Wednesday 25 March 2009

ISLAMIC CHAIN LETTERS


Pernahkah anda menerima email berantai yang lazimnya menunjukkan penindasan terhadap orang Islam oleh Yahudi atau kaum-kaum yang sejenis dengannya. Lalu anda diminta menyebarkan email tersebut kepada umat Islam lain, dengan alasan, adalah tugas anda sebagai seorang muslim untuk menyedarkan muslim lain tentang penganiayaan terhadap orang Islam.

Heck!, I have got better things to do than being a postman. Banyak kerja yang lebih berfaedah boleh saya buat dari menjadi seorang pak pandir moden.

Balik dari kampong, Ahad 22 Mac 2009 lalu, saya check email dan dapati satu surat elektronik dari seorang rakan lama, bekas Supt Karim Baba, yang kini telah menyertai sektor awam, di mana kepala kurang berserabut tetapi gaji jauh melebihi duit beli kacang putih yang dibayar sebagai gaji kepada seorang pegawai polis.

Tuan Karim mengirimkan saya beberapa keping gambar seorang ibu Islam yang cedera ditembak oleh kafir laknat, sedang dipangku oleh anak lelakinya, menunggu saat kematian. Saya diminta memanjangkan gambar-gambar tersebut kepada orang islam lain dengan alasan untuk membangkitkan semangat jihad mereka, ………. agaknya.

Berikut adalah jawapan saya kepada brother Karim Baba.

“Maaf, saya tidak akan memanjangkan email ini kerana apa yang berlaku kepada orang islam hari ini, adalah salah orang islam sendiri bukan salah orang kafir. Jika kita gatal, mengikut lelaki ke bilik tidur, jangan menyusahkan polis, mengadu kena rogol. Salah sendiri.

Orang yang mengaku islam sendiri masih berfikir dari sudut sistem nilai dan sosial masyarakat kafir. Bagaimana mahu menyedarkan orang Islam kalau mereka sendiri tidak sedar yang mereka lahir, hidup dan mati dalam kepompong kekafiran. Mengapa Pak Arab melabur di negara barat dan bukan di negara majoriti Islam. Negara kita sendiri berpaksikan sistem kafir dengan islam sebagai tempelan sahaja. Mengapa tidak islamkan sistem ekonomi, pentadbiran, politik dan sosial kita. Walhal zaman kesultanan melayu melaka dahulu, kita berniaga menggunakan wang emas dan perak. Jangan lupa, islam pernah memerintah dunia.

Tok Guru Nik Aziz apabila ditanya sama ada di bawah pemerintahan PAS, bolehkah seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia, dengan selamba menjawab, "Boleh, asalkan dia seorang lulusan Universiti Al-Azhar." Nah! fikirkanlah.

Jadi, saya seru kepada kawan-kawan yang rajin hantar email rantai ini, kononnya untuk menyedarkan umat Islam bahawa orang islam di dunia hari ini tertindas, hentikanlah. Jangan buang masa anda dan masa saya.

Dalam khutbah jumaat di sebuah masjid bukan UMNO, khatib pernah menyatakan, dengan bersandarkan firman Allah dan Hadis, bahawa Allah akan menghapuskan sesuatu kaum, yang, setelah diberi rezeki yang melimpah ruah dari langit dan dari perut bumi (baca sebagai petrol di Malaysia), melupakan islam dalam pengurusan kaumnya (baca sebagai negara). Apabila Rasullullah s.a.w. ditanya, bilakah saat kehancuran sesuatu kaum akan tiba, Rasullulah s.a.w. telah menjawab bermaksud, "Apabila pemerintah tidak lagi amanah dan apabila ulama tidak lagi berkata benar".

Lihatlah sekeliling anda, tunjukkan saya satu pemerintah Islam yang amanah hari ini. Iran mungkin. Entah!. Tak usah pergi jauh. Anda jawab soalan saya ini dengan ikhlas. Namakan saya seorang menteri malaysia yang berugama Islam, yang amanah.

Kesimpulannya, jika orang melayu tidak menjadi boss di malaysia dan seperti yang dimomok-momokkan oleh orang UMNO, bahawa jika orang Melayu (ingat ah! saya kata orang melayu dan bukan orang islam) tidak bersatu di bawah UMNO, kaum Cina dan India akan naik tocang dan besar kepala, saya katakan pada anda yang mengaku melayu (tak semestinya islam), padan muka. Allah telah memberi amaran tetapi mengapa kita masih berdegil.

Jadi lagi sekali, kepada kawan-kawan dan mereka yang suka sangat hantar email berantai berciri Islam ini, satu nasihat ikhlas dari saya. Jika anda masih beli McDonald, minum coke, pekena kopi di Starbucks dan bercuti di London, Australia atau USA, hentikanlah jadi hipokrit.

Nak marah, marahlah. Sekadar pandangan iklas dari saya, bukan ungkapan kempen politik.

Chalo, dari Uncle B.



No comments: