang berinteraksi dengan PDRM, andalah yang paling layak membuat penilaian.

Jika PDRM berdiri di hadapan cermin, apakah imej yang akan memantul balik?

Hingga berjumpa lagi 48 jam dari sekarang, selamat menyambut ulang tahun ke 202, Polis Diraja Malaysia, dari Uncle B.

No comments: